Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 18, 2015

Nampaknya PR akan bergomol sesama sendiri atau ada yang tarik diri

Pada akulah kalau betul UMNO sokong Hudud dan PAS nekad membentangkan di Parlimen secara bersendirian, adalah lebih baik PAS tinggalkan PR
Masa nilah juga PAS menguji keikhlasan UMNO di dalam menegakkan Hukum

Lepas ni tak perlulah bertekak dan meletakkan calon bertindih

Kelantan hudud move ‘only if Pakatan agrees’
 | January 18, 2015
All parties must agree on draft Bill before it goes to state assembly, says Pakatan leader.
hudud-kelantan_anwar_300jpgPETALING JAYA: All component parties of Pakatan Rakyat must consent to Kelantan’s proposed law to implement hudud criminal punishment before it can be enacted, Anwar Ibrahim said today.
Speaking to reporters after a “Meet Anwar” event here, the Pakatan chief said leaders of all three parties were awaiting a suitable date to meet and go over the details of the law.
“Due to the floods in Kelantan last month, we had to move the dates. Hopefully at the end of this month or early next month.”
The hudud issue has divided Pakatan partners PAS and the DAP, which administers the Penang state government. The DAP has maintained a strong stance against hudud being implemented, arguing it went against the Constitution and was a possible threat to non-Muslim civil rights.
PAS has maintained that hudud as part of Syariah law, would only affect Muslims. Kelantan intends to move a private member’s bill in Parliament to enable a change in the state constitution enabling hudud punishments which in severe case would include the amputation of limbs.
Anwar said Pakatan Rakyat has asked for a draft of the Bill that the PAS-led state government of Kelantan intends to table.
He said all component parties must agree on the provisions before it goes to the state assembly. “It has to be done in consensus of all component parties,” he said.
He clarified that although all parties must consent to the hudud law, he was not rejecting Syariah, or the Islamic code of justice.
“As Muslims, we can’t reject Syariah,” he said. “Hudud is an aspect of the penal code and the penal code is an aspect of Syariah,” he said, adding that, “There’s a lot of confusion about this matter.”

18 comments:

  1. Anwar perlu dan wajib berbincang dengan DAP dan PAS bagaimana nak laksanakan Hudud di Kelantan dan seterusnya dibawa ke parlimen kelak apabila mendapat cukup mandat. Perbincangan seharusnya berlandaskan tanggungjawab dan amanah sebagai pemimpin Islam. Gunakan kecerdikan dan kehebatan yang dikurniakan sebagai seorang pemimpin Islam. Amanah ini bukan dari rakyat atau DAP atau pun PAS ianya datang apabila seseorang Islam itu bergelar " PEMIMPIN ". Salah satu kriteria yang patut ada pada seorang pemimpin yang mengaku ISLAM. Kalau tak mampu menunaikanya lebih baik jangan jadi pemimpin dan tidak perlu memikul amanah. Jangan lebihkan alasan dari tanggungjawab kerana keihklasan kita sentiasa diukur olehNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR tidak pernah menghalang PAS m3laksanakan hudud didalam kerangka PR. Perkara ini telah ditegaskan oleh DAP dan PKR beberapa kali sepanjang 6 tahun ini. Keutamaan sekarang ialah untuk menumbangkan BN dan mengambilalih Putrajaya. Dengan kuasa PR dapat melakukan pembaikan-pembaikan kepada ketosakan yang dihuat selama 57 tahun termasuk memberi ruang kepada😨 PAS untuk melaksanakan hudud.

      Kita balik kepada tahalul siyasi PAS dengan PR. Tahalul siyasi dengan PR dimetetai oleh PAS berdasarkan kepada satu common ground yang dipersetujui sebagai dasar PR. Dalam dasar ini hudud diletakkan diluar common ground ini dan PKR serta DAP mengiktiraf hak PAS mengenai hudud.

      Jika dengan kedegilan PAS hendak melaksanakan hudud sekarang at all cost hatta dengan bantuan UMNO sekalipun, sudah tentu ia akan mencetuskan mssaalah besar didalam PR. Mengapa PAS melalui segelintir pemimpinnya tiba2 membangkit isu hudud di kelantan awal 2014 sedangkan PR sudah begitu hampir untuk menumbangkan BN? Formula common ground yang m3ngikat PR cuba dirungkai oleh segelintir kecil pemimpin PAS. Common ground inilah yang merupakan catalyst yang memperdanakan PAS diarena politik negara.

      Hakikatnya, PAS sudah begitu hampir untuk mencapai impiannya untuk melaksanakan hudud melalui PR. Mungkin jika momentum sediaada tidak disabotaj oleh segelintir pemimpin PAS, impian PAS itu mempunyai harapan cerah menjafi kenyataan selepas PRU14 nanti. Persoalannya sekarang, adakah cara yang dipilih PAS sekarang iaitu dengan bantuan UMNO, merupakan jalan yang lebih mudah untuk PAS melaksanakan hudud? Logik akal mengatakan tidak.

      Isu masaalah didalam PR adalah ciptaan segelintir kecil pemimpin PAS yang berjawatan diperingkat pimpinan pusat yang mahu beketjasama dengan UMNO. Hudud adalah hanya alat yang digunakan oleh segelintir pemimpin PAS ini.

      Huruhara didalam PR sebenarnya berpunca dari masaalah dalaman PAS sendiri. Kita nampak satu puak kecil dari golongan agamawan cuba hijack PAS agar didominasi oleh puak mereka. Ia masaalah ketidakmampuan golingan ini mengurus kejayaan yang dicapai oleh PAS hasil tahaluf siyasinya dengan PR.

      Segelintir agamawan ini merasakan kedudukan mereka tergugat dengan perubahan yang PAS lalui sekarang hasil dari kejayaan tahaluf siyasinya. Tergugat macamana? Dalam mengurus dan mengisi kejayaan tersebut, golongan ini merasakan peranan tradisional mereka selama ini tidak menjadi keperluan utama. Yang diperlukan ialah perkara-perkara diluar peranan tradisional mereja seperti kebolehan pengurusan moden, perancangan strategik, kewangan dsbnya. Mereka merasakan mereka terpinggir.

      Mengapa saya berkata begitu? Ini saya lihat dari tindakan-tindakan mereka, kenyataan-kenyataan mereka. Mereka cuba menarik balik suasana sekarang ke suasana sebelum ini dimana kedudukan mereka, dominasi mereka begitu menonjol. Mereka terlupa, dalam mereka keliru, mereka telah menarik Islam dan PAS itu kebelakang. Kesemua alasan-alasan yang kita dengar dari mereka, tindakan-tindakan mereka menampakkan masaalah kegagalan mereka mengurus kejayaan tahaluf siyasi meteka sendiri.

      Apakah tindakan mereka ini petlu dibiarkan? Jawapan kepada soalan ini ialah mana lebih penting, insecurity mereka dengan kejayaan tahalul siyasi metekah atau Islam dan petjuangan PAS itu sendiri.

      Kita jangan boloq apa yang berlaku didalam PAS sekarang. Tidak ada orang yang menentang ulamak. Tidak ada orang yang menentang ulamak. Tidak ada orang yang mempetlekehkan ketinggian ilmu ugama yang meteka mileki. Ini semua hanyalah hayalan dan phobia-phobia didalam fikiran mereka. Yang dikritik ialah tindakan-tindakan politik meteka yang tidak bijak yang menghetet Islam dan perjuangan PAS itu srndiri.

      Delete
  2. Perjuangan untuk mendaulatkan hukum hudud adalah dipelopori oleh PAS dgn barisan ulamanya, kenapa penerangan mengenainya diletakkan di atas pundak Anwar pula? Jika ahli PAS pun ada sebahagiannya keberatan untuk bersetuju PAS membawa usul hudud (mereka ini tidak menolak hukum hudud) dlm situasi ketika ini, masakan Anwar pula perlu menyibukkan diri memberi penerangan tersebut kpd DAP? Sepatutnya PAS perlu kpd prsetujuan 100% ahlinya terlebih dahulu setidak-tidaknya, kemudian PAS sendirilah yg memberikan pencerahan kpd rakyat keseluruhannya. Jika PAS gagal melakukan itu, bermakna PAS juga dianggotai oleh individu yg juga tidak layak untuk jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Selagi PAS dalam Pakatan, usul Hukum Hudud akan tergantung tak kemana.
    Anwar menyatakan Hukum tersebut perlu mendapat kebenaran dari semua komponen Pakatan. Tetapi DAP tegas tidak menerima Hukum tersebut,Jelas sudah Hudud tak di terima dalam Pakatan.
    PAS TERPAKSA MEMBAWA HUKUM TERSEBUT YANG BERAT TETAPI BERKAT SENDIRIAN.
    Dari segi stastik dalam jangka pendek usul ini mungkin gagal kerana kebanyakan ahli parlimen berpendapat Hudud tak relevan untuk negara berbilang kaum.
    Sebenarnya pendapat mereka [ahli parlimen] tidak selaras dengan kehendak kebanyakan rakyat Melayu Muslim dan Mualaf di tambah 1% Non-Muslim yang simpati.
    Kalau dilihat gejala sosal yang semakin kronik terutama pada kaum Melayu, mereka sudah menjert mahukan satu instrumen [Hudud] yang amat di perlukan untuk memantapkan undang2 syariah yang sedia ada lantas membendung gejala tersebut. Begitu juga non-muslim yang simpati, mengnaggap Hudud akan memberi keselamatan keluarga dan negara.
    Tidak keterlaluan dikatakan dalam jangka panjang menjelang PRU14, melalui Hudud, PAS akan jadi popular dengan rating melebihi parti lain. Rintihan rakyat amat berbisa.
    Sediakan dana untuk meletakan wakil bagi mencakupi majoriti di Parlimen dan terlaksana lah Hudud. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 5:31

      Jika itu alternatifnya maka PAS perlu keluar dari PR. Keberadaan PAS didalam PR hanyalah atas maslahat politik melalui tahalul siyasi yang diluluskan oleh muktamar PAS. Ia bukan ikatan syariat. Apa masaalah PAS untuk keluar dari PR dan meneruskan rancangan untuk melaksanakan hukum hudud dengan bantuan UMNO.

      Soal PAS untuk keluar dari PR adalah satu perkara yang mudah. Caranya telah dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan PAS. Buat muktamar khas atau bawa satu usul di dalam muktamar bulan jun 2015 ini. Senang. Biar muktamar yang membuat keputusan.

      Tidak ada orang Islam yang menolak hukum hudud. Jadi mengapa pemimpin-pemimpin yang menjadi juara untuk membawa PAS keluar dari PR dengan menggunakan alasan untuk melaksanakan hudud tidak meminta muktamar khas diadakan? Paling tidak mereka sepatutnya sudah memulakan kempen untuk membawa usul untuk membawa PAS keluar dari PR kerana hendak melaksanakan hudud di Kelantan di dalam muktamar jun 2015 ini? Mengapa? Mengapa?

      Mengapa mereka perlu mengheret isu hudud ini kedalam lumpur, kedalam lopak sehingga mencederakan Islam dan PAS sendifi? Apa yang susahnya? Apa salah Islam? Yang kita nampak dari apa yang berlskudari isu ini timbul 6 tahun dulu, mereka bacul dan tidak layak untuk menjuarai petlaksanaan hudud ini. Atau apa mereka buta petlembagaan PAS? Apa yang susah nya hendak keluar dari PR demi untuk memastikan hukum hudud dapat dilaksanakan di kelantan dengan bantuan UMNO?

      Cerdik ke kita persoalkan mengapa Anwar tak sokong? PKR kata begini, DAP kats begitu? Mentaliti apakah kita mahu petjuangan kita, kita bergantung kepada orang lain.

      Ini isunya sekarang!. .........Cakap betdegar-degar.

      Delete
  4. Anon1:17,
    Memartabatkan syiar ISLAM dan melaksanakan hukum ALLAH S.W.T bukannya terletak pada PAS saja ianya menjadi kewajipan terhadap umat dan pemimpin yang mengaku ISLAM. Apakah Anwar itu ISLAM? Nak laksana hukum ALLAH tidak memerlukan persetujuan dari Rakyat atau ahli bawahan perkara wajib tetap wajib. Perbincangan hendaklah menjurus kearah melaksanakannya bukan mencari alasan. Sebagai umat Islam kita seharusnya menyokong dengan sepenuh Iman dan sebagai PEMIMPIN Islam gunakan lah kuasa yang telah diberikan supaya seruanNYA terlaksana.

    ReplyDelete
  5. Apa yg diperkatakan oleh anon 8:30am adalah secara nyata telah membenarkan kenyataan anon 1:17am, iaitu dlm PAS sudah tiada siapa yg layak untuk menjadi pemimpin. Adakah dasar perjuangan parti sendiri hendak diswastakan kepada parti lain pula, habis tu pemimpin Pas buat apa pula? Kluk klek, u turn, veto dan membaruakan yg lain sahajakah? Semua tahu bahawa PKR tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan partinya. Kupasan oleh Sdr bat8 adalah tepat kpd realiti politik kesepakatan untuk menuju kejayaan, sedangkan segelintir pemimpin dlm PAS sendiri meletakkan dasar parti untuk diperolokkan oleh Umno dan seterusnya memecahbelahkan paduan dlm PR dimana akhirnya nanti hudud kemana dan PAS juga entah kemana. Sekiranya hendak berjuang menerusi wadah politik demokrasi, kenalah bijak dgn politik demokrasi itu. Jangan terus sondol membabi-buta, kebijaksanaan mestilah ada dlm bertindak. Bersahabat dgn pihak yg bangang maka secara tak sedar sindiri pun jadi bangang juga.

    ReplyDelete
  6. Saudara Bat8,
    Dari apa yang ditulis oleh saudara diatas menunjukkan saudara masih lagi beralasan dan masih lagi mengharap DAP dan PKR akan menerima hukum Hudud apabila PR mengambilalih Putrajaya kelak. Disini saudara Bat8 bercakap macam saudara mempunyai kuasa untuk memaksa DAP supaya menerima Hudud. Dari apa yang dapat kita lihat sekarang DAP lantang mencampuri urusan umat Islam bahkan mereka berani mencabar dan mengugut untuk keluar PR sekiranya PAS masih berdegil dengan Hudud. Soalan untuk saudara Bat8 , apakah saudara Bat8 sangat yakin dan pasti bahawa sekiranya PR dapat mengambilalih Putrajaya dan DAP akan menerima Hudud? Apakah yang membuatkan saudara Bat8 begitu yakin dengan DAP? Saudara yakin dengan PKR?

    Tahaluf Siyasi yang dimeterai diantara rakan PR merupakan satu ikatan yang terjalin pada masa permulaan PR. Ianya dimeterai berlandaskan kehendak Islam. DAP dan PKR pada masa itu tidak pernah menyentuh atau membahaskan Hudud kecuali mendiang Karpal Singh. Selepas kematian Karpal makin ramai pula penentang Hudud yang muncul dari dalam DAP dan termasuk orang Islam sendiri. Apa guna Tahaluf Siyasi dengan keadaan DAP mencampuri urusan umat Islam? Saudara Bat8 setuju ke dengan cara DAP?

    Memartabatkan Syiar Islam dan melaksanakan hukum ALLAH S.W.T bukan impian PAS tetapi ianya menjadi tanggungjawab umat Islam dan pemimpin yang mengaku Islam. Saudara Bat8 tidak mempunyai impian ke nak melihat Hudud terlaksana?

    Kerjasama dengan UMNO yang boleh menguntungkan Islam tidak salah. Rakan seperjuangan menolak tetapi musuh menyokong. Disini PAS boleh nampak yang mana satu pulangan yang bermanafaat. Yang pasti disini PAS hanya berseorangan. PR bukan platform kepada perjuangan Islam.

    Sepatutnya saudara juga wajib mempunyai sifat kedegilan yang ditunjukkan PAS dan sama-sama memberikan sokongan agar dimuliakan Syiar Islam di M'sia ni. Bersama-samalah dengan mereka cukup lah dengan beralasan.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:22

      Yang saya tulis panjang lebar ialah mengenai pilihan PAS dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Yang cuba dilontarkan ialah PAS mempunyai 2 pilihan. Satu melaksanakan hudud dalam kerangka PR. Pilihan kedua ialah dengan kerjasama UMNO yang hari ini bukan lagi s3buah parti melayu Islam tetapi sebuah parti bumiputra.

      Sdra bertanya apa jaminan yang PAS boleh melaksanakan hudud apabila PR menang dalam PRU 14. Jawapannya mudah je - apa jaminan yang UMNO tidak akan kencing PAS. Tanda-tanda UMNO akan kencing PAS sudah nampak. Kita ambil satu contoh iaitu menyediakan deraf undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh kerajaan kelantan. Jika UMNO ikhlas, diatas dasar G2G, kerajaan pers3kutuan tentu telah mengarah Jabatan Peguam Negara ( JPN) untuk membantu kerajaan kelantan menyediakan deraf undang-undang ters3but. Tetapi kerajaan kelantan dibiarkan membuat deraf ters3but bersendirian dari JPN.

      Itu pokok persoalan yang saya cuba lontarkan.

      Perkara-perkara yang lain yang sdra bangkitkan itu adalah isu sampingan. Jawapan kepada isu-isu sampingan itu tak perlu saya jawablah kerana sdra sendiri telah m3mberi jawapannya m3lalui ulasan sdra.

      Saya sentuh satu je. UMNO bukan lagi parti melayu Islam sejak memasuki sabah dipertengahan tahun 90an. UMNO dah jadi parti bumiputra. Maknanya syarat menjadi ahli UMNO ialah bumiputra. Kaum dan ugama tidak penting lagi. Dalam UMNO sekarang ada orang melayu Islam, ada bumiputra berugama kristian dan ada kaum siam yang berugama buddha .Inilah parti yang akan menolong PAS melaksanakan hudud di K3lantan tetapi tidak mahu melaksanakan hudud dinegeri-negeri yang mereka kuasai.

      Jaei saya ucapkan selamat maju jaya lah kepada PAS kerana memilih untuk menerima kerjasama UMNO melaksanakan hudud di Kelantan sahaja. Cuma satu pesan saya, jangan rosakkan rakyat dan negeri kelantan negeri kami kerana kelantan bukan mil3k peribadi seg3lintir p3mimpin PAS yang tergila-gila hendak bekerjasama d3ngan UMNO ( Hudud hanyalah alat untuk tujuan itu...).

      Delete
  7. Anon 2:22pm, anda menyatakan 'Kerjasama dengan UMNO yang boleh menguntungkan Islam tidak salah. Rakan seperjuangan menolak tetapi musuh menyokong. Disini PAS boleh nampak yang mana satu pulangan yang bermanafaat. Yang pasti disini PAS hanya berseorangan. PR bukan platform kepada perjuangan Islam.'
    Sekarang sila anda jawap pula, adakah PAS mempercayai Umno akan menerima hukum hudud untuk dilaksanakan? Apakah PAS telah menjadi rabun/buta/lupa dan tidak nampak permainan Umno selama ini, di Kelantan cakap lain bila di Kedah pula lain yakni saling bertentangan. Jika Umno benar2 ikhlas hendak melaksanakan hudud, tentu sedang berdendangan hajatnya itu dlm semua media bagi memberikan pencerahan kpd sekalian rakyat. Sila nyatakan ulama PAS yg manakah telah diberi peluang muncul secara langsung di kaca tv, untuk membincang atau berceramah atau forum mengenai ehwal hudud kpd umum. Mungkin saya telah terlepas siaran itu. Ini bukannya bermaksud menolak hukum hudud, cuma memberitahu pihak PAS supaya jangan terjatuh ke dlm gaung yg PAS beria-ia hendak tempuh juga.

    ReplyDelete
  8. Anon 2:22,
    Berusaha adalah lebih baik dari mencipta alasan. Usul akan dibentang kan diparlimen kelak dengan satu ikatan janji oleh MP's UMNO berserta dengan MP's PR yang beragama Islam yang akan menyokong usul nI nanti. Disana nanti akan ada tentangan kalau tak dari perjanjian o UMNO atau mungkin MP's PR masih belum bersedia menyokong usul tersebut.

    PAS tidak mengalami kerugian ataupun kehilangan kuasa malah tidak lagi dibelenggu dengan AMANAH yang tidak tertunai kerana AMANAH itu terhenti disebabkan ada di kalangan MP's Islam yang menolak melebehi sokongan diparlimen nanti. Apakah PAS juga dipersalahkan?

    ReplyDelete
  9. 7:11 Sangat setuju dgn cadangan dikemukakan, asalkan ada usaha dibuat kemudian hasilnya ikut nasiblah. PAS pun tidak akan mengalami kerugian ataupun kehilangan kuasa, sebabnya PAS sememangnya sedang dlm keadaan tidak memiliki kuasa lagi, apa yg ruginya, betul tak? Jika usul itu diterima alhamdulillah, jika ditolak pula sehingga kiamatlah PAS boleh beritahu rakyat bahawa usul pernah dikemukakan tapi ditolak. PAS boleh terus cuci tangan selepas itu. Cantiklah cadangan anda itu. Bak kata sesetengan orang alang2 mandi biar basah itu, hanya merugikan air saja.

    ReplyDelete
  10. Saudara Bat8,
    Biarlah UMNO kencingkan usul PAS itu nanti diparlimen sepuas-puasnya. Biarkan PAS berbau busuk untuk seketika daripada berterusan dipermainkan oleh penguasa dan pemimpin Islam. Setiap usaha ada nilai nya. Secara logiknya UMNO akan melalak sampai satu dunia kerana PAS menolak ruang dan peluang yang diberi. Biarkan mereka dengan usaha murni mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:01

      Jika itu pilihan segelintir pemimpin PAS yang begitu taksub untuk bekerjasama dengan UMNO untuk melaksanakan hudud di Kelantan, terserahlah kepada mereka. Kita sekadar menilai secara lahiriah sahaja kerana kita tak bol3h membaca isi hati dan niat seseorang sebagaimana Allah.

      Sebagai hamba Allah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita memberi pandangan kita sebagaimana mereka juga yakin bahawa UMNO ikhlas hendak mbantu PAS melaksanakan hudud di K3lantan sedangkan UMNO jelas tidak mahu melaksanakan di negeri-negeri yang dikuasainya.

      Sesungguhnya Allah itu Maha M3ngetahui. Cuma satu tanggungjawab mer3ka, Islam bukan milek mutlak seg3lintir pemimpin PAS ini. Islam itunmilek Allah. Sel3bihnya kita pulangkan kepada.Allah.

      Delete
  11. Anon 11:01pm
    Disebabkan tidak mahu terkena kencing Umno itulah, ramai rakan tidak mahu terkena sama. Walaupun ia berbau busuk untuk seketika pun, ia tetap najis. Bagaimana pula jika bau busuk itu berpanjangan lamanya. Tak sangka pula anda mahu PAS dikencing oleh Umno secara rela. Bijak sungguh anda ni rupanya suka akan PAS itu dikencing oleh Umno, berbanding dgn bat8 dan saya ini yg cuba menyelamatkan PAS dari berbau hancing nanti. Mungkin elok diketengahkan idea anda, jika terdapat masalah air nantinya panggillah Umno yg akan memberikan mandian air kencingnya. Amat bernas idea anda itu, syabas!

    ReplyDelete
  12. Bat8,

    Kerana kita ini hambaAllah. Ya kita adalah hambaAllah yang seharusnya mempunyai keyakinan dengan suruhanNYA. Boleh kah kita meletakkan sesuatu yang wajib didalam kehidupan seharian kita diatas rak KIV? Bolehkah kita meletakkan rukun-rukun seperti sembahyang dan puasa juga diatas rak KIV? Urusan-urusan penting yang melibatkan kehidupan duniawi saja yang silih berganti diatas rak IN dan OUT. Urusan yang melibatkan Akhirat dibiarkan pending begitu lama didalam rak KIV tanpa disentuh. Tugas siapa sekarang untuk menyelesaikan urusan yang pending didalam rak KIV? UMNO? PKR?

    ......buat masa sekarang hanya PAS yang cuba menyelesaikan urusan tersebut. Biarkan mereka berusaha. Sebagai hambaAllah kita wajib memberi sokongan. Saudara Bat8 perlu yakin bahawa apa yang mereka lakukan sekarang tidak melibatkan kemusnahan harta benda, kehilangan kuasa atau melibatkan kesusahann kepada rakyat marhaen.

    ISLAM adalah agama ALLAH yang maha suci bagi hamba-hambanya termasuk segelintir pemimpin PAS yang saudara Bat8 maksudkan. Mereka mempunyai hak sebagai umat Islam dan mereka lebih menghayati Islam dan berlatarbelakangkan Ustaz dan Ulamak. Mereka berusaha memartabatkan Syiar Islam dan melakukan perkara yang wajib sebagai seorang PEMIMPIN. Itu adalah kewajipan mereka yang diberi kuasa dan dilantik sebagai PEMIMPIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4:22

      Satu perkara yg sdra kena faham betul2....xde sesiapa yang menentang perlaksanaan hudud di Kelantan. Takde sesiapa yang menolak hudud.

      Saya tidak mengikuti pengajian ugama secara formal spt para agamawan dan saya mengelak diri saya dari memberi pendapat bidang yang saya tidak tahu dengan detail. Saya lebih melihat dari segi realiti berdasarkan apa yg saya kutip melalui kuliah2 di masjid.

      Takpe kita berbeda pendapat mengenai kaedah bagaimana hudud di kelantan lebih mudah dilaksanakan. Hakikat yang ada PAS tidak mungkin dapat melaksanakannya bersendirian kerana dlm setiap PRU PAS menang xlebih dari 30 kerusi parlimen je dan menguasai satu atau dua kerajaan negeri dlm sesatu masa. Kita tengok apa akan jadi.....itulah yang terbaik. Jika dengan bantuan UMNO, PAS berjaya melaksanakannya kita semua bersyukur. Jika kebimbangan saya betul, PAS dan Islam di negara ini yang rugi besar. Sama-sama kita lihat....

      Delete
  13. Bat8,
    Apakah reaksi anda apabila PKR dan UMNO berUG?
    Anwar dan Najib dah nak cium mulut.
    Adakah anda setuju PKR dgn UMNO berUG? Sila berikan pandangan anda.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa