Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 25, 2015

Tuduhan berat ke atas Hadi

Laporan lebih lengkap oleh FMT : Did PAS sabotage trial PJ elections, Hadi asked

NGO syak Hadi jadi dalang
mk - 4:29PM - 24 Jan 2015
Satu NGO yang mempromosi amalan urus tadbir baik mengesyaki PAS menjadi dalang di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya kerajaan tempatan di Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) berkata mereka mengesyaki demikian selepas meneliti kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, yang mengaitkan pelaksanaan pilihan raya itu dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Menurut CGG mereka bekerjasama dengan kerajaan Selangor dalam usaha itu sejak sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008.

"Pilihan raya tempatan sepatutnya berlangsung di Petaling Jaya selepas bebrapa mesyuarat pada tahun 2011.

"Namun, ia ditangguhkan atas alasan yang misteri.

"Kenyataan Hadi menguatkan sangkaan bahawa PAS adalah halangan terakhir dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk mengembalikan undi ketiga ini," kata Pengerusi Bersama CGG, Jeffrey Phang.

Hadi dalam kenyataannya semalam turut menyatakan bahawa cadangan pelaksanaan itu bukan sebahagian daripada persetujuan bersama Pakatan Rakyat.

Ia dilihat sebagai timbal balas kepada tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud, atas alasan sama.

13 comments:

  1. Tok guru ayoh hadi Ping pernah berguru dgn ayoh pin ..g Besut ker sehingga jd dungu ? Masa hadi mb, ajaran ayoh Ping menular mcm bisa sengat

    ReplyDelete
  2. DAP sepatutnya menumpukan perhatian kepada persetujuan diantara tiga parti semasa merangka PR. Pilihan raya tempatan tidak termasuk dalam kerangka. Perkara yang diluar kerangka PR bukan perkara utama. DAP boleh lah letak tapi dulu impian tu. Anwar Ibrahim takkan nak menyebelahi DAP dalam perkara ni.

    Perkara yang yang membimbangkan DAP ialah experiment Hudud di K'tan. Kalau ianya berjaya di K'tan ianya akan menjadi mimpi ngeri kepada DAP dan pejuang sosialisma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:35

      Apa yang hang merapu ni? Sdra jelas tidak faham isu local council election di penang nampaknya.

      Isu local council election di penang dah mati dan muktamad tak boleh diadakan. Mahkamah persekutuan menolak rayuan kerajaan DAP Penang pada 24 ogos 2014.....tahun lepas lagi! DAP pun dah drop isu ini sejak tahun lepas lagi bila mahkamah persekutuan buat keputusan.

      Yang Haji Hadi dok canang isu yang dah muktanad tak boleh buat tu apa tujuan? Yang dok bangkit isu 13 mei mungkin terjadi itu tidak ke pelik. Macamana 13 mei mungkin terjadi jika puncanya dah muktamad tak boleh dibuat.....paham tak isunya?

      Itu satu. TGHH ni Presiden PAS ke ahli biasa PAS kat cawangan rusila, marang tak tahu menahu yang kes kontroversi yang hangat ini mahkamah persekutuan kata takboleh buat? Tak baca suratkhabar ker TGHH? Takde sesiapa ke dalam PAS yang tahu keputusan mahkamah ini?

      Kalau Tantawi atau Nik Abduh yang keluar statemen seperti ini pun akan nampak kebodohanya, inikan pula TGHH, Presiden PAS, Ulamak taraf dunia.

      Delete
  3. Harap sangat Tuan Sheikh Haji Hadi dapat diberi jawatan yang lebih tinggi dari jawatan Presiden dalam PAS..

    ReplyDelete
  4. Ni hasil guna serban utk dpt pengikut... Keikhlasan xda... Tgk nik aziz ... Bezakan... Xknal ke yg mana pakai agama utk kepentingan dii dan ckp berdekar dekar utk org tu kapir ore ninkapir serta ore tu pakai pil kuda ore ni pakai pil kuda tp sendiri dah xtau nak memerentah sehingga terlepas terengganu akhirnya buat hipotesis ngarut... Ni le serban yg kurang boleh pakai sbb xtau memerentah.. Arap ilmu agama aja tinggi tp ilmu politiknya kurang sgt sbb terikut ikut dgn reta dunia.. Dgn menantu dok gila BMW...

    ReplyDelete
  5. Fitnah sokmo mung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:48

      Apa yang fitnah tu...kena la bagitau. Jangan pakai tuduh fitnah sahaja kerana perbuatan sdra juga pun 2x5, fitnah juga. Munasabah ke kita bela fitnah dengan fitnah juga!....nampak xcerdik kita bukan?

      Delete
  6. Pemimpin Bahalol mana boleh jadi orang pun. Orang orang Melayu rata rata yang salah akibat malas ber fikir panjang dan suka tangkap muat.

    Transparency itu lebih baik tu sebab byk orang bijak nak , apa kan daya bebudak bahalol tak pernah kluar kandang. Susah lah.

    Membodoh kan bangsa sendiri ada lah gaya nya kot.

    ReplyDelete
  7. Tuan Guru Nik Abdul Aziz lebih mengenali Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada pengulas-pengulas yang ada disini. Tak perlu untuk membandingkan mereka kerana mereka mempunyai kehidupan, tanggungjawab dan hala tuju yang sama yang tidak ada pada parti-parti lain di Malaysia. Mereka telah lama berjuang bersama. TGNA mengiktiraf dan mempercayai TGHH sebagai pemimpin Islam yang tegas dan layak diberi jawatan sebagai presiden PAS. Persamaan yang jelas diantara mereka disini ialah Tuan Guru dan Tuan Guru yang pasti tidak dimiliki oleh pemimpin parti lain. Bukan Tuan Guru belajar silat tapi Tuan Guru yang mengajar agama kepada sesiapa yang merasakan dirinya kekurangan dan perlu tunjuk ajar. Itulah keistimewaan mereka berdua. Beruntung pejuang PAS.

    ReplyDelete
  8. Sdr. bat8

    Itulah sebabnya sedari awal malas saya nak intervene dlm perbahasan ini kerana nampak sangat Boss dengan Pencacai sama tahap bodohnya!

    ReplyDelete
  9. Admin dan Bat8,
    Kamu kena terima kenyataan. Itulah realiti sebenarnya bukan pancacai tapi kenyataan sedara kena terima la kenyataan itu walaupun memedihkan.

    Perjuangan PR ada kerangka. Hudud dan pilihanaya PBT berada diluar kerangka. Tumpukankan kepada isu utama penubuhan PR. Kalau TGHH dan Mustafa Ali keluarkan kenyataan dikatakan nak mengeruhkan keadaan kalau LGE dan LKS mengkritik dan mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum ALLAH S.W.T kamu berdua macam tikus dalam beras.

    Bukan soal mahkamah dah buat keputusan tapi memang PAS sengaja nak bagi pengajaran kepada DAP supaya beringat. Mereka lebih arif mengenai kehidupan politik didunia tak perlu la sedara nak mengajar mereka. Mereka lebih mengetahui kehidupan didunia dan diakhirat.

    Berlaku adil pada diri sendiri dulu sebelum mengkritik orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:12

      Sungguh mulia niat tuan membangkitkan isu memperingat atau dalam bahasa l3mbut menasihati. Syabas.

      Jika kita berniat suci begitu cara kita juga kena betul. Kita pun kena pasti butir yang kita jadikan asas untuk memberi nasihat itu benda yang betul faktanya. Kita kita m3nggunakan benda yang tak betul, maksud nasihat yang kita hendak sampaikan itu tidak sampai. Sebaliknya ia m3ngundang lebih banyak keburukan.

      Jika kita teliti kenyataan nasihat TGHH itu, akal yang waras mengatakan bukan niat menasihati namanya. Ia lebih kepada kenyataan nak ajak DAP bergaduh kerana perkara yang disebutkan oleh beliau benda yang semua orang tahu xbetul. Nasihat yang hendak diberi tetapi sebaliknya maruah dan kredibiliti TGHH s3ndiri yang robek hanya kerana tidak mengikut disiplin ilmu yang dia mileki dan kedudukannya sebagai ulamak dunia.

      Kesilapan yang dibuat terlampau m3njolok mata menyebabkan apa juga alasan yang sdra cuba beri tidak dapat m3nutup kesilapan itu. Kesilapan tahap budak tadika, sdra! Sepatutnya kita malu dengan kesilapan beliau yang begitu menjolok mata yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseotang yang berada dikedudukan beliau. Kita memandang tinggi dengan ketinggian ilmu yang beliau ada. Dia dihormati di seluruh dunia kerana ilmu dan kealimannya dibidang ugama.

      Beliau adalah Presiden PAS. PAS adalah sebuah parti yang besar dan mempunyai organasasi yang ampuh dan canggih. Takde alasan kot manapun untuk menutup kesilapan yang paling mudah ini. Kalau PAS ini kelab sepaktakraw kat kawasan pendalaman Baling, mungkin orang bol3h terima tetapi bukan sebuah organasasi yang wujudnya untuk memperjuangkan Islam yang syumul, Islam yang indah, Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam!

      Jadi sdra DINASIHATKAN mencuba lagi untuk m3nutup kesilapan TGHH dalam usaha untuk m3nasihati DAP. Selamat m3ncuba!

      Delete
    2. Sdra 7:12

      "Perjuangan PR ada kerangka. Hudud dan pilihanaya PBT berada diluar kerangka"

      Sdra betul separuh dengan stat3ment diatas. Pertama memang pe4juangan PR ada kerangka yang menjadi asas penubuhan kerjasama antara PKR, PAS dan DAP. Kerana ini tidak satu yang tersimpul mati. Sebab pe4kembangan politik dan tuntutan semasa kerangka asas ini mungkin ditambah d3ngan persetujuan bersama apabila tuntutan semasa memerlukan. Satu.

      Sdra betul apa mengatakan hudud dan pilihanraya PBT berada diluar kerangka asas p3nubuhan PR. Tetapi sdra lupa bahawa janji untuk mengadakan pilihanraya PBT t3lah dimasukkan kedalam manifesto PR negeri Selangor dan Penang sebagai tambahan kepada manifesto induk PR dalam PRU 2008.

      Apabila pilihanraya PBT ini dijadikan salah satu janji PR Selangor dan P3nang, obviously ia adalah keputusan yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti dalam PR di peringkat PR n3geri, pimpinan pusat parti-parti komponen PR dan pimpinan tertinggi PR nasional berdasarkan keperluan semasa di kdua-dua negeri tersebut.

      Maknanya m3njelang PRU 2008, isu pilihanraya PBT ini sudah dimasukkan s3bagai tambahan kepada kerangka asas penubuhan PR dahulu dengan persetujuan bersama berdasarkan realiti dan tuntutan semasa politik menjelang PRU 2008.

      Bahkan k3rajaan PR Selangor cuba melaksanakannya dalam tahun 2011 tetapi gagal kerana dihalang ol3h kerajaan persekutuan. Rakyat Selangor yang peka dengan perkembangan politik selangor sejak dari awal pasti ingat peristiwa ini.

      Jadi s3moga sedikit maklumat tambahan ini dapat membantu sdra memahami dengan l3bih jelas tentang isu pilihamraya PBT yang sudwh kojol sekarang yang dibangkitkan ol3h TGHH dan Mustafa Ali.

      Looking forward for ur reply.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa