Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 22, 2015

Kes curi dibelasah sampai Mati?

Remaja yatim piatu maut dibelasah
mk - 10:55AM - 22 Jan 2015

Mayat remaja lelaki ditemui dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badan dipercayai akibat dibelasah di premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon, Georgetown malam tadi.  

Muneeswaran, 16, anak yatim piatu bekerja di premis berkenaan dan dikatakan telah mencuri sesuatu daripada majikannya.

Mayatnya ditemui di premis berkenaan pada pukul 7.30 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Datuk Mazlan Kesah berkata polis sedang menyiasat berapa lama remaja itu telah bekerja di situ kerana mangsa masih di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.

"Polis percaya lebih dari dua suspek terlibat dan kami turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi balai polis berdekatan.

2 comments:

  1. Kepada pemilik kenderaan, anda dinasihatkan supaya tidak pergi ke premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon, Georgetown itu. Elok diboikot sahaja.

    ReplyDelete
  2. Anak yatim piatu ????

    Saya boleh bela tanggung nya tiada masalah.

    Lahanat punya orang , anak yatim di seksa sampai kiok.

    Apa sudah jadi otak orang orang sekarang , Duit bagai Tohan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa