Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 10, 2009

Apakah Benar Begitu?

Saya tertarik dengan article ini, dari AKU INGIN BEBAS.

Semasa orang Melayu tak sokong Umno, guna ketuanan Melayu dan semasa bukan Melayu pula tak sokong Umno, guna 1 Malaysia.


Bolehkah kita kata begini? Ketuanan Melayu dan 1 Malaysia adalah ketuanan Umno dan 1 Umno. Umno bukan membela Melayu dan bukan Melayu tetapi membela orang Umno. Itu pun sebahagian orang Umno sahaja.

Sampai sekarang Umno bermusuh dengan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, royalti minyak Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan orang Melayu dan rakyat Kelantan, 95 peratus adalah orang Melayu.

Umno juga bermusuh dengan orang bukan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, Umno memusuhi DAP tetapi tidak memusuhi MCA. Umno tidak menyerang Pulau Pinang semasa diperintah Gerakan tetapi menyerangnya semasa diperintah DAP. Gerakan adalah Melayu?

Rencana sepenuhnya di sini

4 comments:

  1. Salam sahabat,

    Kadang-kadang rasa jelek dengan slogan Melayu bela Melayu.Melayu dengan ketuanan Melayu.
    Dari pengalaman hidup saya,berdarah kacukan cina melayu rasanya dah tak sesuai lagi slogan ni.Kenapa tidak ketuanan Islam.Islam itu sesuai untuk semua bangsa.
    Alasan mereka Malaysia masyarakat majmuk.Sedangkan zaman Rasulullah dulupun majmuk juga kabilah Arab ni..Tetapi Islam juga yang diperjuangkan oleh rasul dan sahabat..
    Tak ada alasan nak angkat bangsa.Angkat Agama Islam yang syumul..

    ReplyDelete
  2. W'salam anak muallaf

    Benar pendangan Puan. Yang diiktiraf Allah hanyalah ketuanan Islam. Itu pun tidak dengan melampau.

    ReplyDelete
  3. Kalau mati ketuanan melayu mati la jugak ketuanan Islam. Melayu da berada di sini beribu tahun. Islam hanya beratus tahun sahaje hampir sama dengan kedatangan nyonya dan baba. kalau tidak ada hak istimewa orang melayu maka takda le sebab mengapa ugama rasmi Malaysia ugama Islam.
    Malaysia akan jadi sekular.

    ReplyDelete
  4. MasKesumaSari

    Terima kasih kerana sudi bertandang.

    Maafkan saya, pendapat anda pada saya tidak 100 peratus betul.

    Sebenarnya tidak ada apa bagi orang Melayu sekiranya tidak ada Islam. Ketuanan Melayu juga tidak akan hilang. Katakanlah sekiranya ketuanan Melayu hilang, Islam tetap tidak akan hilang sebab ianya telah dijamin Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa