Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 20, 2015

Sape pulak nih.......isyh tamak sungguh!

Benda yang patut diagihkan kepada rakyat pun dia sapu!
Maka betullah apa yang Mariam Mokhtar katakan di dalam articlenya ini : Umno adalah jalan paling mudah menjadi kaya

'Teksi merah' didakwa ada hubungan dengan menteri
mk - 2:29PM - 19 Jan 2015

Pengasas teksi premium Big Blue Taxi Service Datuk Shamsubahrin Ismail menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat syarikat yang memiliki lesen teksi bajet atau “teksi merah” yang didakwa ada hubungan dengan ahli politik.

Katanya, syarikat-syarikat besar teksi bajet itu sama ada ada hubungan atau mendapat sokongan daripada ahli politik, termasuk pihak menteri.

Shamsubahrin enggan menamakan siapakah pihak yang dimaksudkannya itu tetapi sedia memberi kerjasama kepada SPRM jika dipanggil untuk membantu siasatan.

Malaysiakini belum menamakan syarikat-syarikat itu sementara menunggu maklum balas daripada mereka.

Shamsubahrin berkata, syarikat itu mendapat lesen daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan operasinya dikekalkan selepas ia diambil alih oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dakwanya, pada ketika itu lagi syarikat itu telah menggunakan sokongan politik bagi membolehkan mereka mendapat bilangan lesen yang banyak.

“Syarikat yang ada kaitan dengan ahli politik atau menteri boleh mendapat bilangan lesen teksi bajet sehingga 2,000 keping ke atas.

“Namun, syarikat yang tidak ada kaitan dengan ahli politik hanya boleh mendapat antara 100 hingga 500 keping lesen teksi bajet,” dakwanya.

Dakwanya lagi, syarikat itu, yang kebanyakannya bukan syarikat bumiputera, terpaksa bergantung kepada ahli politik kerana lebih sudah mendapatkan lesen.

Bagaimanapun, tambahnya,  SPAD sekarang tidak lagi mengeluarkan  lesen teksi bajet kepada syarikat, sebaliknya langsung kepada individu melalui skim Teksi 1Malaysia.

'Tak ikut meter'

Sementara itu, Shamsubahrin juga membangkitkan kualiti perkhidmatan teksi yang menurutnya semakin teruk apabila terdapat teksi merah didakwanya tidak mengikut peraturan, terutama sekali dalam penggunaan meter.

Justeru, beliau menggesa SPAD menukar pegawainya yang gagal dalam penguatkuasaan.

“Saya tak nampak transformasi yang SPAD kata selama ini. Yang saya nampak mereka ingin batalkan teksi biru (teksi premium) yang mendapat sambutan baik selama ini.”

1 comment:

  1. Ada SPAD ke SpUD ke sam... Semua utk kaya geng amno...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa