Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 6, 2014

Kalau nak melalut dan merapu pun biarlah berpada-pada

Woow.....Hebatnya seorang yang bernama Hadi!
Kalau nak mengampu pun biarlah jangan dilihat melampau
Nak jaga sebuah negeri  bernama Terengganu pun tak mampu
Tak sangka pula auranya sehinggakan menyebabkan barat sesak dada!

Nak tanya sikit mat celupar ni, mana bukti dan faktanya?

Ada konspirasi antarabangsa jatuhkan Hadi dan Ulama PAS, kata Nik Abduh
Published: 5 October 2014
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merasakan kuasa Barat berkonspirasi menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini mendakwa dasar konsisten PAS untuk menegakkan Islam menyebabkan terdapatnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama parti itu.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, serangan tersebut dilakukan dengan melemahkan pimpinan dalaman kerana tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).
"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Tuan Guru (Hadi Awang) dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab ya," kata Nik Abduh seperti disiarkan portal milik parti itu, Harakahdaily hari ini.
"PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR, mesti dilemahkan daripada dalam.
“Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam."
Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang sebelum ini mengatakan PAS dibuli PKR dan DAP mendakwa, pihak Barat dan musuh Islam tidak mahu melihat parti itu menjadi parti tunjang yang Malaysia seperti Umno satu hari nanti.
"Ini merimaskan Barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan Barisan Nasional (BN) yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang cukup merimaskan," katanya.
Ahli Parlimen penggal pertama itu turut menyeru ahli PAS untuk sedar dengan kebenaran tersebut.
Katanya, serangan terhadap Majlis Syura Ulama kerana pihak musuh Islam mengetahui ia merupakan kekuatan sebenar PAS.
"Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai presiden PAS," katanya.
Beliau berkata, pihak Barat sebelum ini berjaya dilakukan di Mesir apabila bekas presiden negara itu Mohamed Morsi digulingkan kerana menggunakan demokrasi untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil..
"Mereka juga melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan fatwa para ulama Muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Assad mestilah disekat, kerana ia pasti berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya.
"Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti Isis. Maka Syria hancur dan fitnah agama berterusan memporak-perandakan Syria, negara yang dipenuhi ulama besar," katanya. – 5 Oktober, 2014.

21 comments:

  1. After looking at a few of the blog articles on your web page, I honestly like your way of blogging.
    I added it to my bookmark webpage list and will be checking
    back soon. Please visit my web site too and let me know what
    you think.

    My web page ... Adrenalast Review

    ReplyDelete
  2. Aduh kesian kat mamat MP dari p mas ni... Dah mulut celupar... Kata ada konspirasi plk... Rakyat sendiri pun xnak sokong hadi awang... Xpyh le barat nak jatuhkan dia... Hadi dan nik abduh xda aura sbgai pemimpin.. Dua dua lebih kurang aja... Pas xkan maju dgn dua manusia ni... Cuma depa ni layak ngajar aja.. Xboleh jadi pemimpin sbb selalu salahkan orng lain... Terlalu byk excuses...

    ReplyDelete
  3. Terkejut..!!! Tak sangka nik abduh rupa2 nya bangang luar biasa..tak sama langsung mcm ayahda nya...PAs akan lingkup lbih cepat dr hayatnya kerana specis bangang ni dan yg sewaktu dgn nya...

    ReplyDelete
  4. Islam ada 4 jenis spritual, faundamentlist, liberal dan sekular. Tentulah spritual dan faundamentalist yg paling ditakuti barat. Liberal dan sekular lebih bersifat semasa dan sangat akur dgn barat , lalu tdk ditakuti barat. Yg teguh dgn al Quran adalah igauan barat.

    ReplyDelete
  5. Nik Abduh tolong lah jangan nak memperbodoh kan otak otak rakyat jelata.

    PAS Parti Politik GAGAL. Itu Fakta !

    Tapi tak elok lah kata rakyat orang orang yang GAGAL.

    Betul kata Mahathir , bila sudah GAGAL mula salah kan bangsa atau orang lain.

    Cuba lah tokok tambah IQ sendiri dengan mem benchmark dengan bebudak PKR dan DAP dulu.

    Mana ada rakyat nak kepimpinan Tahap Ngok , Tuan Guru ter sunkur akibat Pil Pil Keldai nya sendiri.

    Betul kata Mahathir ; macam mana nak percaya kan Ulamak jika pemikiran macam bebudak Tadika saja.

    ReplyDelete
  6. Mereka perlu cermin diri untuk cari salah sendiri & bukannya guna kanta pembesar untuk cari salah orang lain.

    ReplyDelete
  7. Siapa yang beradoh dengan amanat abduh membodoh?
    Luas mana exposure/dedahan siabduh ni kpd politik antarabangsa hingga bolih tau tampa bukti kuasa dunia nk gulingkn hadi dn ularma Pas (ularma bidang apa dn siapa anugrah?).
    Dlam pecaturan politik dunia brapa orang je yg kenal hadi?
    Jgn lah terlalu besarkn diri dn bongkak!

    ReplyDelete
  8. Yang cerdik jadi pekerja kolar biru dan yang otak lembab jadi ulama .Hang ni boleh menyalak siang malam lah hoi rakyat yang waras tak akan dengar kelentong hang lagi . sendiri makan cabai sendiri rasa pedas .

    ReplyDelete
  9. tersedak aku...ni mesti Nik Abduh dpt sumber risikan dri cipan+++...hahaha...wei cipan+++...lu nak bergurau ngan puak2 ni agak2 la..dah amik siyes lak dorang nih..hahaha

    ReplyDelete
  10. Tolonglah awk dok diam2 sebenarnya awak tidak mempunyai aura dan tarikan untuk rakyat marhain bahkan dari segi intelektual berpolitik amat daif dan naif...awsa tidak layak mengetuai atau mewakili parlimen disebabkan IQ dan pemikiran yang dangkal dan tidak berpaksi dialam nyata...banyak kenyataan2 yang dikeluarkan menjurus kepada kecelaruan dan perpecahan serta membawa mudharat kepada jamaah...kepada pimpinan sila ambil berat sebelum jamaah tersungkur rebah dan pupus ditanahair..jgn ingat abg tua dan telah melalui pelbagai halangan dan ujian sebagai alasan...rakyat boleh berbolak balik hati dengan pelbagai masalah dan tataurus tadbir jamaah ditambah pula kenyataan bodoh dan bertaraf longkang...

    ReplyDelete
  11. Abe

    Isu komplot antarabangsa hendak menjatuhkan TGHH mula timbul di blog anaksengat pada 3 oktober 2014. Saya terkejut dengan posting ini kerana seperti biasa blog ini amat pro Ulamak UG. Hujah-hujahnya sentiasa lemah dan lebih kepada mencipta perkara yang tak ada untuk menegak benang basah. Itu pengamatan saya mengenai blog ini sejak beberapa bulan lalu.

    Ini adalah link artikel yang mengenai konsiprasi antarabangsa tersebut.
    http://anaksengat.blogspot.com/2014/10/jatuhkan-tuan-guru-haji-hadi-agenda.html?m=1

    Saya suspek Nik Abduh mengambil idea untuk menunjukkan k3bodohannya dari blog ini. Hujah Nik Abduh mengaitkan dengan apa yang berlaku di Mesir dan Syria amat dangkal. G3opolitik di kedua tempat ini berbeza dengan geopolitik di Malaysia. Disana fokus agenda musuh Islam yang utama ialah penguasaan bekalan minyak yang menjadi nadi kepada negara-negara barat.

    Kaitan dengan apa yang be4laku di Mesir dan Syria juga dibangkitkan oleh salah seorang pembahas di blog anaks3ngat. Agaknya Nik Abduh mencedok bulat-bulat rari artikel dan komen diblog ini untuk menunjukkan kebodohannya.

    Yang tuanpunya blog anaks3ngat dan Nik Abduh terlupa bahawa dengan cara TGHH dan puak UG bertindak dalam isu MB S3langor sebenarnya merupakan tindakan-tindakan yang selari dengan ag3nda musuh Islam itu s3ndiri! Pertama ia memecahbelahkan kekuatan PAS sendiri dengan memainkan isu pemisahan didalam parti berasaskan kepada puak: aku puak ulamak lebih berhak dari kamu puak profesional pi dok d3ndiam. Kedua, tindakan-tindakan ini secara langsung telah menghitamkan imej Islam yang indah hasil usaha TGNA selama ini.

    Kalau tindakan2 ini m3nguntungkan musuh-musuh Islam antarabangsa aku tak tahu nak katalah tentang kemetotnya pemikiran kaki-kaki wala tak bertempat ini.

    Kesimpulannya Nik Abduh mencuri idea dari blog penyokong t3gar puak UG dan membuat kenyataan seolah-olah dia begitu bijak s3hingga konspirasi antarabangsa pun dia tahu tapi nampak sangat nak tunjuk kebodohan dan betapa tak dia ni memang takboleh pakai.

    Tentang Nik Abduh curi imodal orang ini.....aku amat. Melain anaksengat = Nik Abduh.

    ps: jika kita perhati tahap pemikiran anak s3ngat sama dengan pemikiran Nik Abduh. Banyak halusinasi dari realiti!

    ReplyDelete
  12. Abe.
    Kita org luar neh.kdg2 tertanya2 apakah yg dipelajari oleh mereka2 yg suka or gila buat statement dlm kuliah dahulu.uslub dakwah mana yg dipakainya.Kenapa keluarkan kenyataan yg merugikan Perjuangan Islam?Adakah kena strategi pendekatan sebegini dlm mendekatkan golongan non muslim dan golongan yg jauh dr amalan agama utk semakin mendekatkan diri dgn Islam.Kenyataan yg tak ukur baju.mcmlah Pas dah memerintah or menguasai segenap cabang organisasi negara.Pimpinan dan ahli sendiri pun tak tertarbiyah.Mcm samseng or Lanun jer layaknya pendekatan perjuangan.Ini politik kenegaraan dan dakwah global.Bukan politik Lanun selat melaka atau bandit kat Gobi Desert laluan sutera.Jenis menang dan rampas tp tak menang peperangan.Lagi dibenci dan menyampah dgn spesis bandit politik ni.Mcm ketua Lanun yg memang sentiasa syok sendiri dgn hasil dan ketaatan patuh org bawahannya yg x reti kecuali angguk n jek berapi2 sampai tergolek.Pepuak neh kalau ajak forum diskusi debat pasti ader jer alasan.tak caya cuba buat.Minta mana2 ngo atau sinar harian aturkan abg nik dgn mana2 PasMa or tony Pua or rafizi nurul izzah ker berdebat.jgn nurul fadil abg long dah lah.nanti dia jer nak ckp.org ckp sekerat dah potong.manteliti otak sekerat.

    ReplyDelete
  13. bat8

    Adakah kejayaan Hadi setanding kejayaan Dr. Mursi di Mesir dan Erdogan di Turki?

    Memang keupayaan Dr. Mursi dan Erdogan menyenakkan barat.

    Tapi apakah keupayaan dan kejayaan Hadi?

    Di Mesir dan Syria barat/US bertindak demi kepentingan Israel.

    Hasil buminya pun menjadi satu aset yang menjadikan barat amat terliurkan peralihan kuasa untuk dikuasai.

    ReplyDelete
  14. air gunung

    Ini bukan apa.....ini hanya satu alasan bagi jenis manusia yang tersepit dengan isu dan buntu idea.

    Bukankah cara ini juga yang digunakan oleh kerajaan BN bila sesuatu isu tidak terjawab? Disamping itu tuduhan begini biasanya akan membuka ruang untuk diambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang dituduh?

    Tapi dalam hal tuduhan Nik Abduh ini, apakah kuasa PAS dan di mana buktinya?

    Maka jadilah tuduhan bodoh dari Nik Abduh!

    ReplyDelete
  15. Ahmad Basri

    Jangankan politik antarabangsa, politik dalam negara pun masih teraba-raba!

    ReplyDelete
  16. Ahmad Basri

    Jangankan politik antarabangsa, politik dalam negara pun masih teraba-raba!

    ReplyDelete
  17. bunbinban

    Ha....ini yang C++ kena jawab!

    ReplyDelete
  18. Nak buat macam mana kalau otak dah kemetot. Nasiblah ulama besar seperti Tuan Guru Nik Aziz, inilah dugaan Allah kepada setiap pemimpin yang tak lekang dengan kitab, walaupun ribuan rakyat mampu dipimpin tetapi anak seekor ini meroyan tak habis-habis akibat racun dunia. Abduh! Cuba kamu banyakkan membaca dan study serba sedikit berhubung ekonomi dan sosial politik supaya kamu mampu untuk berbahas di Parlimen kelak dan jangan nanti dikata rakyat Pasir Mas bahawa anak ulama atau bekas MB Kelate itu hidup dengan makan gaji buta. Di hadapan pemimpin lain takut nak berhujah seperti anjing yang menyimpan ekor kat celah kangkang layaknya. Itulah kalau simpan janggut pun macam bulu ketiak Benggali maka otak pun macam pie basi kat Pizza Hut.

    ReplyDelete
  19. 1Crony

    Kesian kan?
    Orang Pasir Mas dapat MP lebih tolol dari Brehim Ali!

    Brehim Ali dulu ada juga bawa kemajuan kepada penduduk P. Mas dengan jambatan dan jalan rayanya walau dia sendiri membuat untung dari projek itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu mudah admin mentololkan orang lain.apakah tidak ujud ketololan dalam diri admin.aku percaya ada banyak ketololan dalam diri admin.kesian admin.ketololan sendiri tak mahu diakui.malahan merasakan diri nya terbaek..

      Delete
  20. I was more than happy to uncover this site. I wanted to thank you for ones time
    just for this fantastic read!! I definitely loved every part plenty of fish dating site of free dating it and i
    also have you saved to fav to look at new information in your site.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa