Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 20, 2015

Republished kerana debat masih hangat: Apakah lagi pilihan yang ada bagi Rakyat Malaysia?

Nampaknya semua pertubuhan politik tak boleh pakai
Semuanya penting diri dan pentingkan agenda peribadi
BN...... memang dah lama rakyat tahu
Parti-parti dalam PR sudah menampakkan wajah sebenar masing-masing
Seolah mereka tidak rela kuasa terlucut dari BN

Adakah kita tersalah undi?
Jadi.....kepada apa lagi yang rakyat nak harapkan?

DAP cakap tak serupa bikin, kata setiausaha agung PAS
Published: 17 January 2015 3:00 PM

PAS hari ini menyelar DAP kerana "cakap tidak serupa bikin" dalam mempersoalkan hudud yang dikatakan tidak dipersetujui Pakatan Rakyat (PR), sedangkan mereka sendiri mendahului gabungan itu dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ketika DAP mempertikaikan Kelantan kerana mahu melaksanakan hukum Islam hudud, DAP cuba melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang walaupun ianya tidak pernah dipersetujui PR.
"Sedangkan Pakatan sebelum ini pernah membincangkan isu hudud dalam mesyuarat dan dicapai kata sepakat untuk  'agree to disagree' dan mengakui hudud melampaui Pakatan Rakyat kerana ia diluluskan di Kelantan sebelum wujudnya Pakatan Rakyat lagi di samping ia dilaksanakan untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
"Sedangkan isu pilihan raya kerajaan tempatan tidak pernah dibawa kepada Pakatan Rakyat, tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah dipersetujui tetapi DAP tetap mahu meneruskan pelaksanaannya di Pulau Pinang. Ini cakap tidak serupa bikin."
Mustafa mengulas tulisan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang mempertikaikannya dalam wawancaranya bersama sebuah akhbar berbahasa Cina.
Dalam kenyataan itu, Loke merujuk kepada laporan wawancara setiausaha agung PAS itu bersama akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 12 Januari lalu yang turut dipetik sebuah portal.
"Dalam wawancara tersebut, Datuk Mustafa Ali membuat beberapa andaian politik terhadap DAP, yang pihak kami merasakan tidak tepat sama sekali dan perlunya diperjelaskan secara terbuka melalui kenyataan ini," kata Loke.
Dalam wawancaranya itu, Mustafa mendakwa DAP tidak akan berjaya ke Putrajaya tanpa kerjasama dengan pihak lain, termasuk PAS.
Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, PAS mengaku hudud tidak termasuk dalam polisi bersama dan bukan agenda PR.
Tetapi ia sudah menjadi janji lama PAS kepada pengundinya di Kelantan dan dimasukkan dalam manifestonya sejak beberapa pilihan raya umum yang lalu.
"Kita laksanakan ini di Kelantan dan untuk orang Islam sahaja," katanya.
Hubungan di antara parti dalam PR terutamanya di antara PAS dan DAP semakin keruh terutamanya selepas kemelut menteri besar Selangor.
Walaupun sudah bersetuju Selangor diterajui PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap mahu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memimpin negeri itu.
PKR dan DAP sebulat suara mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid.
Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk menjadi menteri besar Selangor.
Semenjak kemelut menteri besar Selangor, Hadi tidak pernah menghadiri mesyuarat PR dan tidak pernah dilihat bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. – 17 Januari, 2015.

31 comments:

  1. Mustafa ni faham ke tidak apa yg dimaksudkan demokrasi yg diamalkan dlm negara. Isu pilihanraya kerajaan tempatan itu masih dlm ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan, sebab itulah ia boleh dilakukan tanpa tindakan undang2 oleh kerajaan pusat untuk menghalangnya. Lagipun ia melibatkan semua rakyat negeri untuk mengundi. Tiada sebarang kesalahan teknik pun. Cuba kalau kerajaan DAP Pulau Pinang mengistiharkan agama rasmi Pulau Pinang adalah Buddha contohnya, sudah semestinya kerajaan pusat akan mengambil tindakan undang2 yg selaras dgn Perlembagaan Persekutuan. Berbeza dgn isu hudud yg mana ada kedapatan kekeliruan dari sudut perlembagaan dan akan dipermainkan oleh semua rakan sekutu dlm BN. Eloklah PAS keluar dari PR jika tidak cerdik bertindak dlm satu pakatan, buat apa masih mahu bersama PR jika terang-terangan bermesra dgn Umno. Kelihatannya spt pepat diluar runcing di dalam pd pandangan umum.

    ReplyDelete
  2. PAS Parti Politik Orang Orang Bahalol dan Gagal dalam hidup.

    Tiada satu kenyataan PAS yang positif untuk kenajuan.

    PAS. Wujud atau Tidak , tiada manfaat untuk orang orang waras langsung.

    ReplyDelete
  3. Ini satu lagi nakmcerita pasal kerenah birokrasi.Pagi ni bawak org kg satu kerete untuk pergi ambil borang bantuan zakat di MAIK Lundang.Masa sampai dah ramai org beratur Masa keluar kereta nk pegi masuk barisan tiba tiba nampak orang ramai dah bersurai.Jumpa satu pakcik dan tanya dia kenapa.Katanya borang kena ambik kat pejabat tanah jajahan masing masing.Sambil geleng kepala pakcik tu kata kesian pada orang yg datang dari jauh.Dengar cerita dari Jeli pun ada.Oleh kerana Pejabat Tanah Dan Jajahan berdekatan saja kami masuk kereta balik dan terus menuju ke Pejabat Tanah.Kalau dah nak jadi bola,smpai sana rupanya orang Pejabat Tanah pun tak tahu menahu pasal borang ni.Apa la nk jadi .Kesian la kat orang kampung.Dah selesai musibah pun masih ada cerita macam ni.Soal duit zakat pun masih berterabur macam tak de sistem.Bila dah jadi gini,macam macam la kata kata yg keluar dari mulut orang yg jadi mangsa.Dah la menghadapi musibah,di bolakan pulak oleh golongan cerdik pandai yang duduk dalam aircon ni.Kami amibik keputusan terus balik dari buang masa kehulu kehilir.Baik duduk rumah,selut pun masih banyak lagi yang nak kena cuci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:39

      Gituh stendet kerajaan kelantan pasca TGNA. Benda bagi borang ni benda mudah. Sepatutnya awal-awal lagi bagitau rakyat bahawa borang-borang ni boleh didapati di PTJ jajahan masing-masing.

      Cuma bagi borang je. Borang-borang ni perlu di semak dan permohonan diluluskan bagi mengelak orang mengambil kesempatan.

      Ni baru cerita bagi borang dah kelam kabut. Benda besar, kita rakyat kelantan semua dah tahu. Tak boleh nak buat langsung. Last-last ambil jalan mudah, subkontrak kepada UMNO. MB dan Exco duduk saja goyang kaki.

      Jadi wats new?

      Delete
  4. hukum Hudud yg dicadangkan hanyalah untuk org2 yg beragama Islam saja, tapi si kafir lankanat susah hati pulak mengapa? termasuklah juga org2 Melayu dlm PKR. Sepatutnya kita org Islam sama2lah memberi penjelasan kpd puak2 kafir ni bknnya terlebih sudu dr kuah untuk menghina Hudud.
    Kalau begitu aku pun setuju sangat PAS keluar aje dr PR dan kita tengok nanti DAP dan PKR menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika PAS keluar PR tentu PAS akan menang banyak kerusi parlimen dan dengan mudah dapat menawan Putrajaya tanpa DAP, PKR dan juga Umno. Dari kajian rambang, 88% rakyat Malaysia bersetuju PAS ganti Umno untuk memerintah. Silalah keluar PR wahai PAS.

      Delete
  5. MB dan TMB yg tidak berfungsi... Xmembantu meringan kan rakyat... Dok sibuk hal apa kita pun tau...sebahagian besar rakyat tegh kesusahan... Redakan penderitaan mereka dulu... Nak buat yg lain tu buat le kemudian... Xkan nak tunggu mubaligh kristian masuk kot... Tok lebai pas ni dah lalok daun ketum ke... Mcm ustaz yg ditgkap dgn ketum hari... Dok jual agam utk kepentingan diri sendiri....

    ReplyDelete
  6. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka dengan segala hormatnya, dipersilakan PAS keluar dari PR, confirm PAS akan ganti Umno tanpa PKR dan DAP boleh mengganggu lagi. Kenapa dilengah-lengahkan, ayuh bertindaklah sekarang. Pastinya Umno/BN, PKR dan DAP akan terkubur nanti.

      Delete
  7. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  8. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  9. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  10. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  11. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  12. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  13. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  14. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  15. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  16. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  17. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  18. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  19. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  20. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  21. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  22. Salah statistik tu, sebenarnya 99.99% bersetuju tanpa berbelah bagi PAS ganti UMNU memerintah.

    ReplyDelete
  23. zman, mabuk ketum ke ni?

    ReplyDelete
  24. Anon 1157am, MB dan TMB nak buat sesuatu kena bagi tahu mak/bapak kau dulu ke?

    ReplyDelete
  25. Anon 1:39 PM

    Saya publishedkan semua komen dari zman kerana nampak kesungguhan dengan pendapatnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih admin kerana publishkan komen saya tadi. Saya letakkan peratusan 88% itu ingatkan dah overshoot, tak sangka pula ia masih jauh dibelakang sebanyak 11.99%.
      Jadi lawak hujung minggu pula.

      Delete
  26. Sah zman ni mabok ketum.
    Dalam PAS ada PASMA.
    99.99 ÷ PKR ÷UmNO ÷ DAP ÷ Perkasa =24.99% ta cukup zman..sempat akirat.

    ReplyDelete
  27. PAS pun menagih undi pengundi kafir

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa