Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 4, 2014

Wajah pemimpin "revolusi payung" Hong Kong

AFP |Kemas kini:Oktober 04, 2014

HONG KONG: Pemimpin-pemimpin yang menerajui protes tunjuk perasaan pro demokrasi di Hong Kong terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang berbeza daripada pelbagai peringkat umur.

Daripada pelajar berumur 17 tahun hinggalah kepada ahli akademik, peguam, pegawai bank dan Menteri Baptist.

Penunjuk perasaan 'Occupy Central' di Hong Kong kini dikenali sebagai “revolusi payung” selepas mereka melindungi diri mereka daripada semburan lada dan gas pemedih mata yang ditembak pihak berkuasa dengan menggunakan payung.

Protes ini diadakan untuk menuntut pilihan raya yang adil pada tahun 2017 di mana penduduk-penduduk bandar Hong Kong mahu mereka diberikan hak sepenuhnya untuk mengundi pemimpin mereka tanpa campur tangan kerajaan Beijing.

Profesor Undang-Undang : Benny Tai
(Gambar AFP)
(Gambar AFP)
Profesor undang-undang universiti dan juga antara pengasas kumpulan pro demokrasi 'Occupy Central' sentiasa berada di barisan hadapan untuk memberi desakan dan tekanan kepada reformasi politik di Hong Kong.

“Saya secara peribadi percaya satu hari nanti demokrasi akan datang juga nanti di Hong Kong,” kata Tai, 50.

Tai membentuk satu protes bersama rakan ahli akademiknya, profesor sosiologi Chan Kin-Man dan Menteri Baptist Chu Yiu-ming pada 18 bulan yang lalu dan mengadakan protes “lembaran baru”.

Organisasinya membuat undian tidak rasmi mengenai reformasi pilihan yang menyaksikan hampir 800,000 orang mengundi dan majority mendesak untuk mengadakan pilihan raya yang bebas.

Pelajar: Joshua Wong
Pelajar: Joshua Wong
(Gambar AFP)
Joshua Wong, 17, merupakan salah seorang daripada pemimpin penunjuk perasaan pro-demokrasi yang bersuara lantang bila berhadapan dengan pihak berkuasa.

Wong, yang baru sahaja memulakan pengajiannya di sebuah universiti di Hong Kong, merupakan pengasas kepada satu kumpulan pelajar Scholarism pada tahun 2012 yang  mengumpul berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan yang menentang rancangan kerajaan Beijing yang memperkenal “Pelajaran Patriotik” di sekolah-sekolah bandar.

“Kami tidak berasakan kami mampu memujuk kerajaan dengan kata-kata. Apabila ada satu tindakan yang melibatkan masyarakat diadakan, baru kerajaan mahu mula menghitung sesuatu perkata  itu,” kata Wong.

Pelajar Sastera : Alex Chow
ALEX CHOW

(Gambar AFP)
Chow 24, berkata pengajian ilmu sastera Cina memberi inspirasi kepada dirinya untuk membawa perubahan kepada Hong Kong.

“Sastera Cina mencerminkan realiti dan ia mengkritik masyarakat melalui perkataan,” kata Chow yang mengetuai Persekutuan Pelajar Hong Kong.

Beliau telah mengetuai pelajar-pelajar untuk memboikot kehadiran ke kelas dan menyertai tunjuk perasaan di jalanan.

Pegawai Bank: Edward Chin
Edward Chin

(Gambar AFP)
Pengurus dana ini menyertai 'Occupy Central' pada bulan Mac telah menjadi sebahagian daripada pembiaya besar dalam memerangi pengaruh kerajaan China dalam pasaran ekonomi dan politik di Hong Kong.

"Jika kami perlukan wang, kita hanya perlu kumpulkannya dalam beberapa hari antara kami sendiri, dan kami hanya perlu menandatangani cek," Chin kepada AFP awal tahun ini.

Chin yang terkenal sebagai penyokong “Occupy Central” sentiasa menulis di jurnal kolum mingguan bisnes Hong Kong selama lapan tahun.

Ahli Sosiologi: Chan Kin-man
Chan Kin-man
(Gambar AFP)
Graduan Yale yang menggambarkan demokrasi sebagai “kerjaya” beliau, Chan, 55, berkata beliau pernah mendapat ancaman bunuh kerana pendirian politiknya.

Berikutan penunjuk perasaan yang ditembak gas pemedih mata, Chan menggambarkan protes ini sebagai sebuah medan perang dan bukan pertempuran.

“Ramai orang berfikir bahawa protes sekarang tidak mencukup dan bunga (protes) ini mesti harus mekar di mana-mana,” kata Chan.

Tokoh Veteran: Chu Yiu-Ming
 Chu Yiu-ming
(Gambar AFP)
Tokoh veteran gerakan pro Demokrasi Hong Kong, Chu Yiu-ming berpengalaman dalam menunjuk perasaan sejak zaman pemerintahan British.

Menteri Baptist bergabung dengan ahli akademik Tai dan Chan awal tahun ini untuk membentuk pemerintahan bertiga bagi memimpin kempen 'Occupy Central'.

Beliau enggan bercakap sepenuhnya mengenai peranannya dalam kempen 'Occupy Central' kerana takut menjejaskan mereka yang terlibat.

Beliau mewakili golongan Christian di dalam pergerakan tunjuk perasaan itu bersama-bersama Tai dan Ching yang juga penganut yang setia.

1 comment:

  1. Bijak bijak juga bebudak Hong Kong ini yea , muka muka pun nampak ber pelajaran dan yakin.

    Apa agaknya jika bebudak di sini ber pendidikan bagus kualiti dan tinggi IQ otak nya , pasti hasil nya juga ber beda.

    Mamak , Kain Serban Putih 3 ela mari sini kasi satu !!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa