Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 13, 2014

Korang Bayangkan Kalaulah Ini Berlaku pada Lojing......

Mau riuh rendahlah dan gegak gempita satu negara!

Apa yang sedang berlaku kepada Malaysia? Di manakah pihak berkuasa?
K Kabilan

SEKILAS PANDANG: Begitu banyak kejadian dalam tempoh beberapa hari terakhir telah menyebabkan kita mempersoalkan kekurangan kawalan kerajaan, kementerian dan agensi-agensinya, dan menteri-menteri dan kakitangan yang bertanggungjawab.
Pertamanya adalah kisah sedih pencerobohan Cameron Highlands. Kemudian Laporan Ketua Audit Negara (AG) yang sekali lagi mengenengahkan rasuah dan penyalahgunaan oleh agensi-agensi kerajaan. Dan hari ini, mengenai penyalahgunaan dadah yang meluas di kolej-kolej dan universiti-universiti kita.
Kemelut di Cameron Highlands adalah sesuatu yang hanya menanti masa untuk terjadi. Petanda-petanda buruk telah timbul di sana selama beberapa tahun. Pembangunan tidak terkawal, kebanyakan darinya menyalahi undang-undang, telah berlaku selama bertahun-tahun.
Aktivis-aktivis dan media telah bersuara terhadap pembukaan ladang-ladang haram, pekerja haram dan pembangunan tidak sah. Laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapatnya kira-kira 30,000 orang pekerja haram di Cameron Highlands. Mana-mana pelawat dapat melihat bahaya yang ditimbulkan oleh pembukaan tanah untuk tujuan pembangunan.
Kita tertanya-tanya apa yang ahli parlimen kawasan itu lakukan semasa lawatan mingguannya ke kawasan parlimen itu. Apatah lagi, beliau juga merupakan menteri yang menjaga alam sekitar. Apa yang pegawai daerah di sana sedang lakukan? 
Dan kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan bahawa perlakuan rasuah sedang berleluasa di semua daerah-daerah di Cameron Highlands. Wah! Kenapakah tidak ada pendakwaan besar-besaran?
Seperti biasa kerajaan kita mula mengambil tindakan hanya selepas banjir lumpur dan tanah runtuh telah meragut nyawa lima orang. Setahun yang lalu, kejadian yang sama telah meragut empat nyawa.
Kekurangan tindakan oleh pemerintah dan menteri-menteri ini telah diketengahkan sekali lagi oleh Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan semalam. Sekali lagi, pelbagai percanggahan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah telah dikemukakan di dalam laporan itu.
Berjuta-juta ringgit telah disalahguna dan disia-siakan oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, termasuk beberapa kementerian utama. Apa yang disifatkan sebagai pembangunan demi kepentingan rakyat tidak sampai kepada rakyat kebanyakan di jalanan, kerana tokoh-tokoh lain telah merampas projek-projek ini dan keuntungan yang diperolehi melaluinya.
Apa yang akan dilakukan pemerintah mengenai pendedahan baru ini? Seperti biasa, bunyi bising akan dibuat, menteri-menteri akan menjanjikan tindakan, dan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) akan mengangkut penyebabnya untuk disoal siasat. Tetapi adakah sesiapa akan didakwa dan bertanggungjawab atas pembaziran itu?
Dan pagi ini The Star mengeluarkan laporan eksklusif tentang betapa mudahnya ganja boleh didapati di beberapa kolej-kolej dan universiti-universiti kita.
Ini memang membawa khuatir, jika benar bahawa pengedar-pengedar menjalankan kegiatan mereka di pusat-pusat pengajian tinggi, menjadikannya lebih mudah bagi pelajar-pelajar kita untuk mula ketagih.
Persoalan-persoalan yang timbul adalah: Di manakah pihak berkuasa? Mengapakah pihak-pihak yang bertanggung jawab ke atas kolej-kolej dan universiti ini tidak mengetahui apa yang sedang berlaku?
Apakah mereka terlalu sibuk menghentikan gerakan aktivisme pelajar, sehingga mereka telah mengabaikan gerakan hedonisme pelajar?
Kita boleh mengagak apa yang akan dilakukan seterusnya. Pihak berkuasa akan menyeru tindakan segera bagi membersihkan kolej-kolej dan universiti. Menteri pendidikan, dan juga Perdana Menteri, akan melawat institusi-institusi ini. Pelajar-pelajar dan mungkin juga pelajar-merangkap-pengedar akan diberi kaunseling dan diberi peluang untuk bebas dari pengaruh dadah. Semuanya akan baik-baik saja, kita akan diberitahu.
Jadi apa seterusnya bagi Malaysia? Kita tunggu sahaja kejutan seterusnya, dan bagi pihak berkuasa untuk bercakap berdegar-degar sekali lagi tentang pengambilan tindakan.

6 comments:

  1. orang orang melayu nak kaya cepat , hidup nak ber gaya seperti bangsa cina dan india yang kerja kuat , tetapi orang orang melayu mahu jadi orang kaya baru OKB ikut gaya umno.

    kalau umur 42 tahun anak melayu kampong boleh pakai bentley continental GT , maka nya semua anak anak melayu pun boleh jadi kaya cepat.... belajar saja dari adik timbalan menteri. itu saja...

    yahoo !!!!

    orang orang melayu kaya raya lah...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Al Quran S17:81 membenarkan segalayg tn katakan...tahniah kerana menegakkan yg haq. Bagi yg sebelah sana tu pepatah kita " Cakap berdegar2 tahi sangkut di gelegar" amat kena pd. tempatnya....

    ReplyDelete
  4. Lihat Al Quran S17:81...terjawap semua soalan...bagi pihak yg lagi satu tu pepatah " Cakap berdegar 2 tahi sangkut di gelegar" amat tepat...

    ReplyDelete
  5. Malaysia is heading towards destruction. tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  6. Ketagihan pelajar dgn dadah adalah petanda yg akta kebebasan beruara pelajar tu lingkup.... Pelajar perliu aktif tetapi telah dikengkang dan masa yg ada akan disia sia dari d perguna secara kreatif ... Akhir mereka yg lari dr pemikiran politik ini masuk dlm perangkap dadah... Syabas kerajaan bn dan juga pensyarah yg menjilap kerajaan bn tu....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa