Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 31, 2015

Rakyat Kelantan yang berminda terbuka pun nampak weh.....!

Pada ketika rakyat kelemasan banjir
Mereka dok sibuk dengan Sidang Khas DUN
Macam tak tahu nak nilai yang mana lebih utama
Pastu bila dah tenang, sehingga sekarang tak buat-buat juga!

Mujurlah rakyat Malaysia punya kesedaran pertanggungjawaban sesama insan
Jadilah.......lega juga dengan sekian ramai sukarelawan dan bantuan
Tapi nak tanya - mereka berduakah yang gerakkan pasukan sukarelawan ini?

Kalau bab pecat tu bukan hak Guan Englah......
Yang berhak pecat hanya Baginda Sultan atau PAS
Kalau pun rakyat Kelantan meraung menghentak kaki pun takkan berikan bekas kecuali dalam Pilihanraya!

Guan Eng maksudkan Menteri Besar Kelantan harus dipecat?
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 30 JAN 2015 

"Anda dipecat..,". Itulah definasi baru yang dimaksudkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub yang didakwanya gagal menangani masalah banjir besar di negeri itu bulan lalu.

Sambil menyindir, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, contoh teladan iaitu tahu dan boleh buat kerja ialah kerajaan harus taburkan wang kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan dari jenis 'Darul Dinar wal Dirham' sebagaimana Guan Eng lakukan di Kelantan.

Menurutnya, selepas 25 tahun Pas Kelantan mentadbir negeri itu dengan pelbagai teladan mulia, tiba-tiba Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengejutkan rakyat dengan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan tidak tahu buat kerja.

"Definasi baru demokrasi tegar Ketua Menteri Pulau Pinang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah… You are fired!,” katanya dalam entri terbaharu bertajuk 'Buli 2' yang dimuat naik menerusi laman sosial facebook milik beliau hari ini.

Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulas kenyataan biadab Guan Eng berhubung ulasannya mengenai kejadian banjir terburuk di Kelantan Disember lalu.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng dilaporkan berkata, bebas rasuah itu penting, tetapi lebih pentig ialah boleh buat kerja dan jika tidak mampu apa kerajaan Pas Kelantan dapat.

"Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan," kata Ketua Menteri itu sebagaimana disiarkan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, beliau bersyukur Menteri Besar Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana yang dibawa oleh bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memegang jawatan itu dari tahun 1990 hingga 2013.

Hasil watak rendah diri Menteri Besar Kelantan itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan membina semula lebih 2,000 rumah yang ranap akibat banjir.

"Pastinya ia rekod negara iaitu kali pertama kerajaan (Persekutuan) membina rumah yang ranap akibat banjir di Kelantan yang ditadbir oleh Pas.

"Bayangkan jika MB Kelantan ambil resmi KM Penang… berbongkak… 'Saya tahu buat kerja.' Apa PM akan respon?

"Hasilnya juga, puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir tiba di Kelantan daripada seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan bala yang menimpa. Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan 'macet' (sibuk) dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara," katanya.

Beliau turut meninggalkan persoalan jika Kelantan ditadbir oleh Menteri Besar yang kaya (seperti Ketua Menteri Pulau Pinang) yang boleh buat kerja dan bongkak, adakah Allah akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk berhabisan wang membantu?

Sehubungan itu, beliau mencadangkan untuk menambahkan dua lagi definasi iaitu selain bebas rasuah dan boleh buat kerja seperti yang diharapkan oleh Guan Eng, definasi 'berlidah sederhana' dan 'jangan lupa Umar bin Abdul Aziz' juga sebagai menyempurnakan pentadbiran demokrasi tegar versi Ketua Menteri Pulau Pinang itu. - MalaysiaGazette

16 comments:

  1. Eloklah wakil Tuang Presedeng bergocoh dengan Guan Eng dan memuji pula PM yang konon baik hati walhal cina Penang tu kawan yang membuat kita menang sebaliknya musuh yang melemahkan kita puji itulah kelemahan pemikiran kepimpinan dalam PAS,kononnya mengaku ulama yang berfikiran luhur bila menghadapi sesuatu musibah tapi sebaliknya pula berlaku nampak sangat semangat hendak bersama musuh itu terlalu bersinar dan cerah masa depan PAS.

    ReplyDelete
  2. kah! kah! kah!
    apa pula masalah en. Lim, sehingga ke dalam rumah org pun dia nak hentam. En. Lim bukannya Mursyid am PAS atau sekurang2nya Perdana Menteri Malaysia.
    Adalah tidak beradab, tidak berhemah, tidak boleh dibuat teman, jika dalam seluar dalam kawan sendiri pun kita menyindir.

    ReplyDelete
  3. Bodek nampak Nik Abduh ni... kami di luar Kelantan nampak, Pas Kelantan bakal tumbang di dalam PRU nanti jika Menteri Besar dan exco tak pandai buat kerja terus mentadbir Kelantan.

    ReplyDelete
  4. kah kah kah!
    Pas kelantan tewas? sapo royat?

    ReplyDelete
  5. Sdr-sdr
    Menjelang Pru 14 tidak ada lagi PR tak guna sdr-sdr berhujah disini. Terimalah kenyataan ini. Tak payah nak salahkan sesiapa. Sdr-sdr pulanglah ke parti masing-masing dan buatlah persediaan untuk menghadapi pru 14 nanti dengan perjuangani masing-masing. Pilihan ditangan anda. Nak sosialisma pilih DAP, nak sekular pilih saja PKR, nak berdakwah pilih PAS dan yang nak kekal berkuasa dgn penipuan, nak cepat kaya, nak jadi syaitan yang dikenali dan juga begitu kuat sekularnya pilihlah BN. Tak guna sdr-sdr nak bising-bising lagi kat sini termasuk admin. Terima saja yang PR akan lenyap.

    ReplyDelete
  6. Anon 8:07 AM

    Kalau nak berdakwah pilih PAS? Toksah buat kelakar......dah berapa ramai orang kafir pilih Islam kerana PAS? Ada statistik tak?

    Dah berapa lama berkawan dengan DAP, berapa ramai Cina DAP yang masuk Islam? Berapa ramai Cina dan India DAP yang faham Islam?

    Buat kucar dan burukkan Islam dengan perangai nafsu-nafsi tu adalah kan?

    Lebih baik masuk Tabligh dari masuk PAS!
    Sekurang-kurangnya Jumaah Tabligh tak caci orang, tak mendajalkan orang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Takde beza penyokong PAS totok dengan UMNO totok. Bak iklan othman hafsham...kita berjalan kehadapan bukan kebelakang. Kita tahu who is going to have the last laugh nanti...

      Cant to anything to educate them. Sometimes its easier to teach a monkey tricks than trying to educate certain spiecies of human kind......After all they belong in their own under the tempurung.....very sad indeed!

      Delete
  7. Hai admin, apsal admin marah sangat ni? Buatlah pilihan dengan menggunakan akal yang tenang. Kalau sedara rasa PAS bukan pilihan sedara masih ada pilihan lagi. Tiada paksaan. Sekular ada, sosialisma ada terlebih sekular pun ada.

    Sedara Admin,
    Itu pendapat saya, kalau nak berdakwah pilih PAS. Kenapa saya berkata begitu? Kerana PAS saja yang mempunyai Ulamak, Tuan Guru dan Ustaz yang tidak mampu dimilki oleh parti lain. Berdakwah bukan untuk mengISLAMkan kafir je sebaliknya ia merupakan satu ibadah yang dituntut bagi umat ISLAM berdakwah sesama ISLAM.

    Sedara Admin pun boleh berdakwah melalui blog sedara. Buat lah perkara yang mendatangkan pahala daripada memaki hamun, perbodohkan orang serta mencaci. Sedara hanya melambung bola kat sini beserta kata-kata kesat dan diulas juga oleh pembaca dengan kata-kata kesat. Sedara tak rasa berdosa ke? Fikir la sedara. Blog ni milik sedara jangan sampai blog ni jadi medan maki-hamun dan fitnah.

    Sedara Admin,
    Tabligh tidak mencampuri urusan politik mereka pun serahkan kepada PAS untuk berpolitik sambil berdakwah. Saya pun dah biasa dengan mereka ni. Tiba hari mengundi mereka pun tunaikan tanggungjawab untuk memilih pemimpin kerana kata mereka undi kerana Allah dan pilihlah pemimpin yang ikut jalan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:38

      Sdra hanya bercakap secara umum sahaja. Xde apa yang meyakinkan. Sensraiksn kejayaan dakwah PAS yang masih ada hari ini - dalam kemelut hari ini orang tidak nampak secara jelas.

      Hujah Pak Din agak kukuh. Berapa kapir DAP yang dah berjaya PAS Islamkan. Dari s3gi politik Islam, jika ini berjaya dilakukan ia mempunyai impak yang besar yang melonjakkan kehebatan Islam dan kewibawaan pemimpin ulamak PAS. B ayangkan kesan hebat yang diraih oleh Islam jika pemimpin utama DAP peringkat kebangsaan dapat di islamkan oleh PAS. Pemimpin seperti LKS, LGE, Anthony Loke, Tony Pua, Teresa Kok.

      Kita lihat kejayaan TGNA berdakwah menjelang PRU 2008 dan selepasnya. Bagaimana TGNA berjaya meroboh dinding phobia kaum bukan Islam yang dibina oleh UMNO sejak metdeka kepada Islam dan PAS. Dimana-mana beliau pergi betkempen, beliau mendapat sambutan hebat dari semua kaum. Mengapa? Pidato TGNA tidak sehebat DSAI, jauh sekali jika dibandingkan dengan Sukarno. Sebabnya ialah mesej Islam yang dibawa dan akhlak Islam yang menjadi pakaian beliau. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dimana orang cina dan india tidak segan silu membawa bendera PAS, memakai t-shirt berlogo PAS atau bergambar TGNA secara terang-terangan dan dengan bangga.

      Ini hakikat. Ini adalah kejayaan peribadi TGNA dan brand Islam yang didakwahkan oleh TGNA. Kejayaan ini perbadi TGNA ini membawa banyak manafaat kePada PAS. Kaum bukan melayu tidak segan silu menggundi PAS dalam PRU 12 & 13 dikawasan-kawasan betcampor. Undi-undi mereka telah memenangkan banyak calon-calon PAS di Semenanjong yang berada diluar kubu tradisional PAS seperti di pantai timor, sesetengah kawasan di kedah.

      Kita lihat di Selangor sebagai contoh. PAS boleh dikatakan tidak pernah gagal meletakkan calonnya di Selangor. Rekod yang paling cemerlang PAS sebelum PRU 2008 hanya menang tak lebih dari 1 kerusi DUN sahaja. Kerusi parlimen xpernah mrnang sejak merdeka lagi. Keadaan berubah setelah PRU 2008.PAS menang banyak kerusi selepas itu.

      Ikon yang memberi sumbangan besar memperdanakan PAS di pentad politik negara sebelum dan selepas PRU 2008 ialah TGNA! Itu kejayaan dakwah.

      Pada masa itu tidak timbul masaalah PAS kena buli. Pemimpin PAS menjadi kuda tunggangan orang. PAS telah betkompromi dasar perjuangan. Masa itu TGNA masih aktif dan begitu berpegaruh didalam PAS.

      Sekarang TGNA sudah tidak aktif lagi dalam politik nasional dan kepimpinan PAS peringkat nasional. Mengapa pelbagai masalah timbul didalam PAS dan diluar PAS. Sesiapa yang melihat keadaan PAS sekarang akan nampak bahawa PAS dengan kepimpinan s3karang tanpa TGNA sudah berubah dan semakin bercelaru. Imej Islam yang dibina semasa TGNA kini sudah hilang. Imej Islam yang ditunjukkan ol3h pemimpin2 ulamak PAS sekarang memberi gambaran hodoh kepada Islam. Imej PAS takyah ceritalah. Kehangatan dan keindahan Islam telah hilang. Dimana dakwahnya.

      Jadi, instead dok cakap secara umum je. elok sdr a mengupas dengan lebih spesifik apa dakwah dan kejayaan kepimpinan hebat para ulamak PAS sekarang, hari ini dengan membandingkan dengan yang dicapai semasa zaman TGNA dulu.

      K3jayaan PAS semasa TGNA aktif dulu adalah atas k3bolehan dan keupayaannya menterjemahkan Islam dalam dakwah beliau, dengan kehendak dan izin Allah. PAS adalah platform beliau.

      Kita tidak dapat mengelak orang akan membuat perbandingan antara zaman TGNA dengan sekarang. Suasana politik masih l3bih kurang sama. PAS bergerak dizaman TGNA dan zaman sekarang berpandukan asas yang sama iaitu perlsmbagaan PAS. Timbul persoalan mengapa hasilnya berbeza dan amat bertentangan sekali.

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Apabila seseorang itu bergelar ulamak tiada yang hodoh pengetahuannya tentang islam.. Kerana ulamak2 tidak mementingkan diri sebagaimana pemimpin2 lain yang hanya mementingkan nama,pangkat dan harta didunia, setiap perbuatan yang dilakukan didunia akan disoal di hari perhintungan kelak. Sebagai seorang mukmin kita wajiblah menyokong perjuangan islam sebagaimana yang diberitahu/tercatat daripada ustaz2, ulamak2 serta al-quran dan hadis jika nama negara ini dinamakan negara islam.. Kehidupan berbilang kaum bukanlah satu alasan bagi umat islam membangun, kerana telah telah tercatat didalam al-quran (bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku) surah al-kafirun ayat 006. Disini kita dapat berfikir dengan akal yang dianugerakan Allah s.w.t bawaha cina dan india yang dinyatakan oleh bat8 tahu tentang keadilan didalam islam.. wallahualam.

      Delete
  8. bat8

    Yes, you are dam right.
    Susah dan memang tak ada jalan pintas.
    Minda mereka telah diberkas!

    ReplyDelete
  9. Anon 9:38 AM

    Saya marah ke?
    Saya tak marah, sebenarnya saya luahkan apa yang ada di dalam hati saya dan saya terangkan apa yang saya nampak.

    Maafkan saya kalau rasa terkasar.....

    ReplyDelete
  10. Sedara Admin
    Saya mohon maaf kalau saya terkasar bahasa, sesekali sedara admin masukkanlah tazkirah diblog sedara. Ini adalah saham untuk sedara admin dan juga pembaca.

    Sedara admin
    Sepatutnya sedara berkecuali diblog sedara ni dan saya minta sedara tapis dulu ulasan pembaca diblog ini jika ada fitnah, mencarut, maki hamun dan ada usul menghina seseorang janganlah sedara siarkan demi untuk kebaikan semua. InsyaAllah, semoga sedara tergolong dalam golongan yang diberi nikmat. Wallahualam.


    ReplyDelete
  11. Bebudak Bahalol PAS tak akan ke mana....

    Kerja harap elaun ADUN dan MP saja.

    Bahallol.

    ReplyDelete
  12. Sedara Bat8
    Saya bagi salam nanti sedara jawab salam saya sebagai ikatan sesama muslim.

    Assalamualaikum w.b.t sedara Bat8 semoga sedara berada dalam keadaan sihat sejahtera semoga sedara sentiasa dilindungi Allah.

    Sedara Bat8
    Saya ucapkan syabas dan terimakasih kerana mengkagumi sifat seorang ULAMAK yang bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Bangga saya dengan tulisan sedara diatas kerana TGNA adalah Mursyidul Am PAS. Saya pun ahli PAS seumur hidup. Hanya dalam PAS je yang ada manusia macam TGNA. Tidak berupaya parti lain mempunyai ULAMAK yang hebat selain dari PAS. Akan datang akan ada lebih ramai manusia macam TGNA didalam PAS dan susah kalau kita nak harapkan sekular dan sosialisma untuk menjana ULAMAK dimasa akan datang. Saya ucapkan Terimakasih sekali lagi sedara Bat8 kerana mengkagumi TGNA yang bersama dengan saya dalam satu bahtera yang dinakhoda oleh TGHH yang membawa perjuangan yang sama dan rasanya saya tidak salah pilih bahtera.


    Sedara Bat8
    Saya dah bagitau berdakwah bukan hanya untuk mengISLAMkan kafir ianya menjadi tuntutan dalam Islam supaya sesama Islam berdakwah. Yang hebat ilmu agama akan berdakwah dengan mereka yang berkurangan. Ingat mengingati sesama Islam pun dikira dakwah. Banyak lagi kalau nak diperhalusi secara detail kat sini. Biasanya kalau yang tak berminat dengan dakwah ni mereka akan bosan dengan tulisan yang panjang. Kalau sedara ikhlas nakkan perincian tentang dakwah sedara boleh bertanya dengan mereka yang tinggi ilmu agamanya ditempat sedara tinggal ataupun sedara boleh pergi ke Masjid Rusila tidur kat sana seminggu InsyaAllah sedara akan faham apa itu dakwah. Saya doakan sedara semoga dapat apa yang sedara hajati tentang dakwah.

    Sedara Bat8
    Nak mengISLAMkan kafir bukan hak manusia, tiada paksaan dalam Islam dan juga bukan menjadi satu dosa kepada manusia jika gagal mengISLAMkan semua kafir didunia ini kerana hidayat akan mendampingi manusia yang berusaha kearah kebaikan. Hanya ALLAH SWT saja yang tahu kepada siapa yang DIA kehendaki dan kepada siapa yang DIA murkai. Manusia hanya mampu berdakwah.

    Sedara bat8
    Perlembagaan tidak akan sekali-kali melebehi Al-Quran dan Al-Hadis. Apa yang tercatat didalam perlembagaan PAS hanya guide kepada PAS mengikut perjuangan yang dibawa oleh PAS.

    Sedara Bat8
    Jangan bandingkan TGNA dan TGHH kerana mereka mempunyai persamaan yang begitu ketara dalam memperjuangkan Islam cuma perwatakan yang berbeza tetapi matlamatnya hanya satu. Oleh kerana itulah mereka duduk dalam satu bahtera dengan ketegasan yang dibawa oleh nakhoda untuk melawan arus sosialisma dan sekularisma. Sedara Bat8 tidak berminat ke dengan bahtera mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:07

      Waalaikumussalam sdra.

      Tiada aoa-apa yang saya terpanggil untuk memberi ulasan kepada komen terbaru sdra. Apa yang saya garap sebelum ini, yang mengundang respon sdra, sudah menjawab respon terbaru sdra ini. Terima kasih.

      Try harder to understand the issues raised and dont beat about the bush.....dont underestimate and look down on others, thinking ur hollier than others....meloyakan...

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa