Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 21, 2015

Pasca banjir: Derita di pendalaman

Di pedalaman, dingin dan lapar
mk -7:24PM - 20 Jan 2015

LAPORAN KHAS Jauh di kawasan pedalaman Kelantan yang dilanda banjir baru-baru ini, terdapat sekumpulan masyarakat Orang Asli yang sudah berhari-hari menunggu bantuan makanan dan bantuan pasca banjir.

Malaysiakini menyertai sepasukan relawan Mencari dan Menyelamat Yayasan Bantuan Kecemasan Bencana Malaysia (MEDRF) yang sudah tiga kali menghantar bantuan kepada komuniti ini.
Namun, sebahagian besar daripada yang terkesan dengan bencana ini belum lagi menerima bantuan.

Di dalam kawasan hutan Gua Musang ini terdapat 14 buah kampung dengan lebih 2,000 orang penduduk.

Kebanyakan laluan masuk tersekat akibat tanah runtuh, atau jambatan yang menyeberangi jalan dihanyutkan arus deras banjir.

Mangsa banjir ini bukan sahaja lapar dan hiba malah ramai kehilangan tempat tinggal sejak 22 Disember.

Kami mendirikan khemah pangkalan kami di Kuala Betis, dan kemudian bergerak sejauh 20 kilometer ke kawasan pedalaman menuju Kampung Tohoi.

Pada hari-hari biasa, perjalanan ini akan mengambil masa kurang dari satu jam jika menaiki kenderaan yang tahan lasak.
Namun dengan cuaca yang tidak menyebelahi kami, dan banjir baru sahaja melanda kawasan ini, kami nampaknya bakal berdepan tempoh perjalanan yang panjang.

Khemah pangkalan di Kampung Bawek menyimpan lebih daripada 20 tan bekalan bantuan yang didermakan pelbagai NGO dan orang ramai.

Sewaktu kami hampir bertolak, sekumpulan lelaki Orang Asli tiba dengan motosikal EX5.

Seorang daripada mereka memberitahu kami yang mereka telah menghabiskan selama 24 jam di atas jalan untuk sampai ke kem itu apabila mengetahui kami membawa bekalan.

Semua 23 orang daripada kumpulan ini memunggah kampit beras, tin gasolin dan barangan keperluan lain ke atas motosikal mereka dan kembali ke kampung mereka.

Mereka akan terus melakukan perkara yang sama ini setiap hari demi memastikan komuniti mereka tidak menderita akibat kekurangan bekalan makanan dan barangan keperluan lain.

Ikat perut tahan lapar

Dengan hanya berbekalkan mi segera dalam cawan untuk mengisi perut, kami menuju ke Kampung Tohoi, yang terletak sejauh sejam perjalanan pada hari-hari biasa.

Namun dalam keadaan sebegini, perjalanannya memakan masa setengah hari.
Kami seramai 12 orang bergerak menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda (4WD). Menyertai kumpulan ini adalah satu-satunya doktor, Dr Rashidi Mohamed Pakir Mohamed dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Rashidi bukan wajah yang asing di kalangan relawan sewaktu bencana. Beliau membawa bersamanya sekarung pengalaman melakukan kerja-kerja pemulihan pasca banjir besar di Kota Davao, Filipina baru-baru ini.

Rupa muka bumi yang kami lalui bukan sahaja berbahaya, ia malah mustahil dilalui melainkan dengan kenderaan 4WD dan motosikal.

Selepas hampir dua jam bergerak, kami sampai ke satu jambatan utama yang sepatutnya menjadi penghubung ke Kampung Tohoi.

Namun jangkaan kami itu ternyata silap.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa