Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 6, 2014

Pak Lah Taji Sape Ni?

Kalau guna Akta Hasutan tidak ikhlas, boleh bawa mudarat
 | October 5, 2014

Kalau kita tidak ikhlas, maka undang-undang yang baik pun boleh membawa mudarat
abdullah ahmad badawiPETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan keadilan dan keikhlasan amat penting dalam pelaksanaan undang-undang.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah berkata pelaksanaan undang-udang yang adil dan ikhlas itu termasuk dalam isu penggunaan Akta Hasutan 1948.
“Banyak isu melibatkan keikhlasan. Termasuk juga isu Akta Hasutan 1948 yang hangat dibincangkan masa kini.”
“Undang-undang sesebuah negara adalah ciptaan manusia dan sebaik mana pun undang-undang tersebut, ia tidak akan seratus peratus sempurna,” tulisnya dalam entri terbaru di www.paklah.net.
Tambah Pak Lah tiada gunanya jika menggubal undang-undang yang lebih bagus tetapi perlaksanaan undang-undang tersebut tidak dilakukan secara adil dan ikhlas.
“Kalau kita ikhlas undang-undang yang kurang sempurna pun boleh diguna pakai dan boleh membawa manfaat,” jelasnya.
Katanya, keikhlasan juga perlu dalam apa jua jenis muafakat.
“Tiada jenis pakatan akan berpanjangan jika kita tidak ikhlas bermuafakat. Tiada makna berganding bahu jika jalan tak seiring. Lambat-laun orang akan tahu juga sama ada ianya berniat untuk membangunkan negara atau semata-mata untuk meraih sokongan.
“Kebelakangan ini juga saya lihat ramai individu kerap mengkritik secara lantang dan menuding jari ke arah orang lain di atas sesuatu perbuatan atau kesalahan yang mereka sendiri lakukan di masa lampau,” ujarnya.
Jelasnya, walaupun kritikan itu berbunyi munasabah tapi ianya tidak diterima umum dan dipandang sinis.
“Saya tidak bermaksud yang seseorang yang melakukan kesilapan di masa lampau langsung tidak berhak menegur orang lain.
“Tetapi kalau kita ingin menegur dan mengkritik orang lain pandanglah diri sendiri dan mengakulah akan kesilapan sendiri dahulu.
“Saya sendiri pun melakukan banyak kesilapan. Kalau kesilapan saya menyinggung atau mengecewakan orang lain, saya meminta maaf. Saya tahu yang ungkapan ‘buat apa yang saya suruh dan bukan apa yang saya lakukan tidak boleh diterima orang’,” katanya.

Kalau nak melalut dan merapu pun biarlah berpada-pada

Woow.....Hebatnya seorang yang bernama Hadi!
Kalau nak mengampu pun biarlah jangan dilihat melampau
Nak jaga sebuah negeri  bernama Terengganu pun tak mampu
Tak sangka pula auranya sehinggakan menyebabkan barat sesak dada!

Nak tanya sikit mat celupar ni, mana bukti dan faktanya?

Ada konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi dan Ulama PAS, kata Nik Abduh
Published: 5 October 2014
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merasakan kuasa Barat berkonspirasi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dasar konsisten PAS untuk menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).
"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya," kata Nik Abduh seperti disiarkan portal milik parti itu, Harakahdaily hari ini.
"PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR, mesti dilemahkan daripada dalam.
“Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam."
Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang sebelum ini mengatakan PAS dibuli PKR dan DAP mendakwa, pihak Barat dan musuh Islam tidak mahu melihat parti itu menjadi parti tunjang yang Malaysia seperti Umno satu hari nanti.
"Ini merimaskan Barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan Barisan Nasional (BN) yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang cukup merimaskan," katanya.
Ahli Parlimen penggal pertama itu turut menyeru ahli PAS untuk sedar dengan kebenaran tersebut.
Katanya, serangan terhadap Majlis Syura Ulama kerana pihak musuh Islam mengetahui ia merupakan kekuatan sebenar PAS.
"Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai presiden PAS," katanya.
Beliau berkata, pihak Barat sebelum ini berjaya dilakukan di Mesir apabila bekas presiden negara itu Mohamed Morsi digulingkan kerana menggunakan demokrasi untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil..
"Mereka juga melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan fatwa para ulama Muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Assad mestilah disekat, kerana ia pasti berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.
"Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti Isis. Maka Syria hancur dan fitnah agama berterusan memporak-perandakan Syria, negara yang dipenuhi ulama besar," katanya. – 5 Oktober, 2014.

Berita Gempar: Bot tempur TLDM dilaporkan hilang

Bot tempur TLDM dilaporkan terputus hubungan di perairan Sabah
Kemas kini:Oktober 06, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 05, 2014 23:55 MYT)
Bot tempur TLDM dilaporkan terputus hubungan di perairan Sabah
Pada jam 5.11 petang, KD PAUS telah gagal berkomunikasi dengan bot tempur TLDM CB 204 -Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bot tempur CB204 hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur TLDM CB 204 itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

Posisi terakhir bot tempur itu adalah di 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum.

KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan bertolak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad.

Pada pukul 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke Pangkalan akibat cuaca buruk.

Namun pada pukul 1.05 petang, kapal KD PAUS gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.

KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.

KD Serang dan KD Lekiu turut ditugaskan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Pulau Mengalum

Sunday, October 5, 2014

Kenapa Saari Sungib Yang Mohon Maaf Bagi Pihak PAS?

Bukankah yang celupar dan bawa masalah yang seharusnya memohon maaf?

Maafkan PAS atas ‎isu MB Selangor, kata Saari Sungib 
Published: 5 October 2014
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib yang dalam proses dipecat parti dihargai oleh parti PKR dan DAP atas pendiriannya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun ditentang partinya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 5 Oktober, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk memecatnya.
Bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan beliau sudah berjumpa dengan pemimpin tinggi parti bagi memberi penjelasan tentang pendirian and tindakannya semasa kemelut menteri besar Selangor.
Saari berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.
(Laporan sebelum ini membuat terjemahan yang salah bahawa Saari akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti).
"Saya tahu sesetengah dari anda masih marah kepada PAS. Jadi mewakili PAS, saya mohon maaf kerana lambat membuat keputusan dalam isu calon menteri besar Selangor," katanya.
Saari dianggap sebagai hero oleh parti Pakatan Rakyat (PR) lain kerana keputusannya menyokong DAP dan PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun pendiriannya bertentangan dengan pendirian pemimpin tertinggi PAS.
Ketika Muktamar PAS September lepas, Saari dan Adun Morib Hasnul Baharuddin diserang ahli dan pemimpin PAS kerana keputusan mereka untuk memihak pada PKR dan DAP.
Namun Saari tetap meraih populariti di kalangan hadirin bukan PAS pada acara semalam dan ucapannya yang seringkali mendapat tepukan gemuruh.
Beliau juga turut menerima pujian daripada pemimpin DAP malam tadi atas tindakannya bersama 28 Adun PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid dan memberi sokongan majoriti kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor.
Malah Naib Presiden DAP Teresa Kok ‎turut dilihat menghadiahkan Saari dengan pokok buluh sebagai penghargaan atas keputusan menyokong parti PR meskipun menerima tentangan hebat daripada PAS.
"Dalam tradisi Cina, buluh simbolik kepada kelembutan dan integriti. Bagaimana tekanan pun, buluh hanya akan bengkok tetapi tidak patah," katanya sebelum memberikan pokok tersebut kepada Saari yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.
Saari dan Hasnul berdepan dengan kemungkinan dipecat daripada PAS kerana menyokong DAP dan PKR sebelum pendirian rasmi parti Islam itu sama ada mahu menyokong atau menolak pemecatan Khalid.
Namun apabila Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat mengumumkan menerima pemecatan Khalid, keputusan itu di tarik balik beberapa hari selepas itu, walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura memutuskan perkara sebaliknya.
Perpecahan dalam PAS dilihat semakin berlarutan terutama dalam krisis menteri besar Selangor dan tidak mencapai sebarang kata sepakat bersama PR dalam isu calon yang menggantikan Khalid.
Para penganalisis dan pemimpin PR mempersoalkan keputusan PAS kerana ia memberi kesan kepada pengundi Selangor yang dilihat mempunyai kesedaran politik.‎
Mereka percaya krisis tersebut akan menyebabkan PAS kehilangan kerusi pada pilihan raya akan datang akibat sentimen negatif orang ramai.
‎Seorang pemimpin yang berada di majlis makan malam tersebut berkata program itu juga dilihat sebagai peluang membuktikan kemarahan pengundi kepada PAS.
"Cina mengiktiraf Saari, beliau kini dilihat sebagai selebriti. Kita mahu tunjukkan mereka beliau juga merupakan pemimpin PAS."
Saari pula katanya tetap berpegang pada pendiriannya tanpa mengira persepsi daripada ahli PAS lain.
"Mereka boleh menyatakan apa sahaja, menghina saya. Namun saya sanggup buat apa sahaja untuk rakyat. Saya tidak mahu keluar daripada PAS, saya masih ahli PAS."
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan sudah menjelaskan pendiriannya kepada pemimpin tertinggi PAS dan akan ambil keputusan untuk meninggalkan parti itu sekiranya ia merupakan cara penyelesaian.
"Namun akhirnya saya berharap PR dapat bangkit semula, PAS dapat bergabung semula bersama DAP dan PKR mengambil alih negara Barisan Nasional (BN)." – 5 Oktober, 2014.

Korban Jalan Raya Aidil Adha: Enam Dipercayai Sekeluarga Maut

Enam Dipercayai Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Rompin
Diterbitkan: Ahad, 5 Oktober 2014 7:15 AM - mStar
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan enam maut dipercayai sekeluarga selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres Maraliner dan sebuah kereta Perodua Myvi.

KUANTAN: Enam sekeluarga yang dalam perjalanan pulang menyambut Hari Raya Aidiladha maut setelah Perodua Alza yang dinaiki di percayai terbabas lalu merempuh sebuah bas dari arah bertentangan dalam kemalangan diKilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin Sabtu malam.  

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu turut melibatkan sebuah kenderaan lain jenis Perodua Myvi. 

Katanya setakat ini tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Azhar Mat Ali, 43, Zaliha Johar, 42, masing-masing dari Kampung Parit Pasir Lama, Pekan Nenas, Johor dan Siti Habibah Kasbon, 43, dari Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor. 

Tiga lagi mangsa belum dapat dikenal pasti, katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Alza yang dinaiki tiga lelaki dewasa, dua perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan dari arah Segamat menuju ke arah Kuantan itu hilang kawalan. 

"Kenderaan itu kemudiannya masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas yang tiada penumpang dari arah bertentangan," katanya. 

Menurutnya, pada masa sama sebuah Perodua Myvi yang berada di belakang Perodua Alza itu tidak sempat mengelak dan turut terbabas di tepi longkang ditepi jalan berkenaan.  

"Pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Hongkong: Gambar Pertembungan Antara Pendemo Pro-Democ - Pro-Beijing - Polis

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ISIS Tembak Jatuh Helikopter Tempur Tentera Iraq

Official says ISIS downs Iraqi chopper
4 OCTOBER 2014, 10:27 (GMT+05:00)

Islamic State of Iraq and Syria group militants armed with a rocket launcher shot down an Iraqi military attack helicopter Friday in the country’s north and killed two pilots, the Defense Ministry said, highlighting their ability to attack aircraft as a U.S.-led coalition expands its efforts to combat the extremists, Al Arabiya reported.
The helicopter crashed outside the town of Beiji near the Iraqi city of Tikrit, killing two people, Iraqi Defense Ministry spokesman Mohammed al-Askari told state-run Iraqiyya TV, adding that an investigation into the incident is underway.
An official with the Defense Ministry told The Associated Press the militants downed the Mi-35 helicopter between the towns of Beiji and al-Senniyah. An official with the Iraqi air force corroborated the information, saying the helicopter's pilot and co-pilot were killed in the crash.
Beiji, located 200 kilometers (130 miles) north of Baghdad, is home to Iraq's biggest oil refinery. Both officials spoke on condition of anonymity as they are not authorized to speak with journalists. Supporters of ISIS group on social media also reported the helicopter being shot down.
Militants with ISIS have taken over parts of western and northern Iraq this year, causing the Iraqi military to fracture while tensions intensified between Muslim sects. When fighters conquered Mosul, Iraq's second-largest city, in June, the U.S.-trained Iraqi military crumbled, and the militants seized tanks and other military equipment, helping to steamroll their onslaught.
The shoot down of the helicopter shows ISIS group’s ability to counter air operations, potentially putting at risk U.S.-led airstrikes in the country. Pentagon spokesman Rear Adm. John Kirby declined to comment on the helicopter being shot down, though he said U.S. officials would monitor the situation. - sumber

Keadaan jalan raya yang amat teruk rupanya!

Hanya pemimpin politik pembangkang saja yang merungut
Pemimpin pemerintah sentiasa bangga mewar-warkan pembangunan di Sabah dan Sarawak
Rakyat marhaen pula tak pernah pedulikan apa-apa walau pun mereka hidup susah itu sebab BN tak perlu risau

Kesan kenaikan harga minyak di Sabah serius
 | October 4, 2014
Kenaikan sebanyak 10 peratus akan memberikan kesan yang mendalam terhadap harga barangan dan perkhidmatan lain.
petrol minyakKOTA KINABALU: Pengerusi Democratic Action Party Sabah (DAP) Jimmy Wong berkata kenaikan harga bahan api sebanyak 20 sen seliter adalah satu beban kepada majoriti rakyat, terutamanya rakyat Sabah.
“Kesan ini adalah serius. Kenaikan sebanyak 10 peratus akan memberikan kesan yang mendalam terhadap harga barangan dan perkhidmatan lain,” katanya. “Pengangkutan dari sini ke Matunggong, pada hari Sabtu, akan meningkat sebanyak RM10, daripada RM30 kepada RM40. Ini adalah peningkatan sebanyak 33.3 peratus.”
“Harga makanan akan meningkat dan saya diberitahu sementara RON95 akan dikecualikan daripada GST pada tahun depan, namun tidak ada keputusan daripada kerajaan sama ada diesel akan dikecualikan juga.”
Beliau mengulas kesan kenaikan harga minyak kelmarin.
Di Sabah, kereta yang menggunakan diesel adalah satu keperluan kerana keadaan jalan raya yang amat teruk, katanya. “Orang-orang di semenanjung mampu untuk membeli kereta petrol kerana keadaan jalan raya mereka bagus.”
Jadi tahun depan, dengan GST, “kami akan membayar 20 sen lebih ditambah dengan enam peratus.”
Wong juga memberi amaran bahawa harga minyak boleh meningkat sekali lagi sebelum akhir tahun ini seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini, sehingga harga bahan api di negara ini mencecah nilai pasaran antarabangsa.
Tambahnya, ini akan membunuh industri pembuatan Sabah yang bergantung sepenuhnya kepada diesel.
Oleh kerana kenaikan harga bahan api akan memacu harga barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi, pekerja berhak menuntut gaji atau elaun yang lebih tinggi, katanya.
“Sabah membayar 30 peratus lebih tinggi untuk mana-mana barangan dan perkhidmatan dan tidak lama lagi, kita perlu membayar GST. Dengan peningkatan harga bahan api, harga barangan akan meningkat semula, seperti biasa.”

Saturday, October 4, 2014

Wajah pemimpin "revolusi payung" Hong Kong

AFP |Kemas kini:Oktober 04, 2014

HONG KONG: Pemimpin-pemimpin yang menerajui protes tunjuk perasaan pro demokrasi di Hong Kong terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang berbeza daripada pelbagai peringkat umur.

Daripada pelajar berumur 17 tahun hinggalah kepada ahli akademik, peguam, pegawai bank dan Menteri Baptist.

Penunjuk perasaan 'Occupy Central' di Hong Kong kini dikenali sebagai “revolusi payung” selepas mereka melindungi diri mereka daripada semburan lada dan gas pemedih mata yang ditembak pihak berkuasa dengan menggunakan payung.

Protes ini diadakan untuk menuntut pilihan raya yang adil pada tahun 2017 di mana penduduk-penduduk bandar Hong Kong mahu mereka diberikan hak sepenuhnya untuk mengundi pemimpin mereka tanpa campur tangan kerajaan Beijing.

Profesor Undang-Undang : Benny Tai
(Gambar AFP)
(Gambar AFP)
Profesor undang-undang universiti dan juga antara pengasas kumpulan pro demokrasi 'Occupy Central' sentiasa berada di barisan hadapan untuk memberi desakan dan tekanan kepada reformasi politik di Hong Kong.

“Saya secara peribadi percaya satu hari nanti demokrasi akan datang juga nanti di Hong Kong,” kata Tai, 50.

Tai membentuk satu protes bersama rakan ahli akademiknya, profesor sosiologi Chan Kin-Man dan Menteri Baptist Chu Yiu-ming pada 18 bulan yang lalu dan mengadakan protes “lembaran baru”.

Organisasinya membuat undian tidak rasmi mengenai reformasi pilihan yang menyaksikan hampir 800,000 orang mengundi dan majority mendesak untuk mengadakan pilihan raya yang bebas.

Pelajar: Joshua Wong
Pelajar: Joshua Wong
(Gambar AFP)
Joshua Wong, 17, merupakan salah seorang daripada pemimpin penunjuk perasaan pro-demokrasi yang bersuara lantang bila berhadapan dengan pihak berkuasa.

Wong, yang baru sahaja memulakan pengajiannya di sebuah universiti di Hong Kong, merupakan pengasas kepada satu kumpulan pelajar Scholarism pada tahun 2012 yang  mengumpul berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan yang menentang rancangan kerajaan Beijing yang memperkenal “Pelajaran Patriotik” di sekolah-sekolah bandar.

“Kami tidak berasakan kami mampu memujuk kerajaan dengan kata-kata. Apabila ada satu tindakan yang melibatkan masyarakat diadakan, baru kerajaan mahu mula menghitung sesuatu perkata  itu,” kata Wong.

Pelajar Sastera : Alex Chow
ALEX CHOW

(Gambar AFP)
Chow 24, berkata pengajian ilmu sastera Cina memberi inspirasi kepada dirinya untuk membawa perubahan kepada Hong Kong.

“Sastera Cina mencerminkan realiti dan ia mengkritik masyarakat melalui perkataan,” kata Chow yang mengetuai Persekutuan Pelajar Hong Kong.

Beliau telah mengetuai pelajar-pelajar untuk memboikot kehadiran ke kelas dan menyertai tunjuk perasaan di jalanan.

Pegawai Bank: Edward Chin
Edward Chin

(Gambar AFP)
Pengurus dana ini menyertai 'Occupy Central' pada bulan Mac telah menjadi sebahagian daripada pembiaya besar dalam memerangi pengaruh kerajaan China dalam pasaran ekonomi dan politik di Hong Kong.

"Jika kami perlukan wang, kita hanya perlu kumpulkannya dalam beberapa hari antara kami sendiri, dan kami hanya perlu menandatangani cek," Chin kepada AFP awal tahun ini.

Chin yang terkenal sebagai penyokong “Occupy Central” sentiasa menulis di jurnal kolum mingguan bisnes Hong Kong selama lapan tahun.

Ahli Sosiologi: Chan Kin-man
Chan Kin-man
(Gambar AFP)
Graduan Yale yang menggambarkan demokrasi sebagai “kerjaya” beliau, Chan, 55, berkata beliau pernah mendapat ancaman bunuh kerana pendirian politiknya.

Berikutan penunjuk perasaan yang ditembak gas pemedih mata, Chan menggambarkan protes ini sebagai sebuah medan perang dan bukan pertempuran.

“Ramai orang berfikir bahawa protes sekarang tidak mencukup dan bunga (protes) ini mesti harus mekar di mana-mana,” kata Chan.

Tokoh Veteran: Chu Yiu-Ming
 Chu Yiu-ming
(Gambar AFP)
Tokoh veteran gerakan pro Demokrasi Hong Kong, Chu Yiu-ming berpengalaman dalam menunjuk perasaan sejak zaman pemerintahan British.

Menteri Baptist bergabung dengan ahli akademik Tai dan Chan awal tahun ini untuk membentuk pemerintahan bertiga bagi memimpin kempen 'Occupy Central'.

Beliau enggan bercakap sepenuhnya mengenai peranannya dalam kempen 'Occupy Central' kerana takut menjejaskan mereka yang terlibat.

Beliau mewakili golongan Christian di dalam pergerakan tunjuk perasaan itu bersama-bersama Tai dan Ching yang juga penganut yang setia.

Republished: Orang Politik: Lidah Berbelit, Rakyat Terbelit

Tak langsungnya Anwar tolong BN, Hadi bantu UMNO
Saya rasa langkah Kajang tidak akan dipersalahkan rakyat sekiranya rakyat mendapat maklumat yang betul dan tidak terbantut oleh halangan undang-undang/Mahkamah

Satu lagi isu Khalid perlukan pencerahan (untuk rakyat fahami) tanpa menjatuhkan maruah beliau sebelum PKR bertindak

Berkenaan Hadi dan segelintir pemimpin PAS tak perlu diulas, kerana majoriti rakyat yang memahami politik sudah memahami peranan mereka di dalam isu MB Selangor

'Salam 20 sen' untuk NGO pengkritik Hadi
mk - 10:16AM - 4 Oct 2014

Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) bertarikh 30 September kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di media massa.

LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam amalan demokrasi, semak dan imbang sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Namun begitu, saya tidak pasti sama ada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak.

Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada dalam Pakatan.

Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwiparti (Pakatan) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang?

Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'.

Mengapa pula wujud double standard dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang sengaja diwujudkan ini?

Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Umno mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini.

Titah sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini.

Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan.

Bukan lembu dicucuk hidung

Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadil-adilnya.

Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan dalam Pakatan.

Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan Pakatan apabila tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Perlu diperjelaskan bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor (sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR) perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini.

Begitu juga dengan persoalan mengapa Anwar, ketika awal ‘Langkah Kajang’ dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya?

Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan Pakatan?

Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan?

Mesyuarat 17 Ogos

Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu itu.

Saya tidak pasti sama ada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos sebulat suara sepakat, yang antara lain:

“PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

“Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), dan Mohammad Azmin Ali (timbalan presiden PKR).”

Hilangnya suara anti-GST

Maka sepatutnya rakan Pakatan lain menghormati keputusan PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar menteri besar setelah Khalid bukan lagi mewakili Pakatan.

Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara PAS sebagai rakan dalam satu pakatan.

Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan dalam memilih menteri besar Selangor.

Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan sultan agar setiap ketua parti mengemukakan lebih daripada dua nama.

PAS tetap akur dengan arahan sultan kerana berpegang kepada konsensus Pakatan walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih ‘berlawan’ dengan institusi istana.

Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan ‘pecah amanah’ yang dilakukan oleh Khalid sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan menteri besar.

Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan akhbar pada 17 September lalu.

Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada Khalid tersebut adalah benar kerana ini antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor.

Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab.

Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik ‘main-main’ seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan.

Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada Pakatan seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset.

Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan 'silent protest' yang akan diluahkan di atas kertas undi menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang disebut dan mendapat perhatian.

Dalam tempoh lebih lima bulan Umno berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini Pakatan bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa.

Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa.

Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini.

Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus.

Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik. Salam 20 sen.


 - AHMAD ULWAN HASSIM, 24, mahasiswa ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Al-Azhar di Kaherah.

Secara rasmi NZ tuntut Rizalman

Secara rasmi NZ tuntut Rizalman menghadap muka keadilan
Ng Kee Seng - 06:30PM Okt 04 2014

SEKILAS PANDANG: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kini sudah kehabisan modal untuk memberi alasan dan penjelasan ke atas status diplomat Malaysia Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail. 

Melainkan ia terpakai keangkuhan Darulboleh yang mengabaikan seluruh dunia, sama seperti yang mereka lakukan ke atas penggunaan perkataan universal "Allah". 

Portal stuff.co.nz dilaporkan 3 Oktober bahawa New Zealand telah secara rasmi memfailkan permintaan ekstradisi untuk kembali seksual-serangan dituduh diplomat Malaysia hampir lima bulan selepas dia ditangkap. 

Rizalman pemimpin-pemimpin itu kad kekebalan diplomatik untuk melarikan diri New Zealand selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis. 

Portal stuff.co.nz memetik Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (MFAT) sebagai jurucakap mengesahkan permintaan ekstradisi itu berhubung dengan Rizalman telah diberi kuasa dan ditandatangani oleh Menteri yang bertindak Keadilan Chris Finlayson dan dihantar kepada pihak berkuasa Malaysia. 

Dalam tindakan susulan laporan media, Kementerian Luar mengeluarkan kenyataan kepada media arus perdana 3 Oktober bahawa ia sedang bekerjasama dengan kerajaan New Zealand pada pemindahan Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail. 

The Star dalam talian katanya: "Proses mengekstradisi Rizalman sedang dijalankan dalam semangat kerjasama dalam lingkungan undang-undang yang sedia ada di Malaysia dan New Zealand, dengan mengambil kira bahawa tidak ada perjanjian ekstradisi wujud di antara kedua-dua negara. 

"Malaysia dan New Zealand komited untuk mendukung hanya amalan dan kedaulatan undang-undang dalam memastikan Rizalman menerima perbicaraan yang adil untuk caj dia hadapi," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 

Rizalman telah ditangkap pada 10 Mei selepas serangan yang didakwa di Wellington wanita Tania Billingsley, 22, di Brooklyn. 

Polis didakwa dia dengan rompakan dan serangan dengan niat untuk merogol, tetapi dia meninggalkan New Zealand pada 22 Mei selepas Malaysia enggan mengetepikan haknya untuk menggunakan imuniti diplomatik. 

Akan ada suatu siasatan ke dalam pengendalian kes itu selepas kekaburan jelas dari MFAT meninggalkan gambaran bahawa New Zealand memberi rahmat untuk Rizalman untuk meninggalkan. 

Malaysia kemudiannya mengumumkan bahawa ia akan memulakan proses untuk kembali kepadanya untuk percubaan tetapi tiada tarikh pulangan rasmi telah diberikan sama ada oleh negara sejak. 

Billingsley diketepikan haknya untuk menamakan penindasan dan secara terbuka menuntut permohonan maaf daripada Menteri Luar Negeri Murray McCully. 

Walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara New Zealand dan Malaysia, jurucakap MFAT tersebut "peguam dari kedua-dua kerajaan telah berkongsi dokumen dan bekerja melalui aturan undang-undang dari segi teknikal kompleks". 

"Ini kini merupakan isu undang-undang bagi pihak berkuasa dan mahkamah Malaysia dan kementerian tidak mengulas lanjut pada masa ini." 

Ia telah lebih daripada 140 hari atau hampir lima bulan sejak Rizalman pemimpin-pemimpin itu status imuniti untuk melarikan diri Wellington selepas polis Kiwi mendakwanya dengan cubaan rogol dan rompakan. 

Pihak berkuasa Malaysia telah menyanyi lagu yang mereka bersedia untuk mengekstradisi Rizalman. 

Nah, sekarang adalah masa. Ia akan dilakukan dengan baik untuk imej antarabangsa Malaysia sebagai sebuah negara yang undang-undang dan keadilan untuk menghantar Rizalman kembali ke New Zealand tanpa sebarang kelewatan lagi