Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 27, 2015

Hadi-Phahrolrazi: Makin panas dan genting!

Pada perigkat ini hal ni kedua-duanya masih belum jelas
Nak kata Hadi langgar keputusan Muktamar pun, Hadi tidak pernah nyatakan dengan jelas yang dia and the gang tak mahu duduk lagi dalam PR

Sekiranya Hadi and the gang tak suka secara peribadi bolehlah mereka belah dari PAS kerana PAS sendiri sudah terikat dengan keputusan Muktamar maknanya Hadi tidak boleh bawa PAS bersekali kerana PAS perlu mengadakan Mukamar Khas untuk persetujuan terlebih dahulu.

Cuma yang jelasnya Hadi tidak ada hak menghalau gang PasMa dari PAS kecuali mereka dipecat dengan apa-apa alasan yang munasabah maka sebelum itu hak mereka adalah sama dengan Hadi juga di dalam PAS

'Pihak tolak Pakatan yang patut keluar PAS'
mk - 11:39AM - 27 Jan 2015

Pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar daripada PAS.

Begitu reaksi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mendapat amaran bernada halau daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihak itu harus keluar parti kerana muktamar PAS sebelum ini memutuskan bersama dengan Pakatan.

“Itu keputusan PAS dan muktamar.

"Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menjawab amaran keras Hadi kepada PasMa, Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

“Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS,” ujarnya.

Hadi kelmarin dalam kenyataannya melalui laman Facebook memberi amaran supaya PasMa tidak merosakkan 'bahtera' PAS.

Beliau mengumpamakan NGO yang digerakkan anggota PAS itu seperti “menebuk kapal” sendiri dan meminta ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan.

Phahrolrazi bagaimanapun hari ini menjelaskan kenyataan Hadi terhadap PasMa itu tidak relevan kerana bukan semua anggota PasMa terlibat dengan PAS.

“PasMa ini NGO yang berdiri dibawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PasMa) tidak pernah masuk PAS pun.

“Jadi dia (Hadi) nak tuju pada PasMa tidak relevan.

“PasMa tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS,” katanya lagi.

12 comments:

  1. aku memang tak suka sgt2 kat pasma ni...kita tengok sapa yg kena...berapa kerat org PAS yg sokong pasma

    ReplyDelete
  2. pantun khas buat macai pkr dan pasma dpd yb kajang
    "Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu, Banggang Pak Macai Banggang Tak Kira Tempat, Banggang Pasma Laksana Dedalu"................mmg dasar muka tak malu ...tumpang bahtera org pas tu siap nak hijack pula ......mmg dasar lanun !

    ReplyDelete
  3. Ini lah dia nakhoda rakit PasMa. Sekiranya PR ada satu bahtera dan satu nakhoda tak perlu lagi Phahrolrozi bersusah payah berakit kehulu dan kehilir. Masalahnya PR ada tiga nakhoda dan tiga bahtera masing-masing dengan perjuangan masing-masing. Masih belum mempunyai nakhoda dan bahtera untuk PR. Mungkin belum masanya lagi. Sepatutnya Phahrolrozi kena akur dengan nakhoda bahtera yang dinaikinya. Pasal tu nakhoda halau dia sebab cuba nak tebuk bahtera PAS. Phahrolrozi boleh saja pilih bahtera mana satu yang sesuai PKR atau DAP kerana masih lagi PR asal saja jangan tebuk bahtera mereka selamatlah Phahrolrozi. Tiga nakhoda dan tiga bahtera masih yang belum menjadi satu. Jangan Phahrolrozi nak tambah lagi nakhoda jadi empat, tiga bahtera dan satu rakit. Ini masalah sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Ini pertama kali saya mendengar Haji Hadi kena sound secara direct. Selama ini kita hanya dihidang oleh serangan dari Haji Hadi dan puak UGnya kepada golongan bukan UG dan bukan ustaz. Golongan ini dilihat oleh puak UG sebagai satu-satu kelompok yang mampu menghalang niat puak UG yang beberapa kerat itu untuk menggadai PAS kepada UMNO.

    Kenyataan Presiden PasMa ini anat pedas dan ditujukan khas kepada Haji Hadi sebagai satu sindiran kepada mastermind2 UG yang dok mempergunakan Haji Hadi.

    Kita tunggu tengok siapa yang menjadi orang pertama cuba membela HH. Saya amat berharap Nik Zawawi atau At takiri yang muncul. Mereka dah lama dok menyorok kepaoa UG mereka dan membiarkan HH je kena belasah sorang-sorang!...pandai la hangpa dok 9edajai HH!

    Keluar le seperti anak jantan.....bawak hujah2 akal dan syarie sekali.

    ReplyDelete
  5. Sdr. bat8

    Ha..haa...memang direct hit!
    Tapi apakah golongan yang menjolok Hadi selama ini akan muncul menyanggah atau membela Hadi......kita tunggulah nanti.

    Cuma kalau kalau nak ikut yang lepas-lepas kalau pun ada yang membela Hadi mereka hanya menggunakan hujah dangkal dan syarie yang dipadankan dengan kehendak dan matlamat mereka!

    ReplyDelete
  6. Sedara Admin dengan Bat8 bahtera mana satu? Ke sedara berakit-rakit dengan PasMa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seb3lum tanya status orang bagitau duku status kita....baru munasabah! hahaha.....Apa tiket PAS atau PasMa tu menentukan syurga neraka seseorang ke? Nko tukang catit senarai siapa ahli syurga siapa ahli neraka ke?

      Manusia berlagak Tuhan pun ada kaa.......Astarghfirullahal Adzimm....

      Delete
  7. Prinsip dan perjuangan ketiga-tiga parti berbeza sama sekali, DAP dengan sosialisma, PKR dengan sekularisma dan PAS dengan teras perjuangan parti iaitu meletakkan Islam sebagai prinsip. Masalah mereka masalah PAS bukan PR. Elok la Phahrolrozi keluar PAS sebab akar umbi PAS perlukan pemimpin Islam yang tegas dan tidak mudah tunduk kepada sesuatu perkara yang melibatkan kesucian Islam sebab PAS ialah Parti ISLAM SeMalaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:44

      PAS adalah sebuah parti politik Islam. Dalam mengurus dan mentadbir parti, PAS kena ikut Perlembagaan parti. Perlembagaan PAS digubal berdasarkan 4 sumber utama Islam: Al Quraan, Sunnah, Ijmak dan Qias selari dengan asas perjuangan PAS yang berpandu kepada 4 sumber yang sama.

      Perlembagaan PAS menjelaskan semua perkara mengenai pentadbiran parti termasuk mengurus perbezaan pendapat. Semua ahli PAS dari Mursyidul Am, Ahli MSU, AJKPP sampailah kepada akar umbi kena ikut Perlembagaan PAS. Ulamak ke, bukan ulamak ke, profesional ke atau bukan kena ikut Perlembagaan PAS. Takde pengecualian kerana dia ni Ulamak. Dia ni kena ikut sebab dia bukan ulamak. Tak boleh pakai kepala sendiri. Ulamak pun kalau melanggar Perlembagaan PAS akan kena tindakan juga. Yang bukan ulamak pun sama. Pemimpin pun boleh dikenakan tindakan disiplin jika melanggar perlembagaan. Bukan ahli biasa je.

      Nak tahu betul ke salah tindakan pemimpin pun kena rujuk kepada perlembagaan PAS.

      Mengapa Perlembagaan PAS begitu penting? Sebab bukan semua ahli PAS mempunyai kebolehan untuk merujuk kepada 4 sumber Islam ini untuk mendapat panduan dalam berorganasi di dalam PAS. Sebab itu Perlembagaan ini ditulis didalam bahasa yang mudah supaya semua ahli PAS boleh baca dan faham.

      Jadi dalam soal siapa yang patut keluar PAS, rujuk kepada Perlembagaan PAS. Siapa yang bertindak mengikut perlembagaan PAS dan siapa yang melanggar. Ahli-ahli juga boleh membuat penilaian dalam isu ini dengan berpandukan perlembagaan PAS.

      Dalam cara berorganasasi didalam PAS, Keilmuan seseorang bukan penentu yang dia tak payah ikut perlembagaan. Perlembagaan PAS takde beri keistimewaan kepada golongan ini. B3gitu juga jawatan. Setiap posisi jawatan ada tugasnya dan tak boleh melebihi tanggungjawab jawatan yang disandang. Presiden PAS misalnya ada skop kuasanya. Dia tak boleh melebihi kuasa yang ditetapkan oleh perlembagaan PAS. Begitulah seterusnya bagi jawatan-jawatan lain disetiap peringkat. Maknanya pemimpin tak boleh ikut kepala dia je...

      Dengan penerangan panjang lebar ini, apa alasan Pahrolrazi yang kena keluar. Apa kesalahan dia disisi perlembagaan PAS? Ini sdra tak bagitau....kena bagitau.

      Mengapa TGHH tak boleh dikenakan tindakan disiplin jika ada tindakan-tindakan beliau yang menyalahi Perlembagaan PAS....contohnya! Adakah Perlembagaan PAS memberi imuniti kepada TGHH melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan disebabkan beliau bertaraf ulamak hebat...contoh lain.

      Point nasihat disini bagi ahli-ahli dan penyokong PAS, jangan pakai kepala sendiri menilai apa yang berlaku di dalam PAS. Betul tak betul kena rujuk kepada perlembagaan PAS.

      Keduanya, rajin-rajinlah membaca dan mengkaji Perlembagaan parti hangpa.

      Delete
  8. Bayangkan bebudak bahalol sebegini memimpin negara ; apa nak jadi agak nya ???

    Apa yang ada dalam otak otak yang boleh di suata kan di WEF DAVOS Seitzerland agak nya ???

    Bahalol saja

    ReplyDelete
  9. Jadi negara ISLAM la kalau berprinsipkan Islam. Ikut corak parti yang berkuasa. Kalau Islam jadi negara Islam kalau sekularisma jadi negara sekular. Mana satu sedara nak pilih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan itu bergantung kepada kedudukan nilai ekonomi yang ada pada diri kita. Kalau kita mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kita boleh berhijrah kemana-mana negara yang mengamalkan Islam yang kita rasa sesuai.

      Kalau sdra maksudkan negara kita, ramai orang mekayu Islam tidak mempunyai pilihan. Kita kena tinggal juga disini.

      Dari saya minta sdra sambung apa kita patut buat?

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa