Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 14, 2014

Kenapa Ramai Yang Paranoid Dan Melatah?

Apa yang dikatakannya tu betul
Hanya Ahli PAS yang berhak tentukan siapa ketua mereka
Habis kenapa ketara bimbang dan gundah gulana sehingga ramai yang melatah?

Parti berhak putuskan siapa Presiden Pas
KUALA TERENGGANU – Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menyifatkan keputusan berhubung kedudukan presiden adalah hak parti.

Sehubungan itu, beliau meminta perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Pas tanpa campur tangan pihak lain, kerana pihaknya mempunyai mekanisme tersendiri dalam menentukan hala tuju dan kepimpinan parti pada masa depan.

“Dari segi keputusan itu, parti yang menentukan. Biar serah kepada partilah. Walaupun pihak lain boleh beri pandangan, tetapi hak itu hak parti yang menentukan. Terserah kepada pemimpin parti dan ahli-ahli parti,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena lawatan ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas, Salleh Embong, di sini, semalam.

Sebelum ini, kedengaran desas-desus mengatakan Abdul Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya untuk berundur sebagai Presiden Pas bagi memastikan kelangsungan Pas dalam PR, selain masalah kesihatan yang dihidapinya.

Pas dikatakan boleh memperbaiki hubungan dengan rakan-rakan pakatannya jika Abdul Hadi rela berundur memandangkan hubungan dalam PR tegang ekoran sikap Abdul Hadi yang dikatakan dingin terhadap PKR dan DAP.

Suhaizan bagaimanapun memberitahu, mana-mana pihak bebas memberi pandangan tetapi menegaskan, ia bukannya hak mereka untuk menentukan kedudukan Abdul Hadi.

Mengulas lanjut, Suhaizan memberitahu bahawa kepimpinan Abdul Hadi masih diperlukan untuk meneruskan kesinambungan parti itu dalam persada politik tanah air walaupun berdepan cabaran dan kritikan hebat bukan sahaja dari musuh parti, malah rakan-rakan parti sendiri.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan di bawah kepimpinan Abdul Hadi sehingga Pas berada di kedudukan tersendiri dan berjaya menggerakkan parti bertapak lebih jauh termasuk menjalinkan kerjasama politik bersama PKR dan DAP.

“Pada saya kepimpinan presiden diperlukan untuk membantu menggerakkan parti ke depan dan usaha-usaha dibuat banyak lagi untuk gerakkan parti dan berjaya untuk meningkatkan kemampuan parti kepada persada nasional,” katanya.

3 comments:

  1. Hadi Awang dah jadi liabiliti bagi PAS! Sifat kluk-klek@flip-flop, tuduh tanpa bukti dan oportunis dikala rakan memerlukan sokongan menyebabkan Hadi Awang lebih banyak menjejaskan kredibiliti PAS daripada menjulang nama baik PAS!

    ReplyDelete
  2. Abe

    Betul la kata si Suhaizan ni. Kepimpinan PAS.dit3ntukan ol3h pemimpin dan ahli-ahli PAS. Tapi dari s3gi hakikatnya, bagi sesetengah p3mimpin PAS terutama bagi TGHU dan g3ng UGnya - bila dipilih ol3h ahli-ahli PAS mereka merasakan mereka mempunyai lesen besar untuk bertindak satu Malaysia supaya orang patuh kepada mereka.

    Mereka je mempunyai kuasa untuk m3ngatur segala-galanya dalam negara ini. Kalau ada suara-suara yang mempersoalkan, mer3ka dituduh dengan pelbagai lab3l. Sedangkan batang tubuh sesetengah pemimpin PAS pun jika dinilai m3nggunakan pandangan mer3ka pun banyak yang cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  3. Masalahnya penyakit yang dibawa oleh hadi dan juak-juaknya adalah ibarat cancer yang menular cepat dan akan membubuh PAS. Seeloknya Tuan Presiden berundur dan memberi laluan kepada yang sihat memimpin. Korbankanlah ego serta kepentingan diri demi mencari keredoan Allah. Lepas pencen tuan guru nak bersedih meratapi duja nestapa bersama khalid ibrahim, pergilah....tiada siapa akan mengganggu. Usahlah dirisau akan nasin Din Ayam, tahulah kami menyembelihnya....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa