Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 19, 2015

Itulaa.....kalau dah pencen duduk diam-diam, taklah susah!

Dakwaan salahguna kuasa: SPRM sudah temu bual Daim
PUBLISHED: Jan 19, 2015 05:37pm
Sebelum ini, media melaporkan Daim mengaku memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa. - Foto Koleksi peribadi Tun Daim

PUTRAJAYA, 19 Januari:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menemu bual mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan beliau menyalahguna kuasa bagi mendapatkan kekayaan, seperti yang didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pihak SPRM sudah pun menemu bual Tun Daim baru-baru ini,” kata Timbalan ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shukri, langkah SPRM seterusnya ialah untuk menemu bual Anwar yang semalam mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh berkenaan kes itu.

“Kami akan bertemu (Anwar) yang mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu.

“Keterangan yang diberikan oleh Tun Daim, Datuk Seri Anwar dan lain-lain saksi akan dikemukakan semula kepada Timbalan Pendakwa Raya dan seterusnya kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), badan bebas yang memantau operasi SPRM,” kata Shukri lagi.

Beliau menegaskan, SPRM menjalankan fungsinya iaitu bertindak menjalankan siasatan secara professional, tidak memihak, telus dan bebas berdasarkan Akta SPRM 2009.

Beliau turut menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan untuk tampil membantu siasatan SPRM.

Mohd Shukri turut menjelaskan SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebenarnya telah menyiasat Daim pada 1998.

Bagaimanapun, beliau berkata Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kes berkenaan pada masa itu membuat keputusan tiada tindakan lanjut (NFA).

Tahun lepas, Anwar membangkitkan semula tuduhan terhadap Daim.

Sambil mendakwa mempunyai bukti mengaitkan Daim dengan penyalahgunaan kuasa, Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh itu membuat 15 laporan menuduh Daim mempunyai perniagaan perbankan di Afrika dan Eropah Timur.

Anwar juga berkata beliau sedia bekerjasama dengan SPRM jika badan itu ingin memulakan siasatan terhadap Daim.

Sebelum ini, media melaporkan Daim mengaku memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa. - sumber

2 comments:

  1. Ini lakonan saja

    Daim Mahathir adalah tulang belakang umno.

    Bebudak Bahalol boleh jadi kaya ber gaya selagi dua dua Raja aka Firaoun hidup.

    Selagi tak ke Bukit Kiara , selagi tu bebudak bahalol jafi kaya ber gaya.

    Ralyat tetap miskin papa kedana.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. Kalau betullah SPRM hendak menjalankan siasatan, ia bukannya ibarat pukul anak sindir menantu lagi, tapi menantu dan bisan pun terlempang sama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa