Sunday, December 13, 2009

Onar Ariffahmi?

Bagi pandangan saya, adalah amat malang bagi PAS dan TGNA sekiranya perkara di bawah ini adalah benar. PAS akan menunggu hari rebahnya...

Pada minggu yang lalu, Dato’ YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan wakil-wakil peniaga dan penjaja berhubung penempatan baru buat mereka di Bazar Tok Guru.

Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyuarat bermula dengan langkah kiri apabila Dato’ Ahmad menafikan ucapan terimakasih wakil peniaga Pasar Lama MPKB-BRI.

“Kami ucap terima kasih kerana Dato’ TMB sudi berjumpa kami….” Kata wakil peniaga itu.

“Bukan saya yang nak jumpa, kamu yang nak jumpa saya….” jawab Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Bermula dari situ suasana mesyuarat beransur tegang sehingga setelah beberapa ketika sahaja, Dato’ Ahmad Yakob yang terkenal dengan sikap ramah dan berbudi pekerti tinggi itu bangun dan berkata “bodoh!” ke arah wakil peniaga lalu menoleh ke arah pegawainya dan berkata, “cukup sampai sini saja mesyuarat…” lalu melangkah keluar hanya kembali semula ke dalam mesyuarat setelah sebahagian dari ahli mesyuarat meningalkan majlis itu.

Ini adalah versi yang diceritakan oleh para peniaga. Saya tidak tahu versi rasmi dari Pejabat Timbalan Menteri Besar. Namun begitu, ia tidak akan sedikitpun menghilangkan rasa hormat dan sayang saya kepada Dato’ Ahmad Yakob, bahkan saya boleh faham apa sebenarnya yang terjadi.

Saya boleh faham mengapa Dato’ Ahmad Yakob, jika benar, telah bertindak sedemikian.

Mari kita kembali merujuk kepada fakta dan sejarah.

Baca seterusnya di sini

14 comments:

anaklaut said...

salam..tuan,


ayat “Bukan saya yang nak jumpa, kamu yang nak jumpa saya….” jawab Timbalan Menteri Besar Kelantan..

mengejutkan..!

ijoks2009 said...

Salam ayahnda,
Jika betul lah apa yg di ceritakan peniaga itu,mmg dia tu tak layak nak menjadi pengganti Tokguru.Bagai langit dengan bumi.

Mungkinkah serigala jadian sudah mula menanggalkan kulitnya.

Anonymous said...

waspada dengan kabar yg dibwa oleh si fasik.

Hanz_Azdi said...

dah byk sangat rekahan dlm PAS Kelantan ni...Puak UG dlm PAS Pusat jugak senyum lebar dgn fitnah sana sini kpd TGNA & menantu...apa pun kalau betul TGNA & menantu ada seleweng & silap tadbir hingga berdosa, elok ler TGNA & menantu betulkan keadaan segera & tak lupa, yg penting TGNA pohon kemaafan terbuka kpd semua rakyat Kelantan.
p/s: Sedih aku, my last frontier kena lanyak teruk (mungkin silap TGNA sendiri & semata-mata fitnah? Entah ler).

Auta Pradesh said...

Tuan Penghuni Gunung ... hehehe

Saya tersenyum sumbing bila baca komen-komen di atas saya ini, nampak seolah olah mereka tidak baca habis artikel itu sebelum komen.

Dan juga dengan tidak semena menanya tuan telah menjadikan TMB sebagai subjek utama dengan memetik sekerat sebegini, sedangkan subjek utama sebenar bukanlah TMB tetapi pasal TGNA dan menantunya. Respon TMB tuh hanyalah reaksi spontan kepada isu yang itu lah, yang lebih parah ! TMB berang kerana dia jadi mangsa keadaan yg berpunca dari Ariffahmi!

Tuan Penghuni Gunung ..

Kisah Sensatimur dan PMBK ini memang benar ... Benar-sebenar nya. Ini disokong pula oleh Sayuti Omar melalui http://msomelayu.blogspot.com/2009/12/susupan-tengah-malam.html

Dah keluar dalam suratkabar Utusan hari ini pun ...

Memang betul Tuan,memang amat malang sekali bagi PAS ..

Itu belum tuan tahu tentang langkah terbaru nak ambik lagi tanah rakyat secara paksa di Wakaf Che Yeh, khabarnya atas nama sensatimur juga? Entahlah jadi atau dah tarik balik ...

Mahunya tak dua kali malang ?

ijoks2009 said...

Tuan Blog lebih faham siapa yg sy maksudkan dgn serigala jadian tu.

fahana_ann said...

salam singgah kembali..
melihat2, membaca2,..

mountdweller said...

W'salam anaklaut.

Memang mengejutkan sekiranya betul dari mulut beliau.

mountdweller said...

W'salam anakanda ijoks

Mungkin juga serigala jadian yang terlepas ke reban kambing!

mountdweller said...

Anonymous

Berita si fasik juga boleh didengar tetapi mesti disiasat dulu.

mountdweller said...

Hanz

Sekarang masa untuk menilai sama ada semua perkara yang berlaku mungkinkah ada "si Abdullah bin Ubai" moden yang sengaja memerangkap TGNA untuk merusakkan reputasi beliau di kaca mata masyarakat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya?

Memang TGNA sendiri harus meneliti dan mengenal pasti siapakah mereka dan apakah agenda seterusnya. Kalau patut mohon maaf, mohonlah maaf sebab tidak ada apa yang menghalangnya bagi yang beriman.

mountdweller said...

Auta Pradesh

Terima kasih banyak di atas info itu dan juga kunjungan saudara.

Sebenarnya saya berniat untuk menarik perhatian pengunjung dengan bersubjekkan TMB Kelantan yang terkenal dengan berhemah dan ramah. Tetapi tiba-tiba beliau bersikap begitu, kenapa?

Di wakaf che' yeh pun memang saya ada mendengarnya dan mendapat sendiri cerita itu dari orang yang terlibat di situ.

Betapa malangnya PAS Kelantan mungkin kerana tersalah pilih orang untuk diletakkan di tempat sepenting itu.

mountdweller said...

Ijoks

Rasanya minda ayahanda sudah dapat menangkap serigala itu.

mountdweller said...

fahana_ann

Terima kasih kasih kerana sudi berkunjung lagi.