Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 7, 2009

Dialog Dua Manusia

Nama-nama orang dan tempat di dalam dialog dalam cerita di bawah adalah tidak ada kena mengena dengan manusia yang hidup atau pun yang telah mati. Ceritanya pula ada kemungkin bersangkut paut dengan suasana dan keadaan. Maka masing-masing pembaca bebas membuat persepsi sendiri.

Pada suatu pagi Man seorang Pegawai Kerajaan bertemu dan minum kopi
di sebuah warung bersama kawannya yang telah lama dikenali bernama Nayan . Sambil minum mereka bersembang tentang hal masing-masing.

Nayan membuka cerita : "Seronoklah kau gaji bulan ini dicampurkan baki bonus sekali!"

Man : "Eh.. bukan bonuslah, itu sedekah atau wang ehsan"

Nayan : "Kenapa kau kata sedekah atau wang ehsan. Bukankah itu bonus"

Man : "Kalau bonus jumlahnya tidak akan sama bagi setiap Pegawai Kerajaan sebab akan mengikut peratus atau Gred Jawatan". "Ini hanyalah Wang Ehsan yang tidak tertakluk jumlahnya, hanya bergantung kepada berapa Kerajaan nak beri dan dalam jumlahnya yang sama tidak kira Gred yang disandang"

Nayan : "Eh.. kau ni tidak pernah bersetuju dengan dasar dan tindak tanduk kerajaan sedangkan kau pegawai kerajaan tapi dapat bonus dan wang ehsan kau kebas!"

Man : "Aku kerja dengan Kerajaan Negara yang bernama Cacamarba untuk Rakyat Negara Cacamarba yang dilantik oleh JPA. Bukan kerja dengan parti yang memerintah Negara Cacamarba. Walau pun parti mana yang memerintah Kerajaan dan JPA Cacamarba tetap wujud dan aku tetap Kakitangan Kerajaan. Bonus atau apa saja yang diberikan kerajaan adalah kerana perkhidmatan aku untuk rakyat dan negara dengan jujur dan cemerlang. Lagi pun duit yang diberikan itu bukan duit parti yang membentuk kerajaan tetapi semua itu duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan yang memerintah untuk uruskan negara"

Nayan : "Ooh.. sebab itu aku tengok engkau kerja dengan tekun"

Man : "Ya, betul. Sebab setiap sen duit gaji atau bonus adalah dari rakyat. Sebab itu aku tak berani nak tipu. Kalau aku tipu, aku nak minta maaf dan minta halal dengan siapa?"

Man : "Kau pun aku fikir agak pelik, Haji Kumit nak bagi engkau Wang Ihsan/Sedekah, kenapa kau tolak?"

Nayan : "Sebab aku tidak bodoh dan aku belum lagi gila".

Man : "Kenapa pula?"

Nayan : "Dulu semasa Haji Kumit nak bercucuk tanam tetapi tanahnya tidak cukup luas, dia minta izin aku nak bercucuk tanam di atas tanah aku yang bersempadan dengan Rezab Kubur tu dengan janji hasilnya akan diberikan aku 5 peratus, macam sewalah lebih kurang sebab semuanya Haji Kumit yang keluarkan, modal dan sebagainya"

Man : "Habis, bagaimana pula"

Nayan : "Tanah tu dah lama keluarkan hasil tetapi aku tak tanya pun janjinya dulu. Jadi bila dah bertahun-tahun berlalu dipunggahnya hasil dari tanah aku, aku pun bertanyalah bahagian aku"

Man : "Jadi kau dapatlah 5 peratus tu!"

Nayan : "Tak. Aku tak nak terima sebab Haji Kumit kata dia akan berikan sagu hati saja sama dengan Sedekah atau Wang Ehsan dan Wang ini akan diuruskan oleh anak Haji Kumit bagi pihak keluarga aku. Adakah patut?". "Dulu Haji Kumit janji 5 peratus itu adalah peratus hasil dari tanah aku dan akan diserahkan terus kepada ku"

Man : "Jadi macam mana sekarang?"

Nayan : "Sekarang bila dah dapat hasil, Haji Kumit jadi tamak tak nak bagi 5 perarus tu kat aku. Katanya tanah tu adalah Tanah Rezab kubur, dia guna tanah aku untuk laluan ke situ saja. Jadi aku tak berhak menerimanya"

Man : "Apa ihktiar kau?"

Nayan : "Terpaksalah aku mengupah Juru Ukur untuk menentukan Batu Sempadan dan sudah sah tempat Haji Kumit bercucuk tanam itu adalah tanah aku"

Man : " Jadi sampai sekarang Haji Kumit tak bayar duit tu kat kau?"

Nayan : "Tak, aku tak akan terima Duit Ehsan sebab bila sebut ehsan tu semacam sedekah atau sagu hati, maka ikut suka dialah nak bagi berapa. Tidak tertakluk kepada perjanjian dan peratusnya". "Apa dia ingat bangsat sangatkah aku, papa kedanakah aku ni diperlakukan ikut suka dia ajer"

Man : "Habis, apa ikhtiar kau?"

Nayan : "Sebagai manusia yang waras, aku akan berunding dan sebagai Hamba Allah aku akan pengadu kepadaNya"

Man : "Habis Haji Kumit kata apa?"

Nayan : "Haji Kumit dan Lebai Kaki Bodeknya kata pegangan aku tak betul sebab mohon pertolongan Tuhan!"

16 comments:

  1. Al Quds Travel Welcome You :-

    "AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
    Date : 10,11,12 December 2009
    Time : 10.30 am - 10.00 pm
    Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
    Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
    Official Radio : THR Gegar FM
    Tel No : 609-747 9999

    Diskaun RM999.00 untuk Pakej Umrah

    ReplyDelete
  2. sah "haji kumit" tu tak betul.. kesian kena betulkan balik akidah dia

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    wah sempat ada iklan kat atas...

    saya akan terima juga, insyaAllah duit ehsan tu..
    nak buat beli buku anak...

    Haji Kumit ni memang tak nak faham dan buat2 tak faham kan...
    kita doakan je ya

    ReplyDelete
  4. kah kah kah...the best it is...cynical with alot of weight...u make my day...hehe

    ReplyDelete
  5. Mak Su

    Bersantai, berkata-kata...

    ReplyDelete
  6. mr edz

    Ramai "Haji Kumit" di dalam masyarakat kita.

    ReplyDelete
  7. Wa alaikumussalam a kl citizen.

    Saya pun sama. Orang memberi, kita menerima. Tak beri pun tak boleh kata apa, tak ada pun perjanjian semasa angkat sumpah atau semasa menerima tawaran kerja dulu.

    Itu sebabnya kita Muslim mesti berdoa dan tidak semestinya doa memusnahkan. Tapi kalau zalim dan kita tidak ada kuasa melawan, kita dibolehkan mengadu kepada Allah.

    ReplyDelete
  8. Hanz

    Terima kasih. Sindir dalam santai!

    ReplyDelete
  9. wah menarik uncle. Itulah manusia. Mudah lupa diri. Bila dah lama menjaga hak orang.. sampai ketika dirasakan hak orang itu hak empunya diri pula. Sayang abis.. Tamak haloba.

    Kasihan haji kumit dan lebai kaki bodek. Kasihan kerna kesombongan telah menguasai diri. Hiang rasa dan nilai kemanusiaan..

    ReplyDelete
  10. Rashid

    Nilai manusia terletak pada Iman dan Amanah. Bukanya pada rupa, harta atau pangkat.

    ReplyDelete
  11. Salam ayahanda Mountdweller,

    Dialog yang sangat PEDAS dan penuh BERISI.

    Malah 'perumpamaan' isi perbualannya itu sangat TEPAT dan KENA.

    Moga yang Berhak akan mendapat Haknya.
    Amin.

    ReplyDelete
  12. Salam ayahnda,
    Menarik cerita ni dan paling penting mesej berjaya disampaikan.
    Kalau tak paham-paham juga nampaknya kena belajar ABC semula lah.

    ReplyDelete
  13. W'salam anakanda author faethal

    Berkias dalam menyampaikan maksud. Sama-samalah kita doakan semoga yang berkenaan dibukakan pintu hatinya oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  14. W'salam anakanda ijoks2009.

    Ayahanda berharap mesejnya difahami semua. Kalau yang tidak faham pun, rasanya sengaja buat-buat tak faham.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa