Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 6, 2014

Berita Gempar: Bot tempur TLDM dilaporkan hilang

Bot tempur TLDM dilaporkan terputus hubungan di perairan Sabah
Kemas kini:Oktober 06, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 05, 2014 23:55 MYT)
Bot tempur TLDM dilaporkan terputus hubungan di perairan Sabah
Pada jam 5.11 petang, KD PAUS telah gagal berkomunikasi dengan bot tempur TLDM CB 204 -Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bot tempur CB204 hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur TLDM CB 204 itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

Posisi terakhir bot tempur itu adalah di 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum.

KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan bertolak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad.

Pada pukul 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke Pangkalan akibat cuaca buruk.

Namun pada pukul 1.05 petang, kapal KD PAUS gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.

KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.

KD Serang dan KD Lekiu turut ditugaskan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Pulau Mengalum

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa