Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 31, 2015

Pelik (video inside): Makhluk apakah ini?

Pekerja ladang terkejut jumpa makhluk pelik
TRP - PUBLISHED: Jan 31, 2015 01:45pm
SIBU, 31 Januari:

Sekumpulan pekerja Indonesia terkejut, apabila terserempak seekor haiwan pelik di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu, pada pagi semalam.

Seorang pekerja itu yang dipetik The Borneo Post berkata, makhluk berkenaan muncul secara tiba-tiba dan cuba menerkam mereka yang sedang sibuk bekerja, kira-kira jam 10 pagi Jumaat.

Bimbang dengan keselamatan mereka, salah seorang pekerja tersebut bertindak memukul makhluk berkuku tajam itu sehingga pengsan.

“Kami terkejut. Tak ada orang yang pernah nampak makhluk seperti ini. Ia mungkin spesis beruang yang jarang ditemui.

“Apabila ia sedar, kami halau ia kembali ke hutan,” kata pekerja itu sambil menambah, mereka tidak memaklumkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.

video

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa