Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 29, 2015

Pesawat awam FlyDubai ditembak

Tembak FlyDubai, syarikat penerbangan batal laluan ke Baghdad
OLEH AP DI DUBAI - 28 JAN 2015

Beberapa syarikat penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu membatalkan penerbangan ke Iraq selepas pesawat FlyDubai ditembak di Lapangan Terbang Baghdad.
Penggantungan itu akan menghadkan pilihan penumpang, ahli perniagaan asing dan diplomat yang bergantung kepada pusat transit antarabangsa di negara Teluk.
Pesawat FlyDubai ditembak pada bahagian tengah pesawat sehingga menyebabkan kebakaran kecil. Namun semua penumpang pesawat 215 itu selamat.
Kejadian itu menyebabkan penumpang yang berlepas ke Dubai terpaksa menggunakan pesawat lain, menurut FlyDubai.
Berikutan kejadian itu, Emirates berkata, syarikat itu turut membatalkan penerbangan dari dan ke ibu negara Iraq berikutan kebimbangan keselamatan sehingga dimaklumkan kelak,
"Kami begitu komited kepada para pelanggan kami di Iraq dan berharap perkhidmatan di Baghdad akan dimulakan semula apabila keadaan mengizinkan," kata Emirates dalam kenyataan.
Bagaimanapun, Emirates masih terus beroperasi di utara Iraq, Irbil dan Basra. - MalaysiaGazette

2 comments:

  1. Kapalterbang pulak jadi sasaran. Betul-betul zalim kalau sasaran melibatkan org ramai/rakyat.

    ReplyDelete
  2. Saper yg buat semua ni agaknya yerr...yg pasti nama islam jgak terkait.padahal jelas islam mengharam dan menjahanamkan keganasan.perang pon ada undang2 yg ketat..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa