Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 5, 2014

Kenapa Saari Sungib Yang Mohon Maaf Bagi Pihak PAS?

Bukankah yang celupar dan bawa masalah yang seharusnya memohon maaf?

Maafkan PAS atas ‎isu MB Selangor, kata Saari Sungib 
Published: 5 October 2014
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib yang dalam proses dipecat parti dihargai oleh parti PKR dan DAP atas pendiriannya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun ditentang partinya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 5 Oktober, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk memecatnya.
Bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan beliau sudah berjumpa dengan pemimpin tinggi parti bagi memberi penjelasan tentang pendirian and tindakannya semasa kemelut menteri besar Selangor.
Saari berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.
(Laporan sebelum ini membuat terjemahan yang salah bahawa Saari akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti).
"Saya tahu sesetengah dari anda masih marah kepada PAS. Jadi mewakili PAS, saya mohon maaf kerana lambat membuat keputusan dalam isu calon menteri besar Selangor," katanya.
Saari dianggap sebagai hero oleh parti Pakatan Rakyat (PR) lain kerana keputusannya menyokong DAP dan PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun pendiriannya bertentangan dengan pendirian pemimpin tertinggi PAS.
Ketika Muktamar PAS September lepas, Saari dan Adun Morib Hasnul Baharuddin diserang ahli dan pemimpin PAS kerana keputusan mereka untuk memihak pada PKR dan DAP.
Namun Saari tetap meraih populariti di kalangan hadirin bukan PAS pada acara semalam dan ucapannya yang seringkali mendapat tepukan gemuruh.
Beliau juga turut menerima pujian daripada pemimpin DAP malam tadi atas tindakannya bersama 28 Adun PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid dan memberi sokongan majoriti kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor.
Malah Naib Presiden DAP Teresa Kok ‎turut dilihat menghadiahkan Saari dengan pokok buluh sebagai penghargaan atas keputusan menyokong parti PR meskipun menerima tentangan hebat daripada PAS.
"Dalam tradisi Cina, buluh simbolik kepada kelembutan dan integriti. Bagaimana tekanan pun, buluh hanya akan bengkok tetapi tidak patah," katanya sebelum memberikan pokok tersebut kepada Saari yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.
Saari dan Hasnul berdepan dengan kemungkinan dipecat daripada PAS kerana menyokong DAP dan PKR sebelum pendirian rasmi parti Islam itu sama ada mahu menyokong atau menolak pemecatan Khalid.
Namun apabila Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat mengumumkan menerima pemecatan Khalid, keputusan itu di tarik balik beberapa hari selepas itu, walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura memutuskan perkara sebaliknya.
Perpecahan dalam PAS dilihat semakin berlarutan terutama dalam krisis menteri besar Selangor dan tidak mencapai sebarang kata sepakat bersama PR dalam isu calon yang menggantikan Khalid.
Para penganalisis dan pemimpin PR mempersoalkan keputusan PAS kerana ia memberi kesan kepada pengundi Selangor yang dilihat mempunyai kesedaran politik.‎
Mereka percaya krisis tersebut akan menyebabkan PAS kehilangan kerusi pada pilihan raya akan datang akibat sentimen negatif orang ramai.
‎Seorang pemimpin yang berada di majlis makan malam tersebut berkata program itu juga dilihat sebagai peluang membuktikan kemarahan pengundi kepada PAS.
"Cina mengiktiraf Saari, beliau kini dilihat sebagai selebriti. Kita mahu tunjukkan mereka beliau juga merupakan pemimpin PAS."
Saari pula katanya tetap berpegang pada pendiriannya tanpa mengira persepsi daripada ahli PAS lain.
"Mereka boleh menyatakan apa sahaja, menghina saya. Namun saya sanggup buat apa sahaja untuk rakyat. Saya tidak mahu keluar daripada PAS, saya masih ahli PAS."
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan sudah menjelaskan pendiriannya kepada pemimpin tertinggi PAS dan akan ambil keputusan untuk meninggalkan parti itu sekiranya ia merupakan cara penyelesaian.
"Namun akhirnya saya berharap PR dapat bangkit semula, PAS dapat bergabung semula bersama DAP dan PKR mengambil alih negara Barisan Nasional (BN)." – 5 Oktober, 2014.

10 comments:

  1. Agen PKR ni cuba memberikan gambaran seolah2 PAS yang silap dalam kemelut MB Selangor. Pecat diri sendiri la saari

    ReplyDelete
  2. Saari Sungib ada lah se orang politician Professional , Bijak lagi Ber maruah.

    Saari sedar beliau bukan lah dari Kawanan PAS yang Bahalol , dengan rela hati memikul tanggung jawab memohon maaf bagi pihak PAS.

    Tindakan ini sudah menunjukan sikap Kepimpinan Leadership Ter tinggi yang patut di pikul hanya oleh Presiden Parti , namun apa kah Saari harus mendiam diri walaupun Presiden Parti Benggap Bahalol senyap menyepi bagai Ayam Tunggu Di Panggang ?

    Saari sedar akan tanggung jawab dan maruah diri nya , mengambil tindakan positif tanpa di arah.

    Apa kah sama orang orang Bahalol dengan orang orang Bijak dan Tinggi IQ Otak nya ?

    ReplyDelete
  3. Cukup cukup ler.ingat kadangkala kifarah perbuatan kita menimpa pada pertalian kita.jgn sampai jelas terserlah bahawa anda adalah pihak yg suka pada perpecahan.

    ReplyDelete
  4. Kadang kadang Allah beri apa jua yg kita pinta apa juga kita lakukan apa jua kita inginkan atau hajatkan sahingga kita merasa diri kita disayangi olh Allah....

    Wal hal Allah tengah menguji keimanan serta ketaqwaan kita...

    Jika kita lalai menjadi gembira lagi sombong...maka tunggu lah azab nya...

    Wallahua'lam


    ReplyDelete
  5. Anon 12:58 PM dan 6:50 PM

    Terus terang saya katakan saya bukan agen PKR atau apa-apa.

    Saya anti pada putar belit penjaja agama dan pemimpin yang bertindak secara bodoh piang dan bodoh sombong!


    ReplyDelete
  6. Sy suka dgn artikel anda yg lebih adil utk semua,...

    ReplyDelete
  7. YB tak perlulah mohon maaf. bukan YB yg bersalah. bukan YB yg tuduh calon pkr agen pil kuda. bukan YB yg keluarkan watikah lantik calon pas di sgaceh dan kotadamansara. bukan YB yg kata presiden parti rakan tak layak. bukan YB yg tuduh org broker dan barua.

    YB tak perlulah minta maaf bg pihak org yg terlalu sombong utk mohon maaf. diakhirat nanti, dia akan tetap kena jawab pertuduhan dan pengkhianatan dia tu.

    Ingatlah, bagimu agama mu. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya.

    ReplyDelete
  8. Tuan Admin (Mountdweller)

    Aku dah lama perhatikan bahawa puak-puak penyokong PAS dan UMNO yang tiada hujah atau fakta untuk diperincikan maka mereka dengan mudah menuduh Admin sebagai blogger PKR atau orang suruhan Anwar. Tidak pernahkah mereka terfikir bahawa setiap komentar yang dihantar kebanyakkannya adalah "volunteer" atau sebagai rakyat yang mahu kehidupan yang lebih sempurna dengan cara kritikan demi pencerahan kepada rakyat yang kelabu asap terhadap maklumat dan fakta yang selalu dipesongkan oleh media parti pemerintah.

    Faktanya cukup mudah.... Sekiranya ramai yang menyokong fakta dan pendapat si penulis maka semakin hampirlah kebenarannya atau jika sedikit yang membangkang mungkin mereka ini kurang maklumat atau tidak mahu menerima realiti terhadap maklumat seperti golongan tua tegar (konservatif). Aku pun sama dengan Admin (Pesara kerajaan - Peg Tentera), pencen dah cukup, tiada siapa pun yang makan suap atau penulis upahan kepada mana-mana parti kerana dahulunya memang penyokong PAS, tetapi dari bukti dan maklumat didapati pemimpin tinggi PAS dah lalok pil kuda dan mahu sangat-sangat ber-UG dengan UMNO, maka kita beralih arah pula menentangnya. Salahkah?

    ReplyDelete
  9. Monkey Shooter

    Itulah masalahnya. Kita orang lama ni hanya menegur untuk yang lebih baik.

    Saya sendiri terlibat dengan gerakan politik sejak saya berumur 18 tahun (di ting. 6 rendah) dan yang menjadi mentor saya di masa itu ialah Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi. Jadi apa yang saya komen dan utarakan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terhadap sesuatu kejadian atau isu.

    Jadi kepada yang buta hati dan buta fikiran kerana taksub atau wala' itu tak bleh nak apa lagilah......

    Cuma mungkin bertepatan dengan kata-kata "He who not knows not knows he not knows" - shun him!

    Manusia jenis macam ni dicakap tak dengar, diajar tak masuk.

    Memang kita buat perkara yang kita anggap baik dan bermanafaat denga sekarela. Kita tak perlukan upah, yang kita perlukan adalah keadaan yang lebih baik, politik yang lebih bersih dan adil

    ReplyDelete
  10. Very nice blog post. I absolutely love this site.
    Stick with it!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa