Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 4, 2014

Republished: Orang Politik: Lidah Berbelit, Rakyat Terbelit

Tak langsungnya Anwar tolong BN, Hadi bantu UMNO
Saya rasa langkah Kajang tidak akan dipersalahkan rakyat sekiranya rakyat mendapat maklumat yang betul dan tidak terbantut oleh halangan undang-undang/Mahkamah

Satu lagi isu Khalid perlukan pencerahan (untuk rakyat fahami) tanpa menjatuhkan maruah beliau sebelum PKR bertindak

Berkenaan Hadi dan segelintir pemimpin PAS tak perlu diulas, kerana majoriti rakyat yang memahami politik sudah memahami peranan mereka di dalam isu MB Selangor

'Salam 20 sen' untuk NGO pengkritik Hadi
mk - 10:16AM - 4 Oct 2014

Saya sempat membaca dan meneliti surat yang dihantar oleh Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) bertarikh 30 September kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tersebar di media massa.

LENSA menyatakan bahawa surat tersebut adalah sebagai teguran kepada PAS yang dianggap sebagai punca tercetusnya ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam amalan demokrasi, semak dan imbang sangat penting dalam memastikan sesebuah parti mampu melaksanakan dengan sebaiknya hak dan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Namun begitu, saya tidak pasti sama ada LENSA telah meneliti secara adil segala hujahan yang mereka halakan secara mutlak kepada PAS atau tidak.

Sewajarnya LENSA perlu lebih adil dalam memberi teguran bukan hanya kepada PAS, akan tetapi secara bersama kepada PKR dan juga DAP yang juga turut berada dalam Pakatan.

Bukankah tujuan surat tersebut adalah untuk memastikan sistem politik dwiparti (Pakatan) di negara kita dikukuhkan bagi mewujudkan pentadbiran negara yang seimbang?

Namun sebaliknya, tindakan tersebut dilihat seperti 'kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak'.

Mengapa pula wujud double standard dalam isu ini yang seolah-olah PKR dan DAP langsung tidak terlibat dalam pergeseran yang sengaja diwujudkan ini?

Sepatutnya LENSA menegur pencetus utama (the cause of the problem) kepada kemelut yang berlaku sehingga menyebabkan Umno mampu untuk goyang kaki melihat wayang ini.

Titah sultan Selangor menegur tindakan PKR melalui 'Langkah Kajang' yang dilihat sebagai punca kepada krisis di Selangor wajar dijadikan muhasabah oleh PKR.

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli yang menggerakkan projek 'Langkah Kajang' tanpa berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan dilihat punca utama kepada kemelut ini.

Tanpa ada sebarang sebab yang munasabah, pada 27 Januari lalu, ADUN Kajang telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sehingga memaksa rakyat terheret sama dalam pilihan raya kecil yang terpaksa diadakan.

Bukan lembu dicucuk hidung

Selain itu juga, saya melihat ada beberapa argumentasi ringkas yang didatangkan oleh LENSA dalam surat tersebut perlu diperbetulkan dan diberi penjelasan seadil-adilnya.

Sangat tidak wajar jika hanya memetik satu isu lantas mencipta 'bad premise' kepada PAS sehingga menghalalkan hujahan LENSA bahawa PAS adalah punca mutlak kepada berlakunya ketegangan dalam Pakatan.

Sebagai contoh, isu yang dibangkitkan oleh LENSA tentang tindakan PAS yang dilihat membelakangi setiakawan Pakatan apabila tidak menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Perlu diperjelaskan bahawa sebelum isu ini dibangkitkan oleh LENSA, sewajarnya persoalan mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim perlu diturunkan daripada jawatan menteri besar Selangor (sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai ahli PKR) perlu dijawab terlebih dahulu kerana ia adalah penyebab berangkai kepada persengketaan ini.

Begitu juga dengan persoalan mengapa Anwar, ketika awal ‘Langkah Kajang’ dilancarkan, mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini tidak ada kaitan dengan pertukaran menteri besar sebagaimana dilaporkan media pada 27 Januari lalu, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya?

Apakah tindakan ini tidak membelakangi setiakawan Pakatan?

Atau apakah LENSA menganggap bahawa PAS sebenarnya hanya perlu menjadi ‘lembu yang dicucuk hidung’ menuruti segala apa yang dilakukan walaupun terpaksa menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan?

Mesyuarat 17 Ogos

Isu lain yang dibangkitkan oleh LENSA adalah dengan mengatakan pendirian PAS tidak konsisten dalam isu itu.

Saya tidak pasti sama ada LENSA sudah ambil maklum atau tidak berkenaan keputusan rasmi PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada 17 Ogos sebulat suara sepakat, yang antara lain:

“PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

“Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (presiden PKR), dan Mohammad Azmin Ali (timbalan presiden PKR).”

Hilangnya suara anti-GST

Maka sepatutnya rakan Pakatan lain menghormati keputusan PAS ini sebagaimana PAS menghormati keputusan PKR untuk menukar menteri besar setelah Khalid bukan lagi mewakili Pakatan.

Akan tetapi, mengapa PKR tetap berdegil memaksa PAS bersetuju dengan hanya nama tunggal iaitu Wan Azizah sehingga menafikan hak bersuara PAS sebagai rakan dalam satu pakatan.

Keputusan mesyuarat pada 25 Ogos pula sebagai mengukuhkan keputusan sebelumnya dan menyerahkan kepada kebijaksanaan sultan dalam memilih menteri besar Selangor.

Manakala tindakan drastik yang diambil oleh PAS pada 4 September 2014 pula adalah sebagai menghormati arahan sultan agar setiap ketua parti mengemukakan lebih daripada dua nama.

PAS tetap akur dengan arahan sultan kerana berpegang kepada konsensus Pakatan walaupun PKR tetap bertegas untuk memilih ‘berlawan’ dengan institusi istana.

Rakyat juga sebenarnya sehingga kini tertanya-tanya apakah kesalahan ‘pecah amanah’ yang dilakukan oleh Khalid sehingga beliau dipecat daripada PKR dan juga jawatan menteri besar.

Tambahan pula, pertuduhan yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan isu penyelesaian luar mahkamah antara beliau dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah dijawab dalam kenyataan rasmi yang disiarkan akhbar pada 17 September lalu.

Maka sewajarnya, ia perlu dijawab kembali oleh PKR jika sekiranya pertuduhan kepada Khalid tersebut adalah benar kerana ini antara sebab utama PKR mahu menggantikan jawatan menteri besar Selangor.

Jika tidak, mandat rakyat seolah-olah telah dipermainkan oleh sesetengah pihak tanpa rasa tanggungjawab.

Apa yang pasti, rakyat terutamanya anak muda sudah semakin muak dengan politik ‘main-main’ seperti ini. Rakyat memerlukan politik berwajah baru dan politik budiman yang menghormati rakan termasuk juga lawan.

Jika sebelum ini rakyat sedikit lega apabila tindakan zalim yang dilakukan oleh pihak kerajaan mendapat pembelaan daripada Pakatan seperti isu GST, harga getah yang meningkat, harga barang yang melambung tinggi dan sebagainya, tetapi pasca Langkah Kajang, kepercayaan tersebut sedikit meleset.

Ia dibimbangi rakyat sedang melakukan 'silent protest' yang akan diluahkan di atas kertas undi menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Kita semua bersetuju bahawa bermula terciptanya Langkah Kajang, isu-isu rakyat khususnya tentang cukai barang dan perkhidmatan (GST) kurang disebut dan mendapat perhatian.

Dalam tempoh lebih lima bulan Umno berjaya mengambil jalan selesa menghasut rakyat untuk menghalalkan cukai GST yang sebelum ini Pakatan bermati-matian membela rakyat daripada dizalimi. Dek kerana Langkah Kajang, isu ini diam seribu bahasa.

Kempen Tolak GST 1.0 juga sudah tidak kedengaran akibat tenggelam dengan pertelingkahan sesama sendiri bahana Langkah Kajang yang dicipta. Naifnya, rakyat yang menjadi mangsa.

Maka oleh itu, LENSA sebenarnya perlu lebih adil dalam menegur. Melihat kepada rentetan penjelasan di atas, sewajarnya kita sedia maklum pihak mana yang sepatutnya diutamakan untuk ditegur tanda kasih sayang anak muda kepada pakatan harapan rakyat ini.

Suara anak muda tidak sepatutnya dipengaruhi mahupun diracuni oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Jangan disebabkan terpengaruh dengan mana-mana pihak, anak muda yang sebelum ini sinonim dengan nilai keintelektualan diragut oleh politikus yang rakus.

Sehingga menyebabkan kita mengenepikan aspek adil, tepat, berfakta dan benar dalam mengkritik. Salam 20 sen.


 - AHMAD ULWAN HASSIM, 24, mahasiswa ijazah sarjana muda usuluddin Universiti Al-Azhar di Kaherah.

9 comments:

  1. Usia 24 tahun mengaji pula di Al-Azhar dan pendapat begitu cenderung seperti Nik Abduh..... Betul kah kalau tidak lulus belajar di Al-Azhar boleh mengulang hingga 10 tahun sampai lulus? Ada rakan aku dahulu yang dah kahwin kat sana dan malas mahu pulang ke Malaysia, maka dibuatnya gagal hingga 10 tahun lagi berada di Mesir. Manakala seorang lagi dari Kelantan sudah 6 tahun masih tidak lulus, maka diugutnya mahu murtad sekiranya tidak diluluskan, maka diluluskan juga oleh pihak Universiti. Mungkin kalau 30 hingga 40 tahun dahulu budak ini boleh berbangga dengan pendapat bodoh beliau tetapi sekarang akan menjadi bahan tertawa kerana maklumat berada di hujung jari, tak perlu mengaji di Mesir untuk memberi pendapat lalok dan kurang cerdik (ialah mungkin ubun-ubun masih lembut sebab itu guna warkah Al-Azhar untuk glamor) tapi nak juga menulis walaupun fakta tidak jelas dan kabur. Satu sahaja Pak Cik nak tanya kamu.... Semasa mantan Tim Presiden Nasaruddin Mat Isa mahu dipecat dari PAS, adakah Hj Hadi atau MSU duduk berbincang dengan PKR atau DAP? Nasihat Pak Cik bila kamu pulang nanti lilit serban 5 kaki di atas kepala dan pergi berguru di Rusila supaya puak-puak UG boleh mencucuk USB Hub kat kepala kamu. Perlu diingat, puak-puak UG yang berotak kemetot itu pun kebanyakannya adalah dari Al-Azhar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia komen pokcik yg cintakan daki dunia.pokcik oi nak belajar kena berguru ler.tak kan yg tu pun nak kena ajar.harap sembang camdek jer lebey tapi diri sendiri macam pundek.akai ada ka.

      Delete
  2. langkah kajang adalah wajar. pemecatan khladi yang pro umno telah jelas apabila perjanjian air pun boleh hilang. mana punya beruk yg tergesa2 buat perjanjian berbilion ringgit tapi tak simpan satu salinan pun?

    perbuatan ini mengesahkan bhw khaldi terlibat dgn salah laku. semua tuduhan yg dilemparkan adalah jelas ada kebenaran.

    dlm diam rupa2nya klahdi telah merancang dgn teliti. pertama dia mewujudkan talian hayat dgn istana menerusi perlantikan raja idris sbg numero uno perangsang. talian hayat dgn pas pula menerusi din ayam sbg ketua jabatan.

    ReplyDelete
  3. Saje tu. Bior pimpinan PAS nampak kelibat nama dia. Untung2 blk dri Mesir dpt jawatan dlm MSU...hahaha..

    ReplyDelete
  4. Abe

    Penjelasan diatas agak terpilih dan mengambil sekerat sahaja dari sejarah PR. Kita tidak menyalahkan penulis kerana dia tidak berada disini untuk mel8hat sendiri perjalanan dan pergolakan PR sepanjang 6 tahun selepas PRU 2008.

    2. Penulis mungkin tidak sengaja dan mungkin segaja meninggalkan isu UG yang mula te4dedah kepada umum sel3pas PRU 2008 apabila Hassan Ali t3lah diexpos3d sebagai watak utama untuk menubuhkan kerajaang perpaduang di Selangor yang gagal.

    P3nulis tidak meny3but langsung kegiatan-kegiatan sabotaj puak UG yang bersarang di DUPP sepanjang 6 tahun ini untuk memporakperanda PR.

    2. Penulis gagal m3nyebut bagaimana kepimpinan PAS terutama TGHH, MSU dan DUPP gagal melaksanakan keputusan Muktamar Ipoh 2008 s3hingga hari ini dengan memb3ndung kegiatan dan sabotaj-sabotaj puak UG didalam PAS yang seringkali memporakperanda PR. Kita faham kegagalan ini kerana mereka juga adalah puak UG walaupun seg3lintir.

    3. Penulis juga memandang rendah kebijaksanaan p3mimpin-p3mimpin lain didalam PR membaca sesuatu yang tidak kena sedang berlaku didalam PAS s3jak isu UG dan keputusan muktamar Ipoh 2008.

    Logiknya mudah. Jika sebahagian p3nyokong PAS dan PR bol3h membaca k3giatan-k3giatan sabotaj puak UG ini dan mengenalpasti pemain-pemain utama puak UG yang bersarang di DUPP - takkan pemimpin2 kanan PR s3perti Anwar, Lim Kit Siang, Mat Sabu, Dr Zulkefly dll begitu bodoh tidak dapat membaca perkara ini.

    Saya pasti mereka l3bih memahami dan tahu kegiatan puak UG ini didalam PAS. Siapa tokoh-tokoh utama. Sabotaj yang kita nampak apabila sabotaj-sabotaj ini dibuat m3nggunakan media. Banyak sabotaj-sabotaj yang tidak dilaporkan yang kita p3nyokong tidak tahu tetapi dihadapi oleh pemimpin-p3mimpin PR.

    Jangan terk3jut jika puak UG ini dan penyokong-p3nyokong mereka melakukan sabotaj dengan tidak mengundi calon-calon tert3ntu PR dalam PRU 13 yang lalu. Ini mungkin tidak diperkatakan secara meluas tetapi ada bukti-bukti yang segelintir penyokong PAS tidak mengundi calon2 PR tertentu dikawasan2 tertentu termasuk calon-calon dari PAS s3ndiri yang mereka musuhi. Nak minta bukti tak dapatlah saya nak beri seperti sabotaj yang dibuat oleh puak ini kepada calon PR di Kota Damansara, Sungai Aceh, beberapa t3mpat diTerengganu. Atau bukti video TGHH m3nuduh calon PKR di kerusi dun bukit besi dengan tuduhan pil kuda atau calon PKR di Kota Damansara komeneh.

    4. Lagu feveret yang selalu didendangkan oleh puak UG dan penyokong mereka untuk menutup perbuatan khianat mereka ialah PAS tidak dirunding mengenai Langkah Kajang. Runding dan dedah segala-galanya kepada pemimpin-pemimpin PAS termasuk TGHH yang bersongkol dengan UG?

    Satu lagi sebab mengapa Langkah Kajang ini selalu didendangkan oleh puak UG dan penyokong mereka ialah untuk menutup kesilapan strategi mereka apabila Langkah Kajang ini telah memdedah dan membongkar tindakan khianat segelintir pemimpin-pemimpin PAS s3cara live untuk kita semua menilai.

    5. Hujah-hujah yang dikemukakan oleh penulis gagal menunjukkan dengan jelas pengkhianatan yang dibuat oleh PKR dan DAP kepada PAS jika kita sorot pe4kembangan PR selama 6 tahun ini. Malah ia gagal untuk membela tindakan-tindakan TGHH dan geng UGnya sepanjang krisis MB Selangor yang bertentangan dengan perlembagaan PAS dan akhlak Islami yang kita faham.

    ReplyDelete
  5. Ini lah sikap manusia sekarang yg suka mengambil cerita dari luaran tanpa menkaji sedalam dalam nya punca akibat dan kesan nya atas sesuatu yg berlaku itu.

    Mereka hanya komen berdasarkan pandagan luar bergantung pada cerita yang mereka dengar berulang ulang..sedangkan utk mencari bukti fakta serta mengkaji mereka malas..

    Sepatut nya nila penulis membentangkan idea sedemikian kita kena teliti than cari bahan bahan yg.menyokong atau menolak..serta mengambil bahan bahan yg bolh di jadikan rujukan.

    Ini tidak ia sekadar menyebut apa yg tergerak di hati..nasib tak baik mendengar pula bisikan Syaitan..

    Sikap ini juga melibatkan kepercayaan kita terhadap Islam..berapa ramai yg mengaku Islam..tapi berapa ramai yg benar benar beramal dan menghayati nya...coz kebanyakan hanya sekadar ikut ikutan cukup sekadar mendengar kemudian ikut ikut apa yg org lain buat..tapi utk duduk mengkaji apa itu Islam Apa itu Alquraan apa isi nya dan apa kaitan nya dgn kehidupan Mengapa Nabi di lantik dari kalangan Manusia secara terperinci mereka malas...

    Akhir nya jadi lah Islam hari ini lemah di hina ..

    Kemudian melenting tak tentu hala ..wal hal diri sendiri yg menghancurkan Islam..

    Kesimpulan nya terima pandagan orang lain dgn hati yg terbuka..beri pandagan yg membena bertertib agar org dapat menilai kedua dua nya.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. PAS Parti Politik GAGAL. Itu Fakta !!!

    Apa apa yang ber hubung kait dengan PAS pasti gagal dan merugi kan.

    Apa kah sama orang orang bahalol dengan orang orang bukan bahalol ?

    Akibatan ke bahalolan Pil Pil Keldai Hadi lah , rakyat pengkalan kubor pilih BN dan ini meng yakin kan bahalol bahalol BN mereka amat di sayangi rakyat sehingga semua terima beban 20sen.

    Tok Guru Tok Guru di Malaysia sama saja menongkat langit dan pangkat , dari Bentley , Mercedes Benz , Range Rover hingga ke Bini Muda.

    Sedih lah.

    Banyak saja Baca Iti , Baca Ini tetapi satu pun tak di aplikasi kan dalam kehidupan.

    Ayah Pin ; ana nak tanya yea , Tok Guru tak kena seksa kubor ke ?

    ReplyDelete
  7. Anon 5:22 PM

    Apa kebolehan kamu? Apa yang kamu nak komen sebenarnya? Kalau dah rasa bodoh sangat, jangan menyibuk di komentar lain. Pergi masuk ke dalam puki mak kamu semula dan ambil otak kamu yang tertinggal di dalam perut mak kamu tu. Bahalul!

    ReplyDelete
  8. bat8

    Mungkin dia nak menulis tapi banyak tertinggal fakta kerana ketinggalan maklumat kerana dia bukan berada di dalam negara.

    Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya kita boleh tahu apa yang ada dalam fikiran dan hala tuju politiknya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa