Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 28, 2015

Sedang DAP tengah kalut melalut, akhirnya ada juga pemimpin PAS yang tersedar!

Bukankah ini cadangan yang baik dan bernas?
Tapi kalau ada MP PAS sokong, takkah melawan arus pulak Tuan Man?
Nanti kena tindakan disiplin macam dua ADUN Selangor tu.......

'Ke parlimen lebih baik dari bertengkar, DAP'
Pergeseran antara PAS dan DAP berpanjangan apabila masing-masing terus menyalahkan dan mencabar antara satu sama lain.

Hari ini Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula masuk gelanggang dengan meminta DAP membawa isu pilihan raya tempatan ke parlimen.

Seperti hasrat PAS dalam isu hukum hudud, Tuan Ibrahim berkata, DAP juga harus mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung perjuangan mereka itu.

“Akhirnya, membawa (isu) pilihan raya tempatan ke parlimen ini adalah jauh lebih baik dari bertengkar di media, dan mencemuh mereka yang melahirkan kebimbangan terhadap kesan negatif pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.

Pergeseran antara dua parti dalam Pakatan Rakyat itu tercetus kembali apabila PAS mahu mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud.

PAS juga merancang mengemukakan rang undang-undang persendirian ke parlimen selepas sidang itu – yang bagaimanapun tergendala ekoran banjir besar melanda negeri itu.

'Mungkin ada MP PAS sokong'

DAP antaranya menolak usaha itu kerana ia bukan persetujuan bersama Pakatan.

Bagaimanapun, ketika redanya ombak banjir, hubungan kedua-dua parti itu sebaliknya kembali panas apabila PAS membangkitkan bahawa agenda DAP juga bukan persetujuan bersama Pakatan.

Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, Jika DAP yakin bahawa pilihan raya kerajaan tempatan menyuburkan demokrasi, ia harus dibentang di parlimen, sebagai sebahagian amalan demokrasi.

Katanya, oleh kerana PAS bersedia dengan risiko ditolak dan ditentang oleh rakan Pakatan ekoran agenda hudud mereka, DAP juga harus bersedia untuk kemungkinan sama.

“Tapi, membawa perkara ini ke parlimen adalah lebih baik bagi DAP kerana kebarangkalian akan ada ahli parlimen PAS yang akan menyokong pilihan raya kerajaan tempatan adalah lebih tinggi daripada kebarangkalian adanya ahli parlimen DAP yang akan menyokong hudud,” katanya. - sumber

11 comments:

  1. PAS sudah di kira mau ajar anak itik berenang....

    PAS lupa siapa yang ada alal otak dan siapa bahalol

    PAS lupa siapa menjana ekonomi duit , dan siapa meminta minta malas bak boawak

    Bahalol saja

    ReplyDelete
  2. Abe

    Inilah watak TITM. Kalau dia sedar dari mimpi dia bercakap dengan nada mendamaikan. Tapi bila dia be4mimpi, dia mimpi UG pulak.

    Isu pilihanraya PBT dah muktamad tak boleh buat melain akta kerajaan perumahan dan kerajaan tempatan diubah. Mampukah PR ubah akta itu. Apa guna sembang deraih kerana tak mampu.

    Yang boleh ubah akta itu ialah kerajaan. Pertama itulah langkah biasa. Jika pembangkang hendak bawak usul untuk mengubahnya, pembangkang kena bawa isu ini sebagai usul persendirian. Sebelum bawa usul kerana deraf pindaan dulu.

    Dah letih buat usul pindaan baru boleh cerita skit. Kemudian timbul persoalan, bolehkah usul ters3but diluluskan.

    Saya pun xreti perangai PAS ini. Bukan hendak cari perdamaian, hari-hari hendak bergaduh dengan DAP. Dengan PKR tak mahu pulak sedangkan PKR pun cuba buat pilihanraya PBT kat Petaling Jaya tahun 2011.

    Ceritanya mudah je. Kalau dah tak mahu duduk dalam PR, keluar je. Perlembagaan PAS sendiri dah ada mekanisma macamana nak buat. Ini kes buta perlembagaan sendiri, kemudian nak sembang deraih.

    Bukan kekal tak kekal PAS dalam PR terletak pada tangan DAP. Macam le DAP tu dok ada kuasa xmo bagi PAS keluar PR!

    ReplyDelete
  3. Bila kita tak hormat parti lain, ini lah PADAH nya..walaupun berserban besar bakul sekali pun, org dah tentu x hormat kita walaupun kita kata Islam agama yg syumul n hak..selagi PAS X reti nak amalkn kehendak Islam dlm menepati janji..OAS ibarat ular melengkari berlian.Dia nak manafati nya x tau , org nak ambil untuk di manafati x boleh..

    ReplyDelete
  4. Ada budak bahalol PAS cakap Anwar Ibrahim dalam jel dapat kukuh Pakatan Rakyat.

    Bila baca saha tajuk sudah tahu budak bahalol PAS lah nih....

    Ini budak cakap ingerris gagap macam tadika marang nak per kecil Anwar Ibrahim.

    Anwar boleh bawa pelabur datang ke negara bawa duit , budak bahalol ini habis duit cukai Cina saja tak pikir ke dia ???

    Bahalol saja , tengok muka sedih lah.

    ReplyDelete
  5. Klu Anwar tkde sok abih lah kita semua.....Anwar saja yg mampu memimpin. Klu Anwar dijel samalah macam kita dijel skali.....habislah kita kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4:41

      Tak betul pendapat kamu.....Mustafa Ali cakap dalam interview dengan TMI....Kalau Anwar takde sebab dipenjara kes liwat 2, PR akan makin kuat!

      Apa maksud dia aku tak tahu......baca sendiri link di bawah:
      http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-ke-penjara-lebih-kukuh-pakatan-kata-pas

      Delete
  6. Pemimpin dan peyokong PR kena faham masalah sebenar. Yang pasti sekarang LKS akan memboikot mensyuarat presiden PR sekiranya PAS masih berdegil dengan agenda Hudud. Siapa nak pujuk LKS ni?
    Siapa pula nak pujuk TGHH supaya ketepikan agenda Hudud yang menjadi teras perjuangan PAS. Inilah masalah sebenarnya. Boleh sesiapa rungkai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanya ulamak la. Kan ulamak itu mempunyai ilmu yang tinggi. Takkan b3nda kecik macam ni pun xleh selesai. Puak sekular jangan tanya la....depa xde ilmu tinggi macam ulamak.

      Tanya penyokong2 totok ulamak pun bleh gak.. ghamai dok belanggok di fb-fb.

      Delete
  7. Tiada jalan penyelesaian antara TGHH dan LKS. SehIngga sekarang tiada lagi hujah dan fakta yang boleh menyelesaikan masalah sebenar. Hanya fakta merapu, mencaci, membahlol melayu saja dan membodohkan orang lain yang ada di blog ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tolong la bagi nama blog yang mencerdik orang supaya kita semua boleh jadi cerdik seperti sdra.

      Cerdik sdra pun, tengok kepada komen hampes jugak...kekadang ni naik menyampah juga tengok sikap orang bodo perasan cerdik......

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa