Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 6, 2014

Pak Lah Taji Sape Ni?

Kalau guna Akta Hasutan tidak ikhlas, boleh bawa mudarat
 | October 5, 2014

Kalau kita tidak ikhlas, maka undang-undang yang baik pun boleh membawa mudarat
abdullah ahmad badawiPETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan keadilan dan keikhlasan amat penting dalam pelaksanaan undang-undang.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah berkata pelaksanaan undang-udang yang adil dan ikhlas itu termasuk dalam isu penggunaan Akta Hasutan 1948.
“Banyak isu melibatkan keikhlasan. Termasuk juga isu Akta Hasutan 1948 yang hangat dibincangkan masa kini.”
“Undang-undang sesebuah negara adalah ciptaan manusia dan sebaik mana pun undang-undang tersebut, ia tidak akan seratus peratus sempurna,” tulisnya dalam entri terbaru di www.paklah.net.
Tambah Pak Lah tiada gunanya jika menggubal undang-undang yang lebih bagus tetapi perlaksanaan undang-undang tersebut tidak dilakukan secara adil dan ikhlas.
“Kalau kita ikhlas undang-undang yang kurang sempurna pun boleh diguna pakai dan boleh membawa manfaat,” jelasnya.
Katanya, keikhlasan juga perlu dalam apa jua jenis muafakat.
“Tiada jenis pakatan akan berpanjangan jika kita tidak ikhlas bermuafakat. Tiada makna berganding bahu jika jalan tak seiring. Lambat-laun orang akan tahu juga sama ada ianya berniat untuk membangunkan negara atau semata-mata untuk meraih sokongan.
“Kebelakangan ini juga saya lihat ramai individu kerap mengkritik secara lantang dan menuding jari ke arah orang lain di atas sesuatu perbuatan atau kesalahan yang mereka sendiri lakukan di masa lampau,” ujarnya.
Jelasnya, walaupun kritikan itu berbunyi munasabah tapi ianya tidak diterima umum dan dipandang sinis.
“Saya tidak bermaksud yang seseorang yang melakukan kesilapan di masa lampau langsung tidak berhak menegur orang lain.
“Tetapi kalau kita ingin menegur dan mengkritik orang lain pandanglah diri sendiri dan mengakulah akan kesilapan sendiri dahulu.
“Saya sendiri pun melakukan banyak kesilapan. Kalau kesilapan saya menyinggung atau mengecewakan orang lain, saya meminta maaf. Saya tahu yang ungkapan ‘buat apa yang saya suruh dan bukan apa yang saya lakukan tidak boleh diterima orang’,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa