Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 28, 2015

Mimpi kuno manusia antik!

Kembalikan Pulau Pinang kepada Kedah
January 28, 2015
Seharusnya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah seperti mana Dinding dan Pangkor yang dikembalikan kepada Perak.
Datuk Wan Shamsudin Mohd YusofPETALING JAYA: Kembalikan Pulau Pinang kepada pemilik asal wilayah ini, Kedah kerana ia hanya dipajakkan kepada Syarikat Hindia Timur British yang diwakili oleh Kapten Francis Light.
Cadangan supaya negeri itu dikembalikan pernah dikemukakan oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof pada 1 Disember 2010, lapor UMNO Online.
Menurut portal itu, Pulau Pinang, pada asalnya merupakan sebahagian daripada negeri Kedah yang dipajakkan kepada Francis Light.
“Setelah Merdeka pada 1957, seharusnya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah seperti mana Dinding dan Pangkor yang dikembalikan kepada Perak, tetapi itu tidak berlaku menurut Datuk Wan Shamsudin,” lapor UMNO Online dalam artikel oleh Ben Yaacob.
Ia memetik Wan Shamsuddin sebagai berkata, Kerajaan Persekutuan sehingga hari ini masih lagi membayar wang pajakan bernilai RM 10,000.00 setahun kepada Kesultanan Kedah untuk pajakan Pulau Pinang.
Atas hujah itu juga menurut portal rasmi UMNO “menandakan bahawa Pulau Pinang, masih dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah negeri Kedah.”
Hujahnya, perjanjian yang dibuat pada 1786 dan 1800 mengenai pajakan Pulau Pinang bukanlah sebuah perjanjian yang tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada suatu tempoh masa tertentu.
Francis Light telah memajak Pulau Pinang pada 1786 daripada pemerintah Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah dan menamakan Pulau Pinang sebagai Pulau Prince of Wales dan mengasaskan George Town.
Di bawah pentadbiran Gabenor Jeneral British, Sir John Macpherson, Francis Light dilantik sebagai Penguasa bagi wilayah baru British di Tanah Melayu

# Kalau tidak kerana ini, agak-agak bagaimanakah Negeri Kelantan sekarang?

2 comments:

  1. Apa kah orang orang bahalol tanpa nilai ekonomi wajar di beri perhatian , bagai memgubati tikus tokus merembat beras di dappr ???

    Bahalol saja

    ReplyDelete
  2. Kalau, ingat ya kalau Pulau Pinang dikembalikan kpd Kedah, nescaya legasi pemerintahan UMNO/BN di negeri Kedah selama ini akan menemui nokhtah. Cubalah jika tidak percaya, nescaya Mukhriz akan menjadi ketua pembangkang dlm DUN Kedah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa