Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 27, 2015

Phua disabitkan bersalah di M'sia: Semakin tercekikkah Zahid?

Yang Zahid kata Phua tidak mempunyai hubungan dengan kongsi gelap 14K mungkin betul tapi dia disabitkan dengan perkara lain
Tetapi kewajaran Zahid menulis surat sokongan terhadap seorang penjenayah  itu yang menjadi persoalan

Phua disabitkan bersalah di M'sia, kata sumber
mk - 11:46AM - 26 Jan 2015

Lelaki yang dikatakan membantu Putrajaya dalam projek melibatkan keselamatan negara dikatakan pernah disabitkan kesalahan jenayah di negara ini.

Sumber polis memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa 'raja judi'  Paul Phua Wei Seng ditahan di Miri, Sarawak pada 2004 semasa perlawanan Piala Euro di Miri.

Seorang sumber yang berada di tempat kejadian ketika Phua didakwa dan disabitkan kesalahan terlibat dalam perjudian haram memberitahu bahawa dia didenda.

Selepas membayarnya, Phua dikatakan meninggalkan negara ini dan kemudian dilarang memasuki Malaysia ketika Piala Dunia 2008

Menurut sumber, Phua, 50, juga dikenali sebagai 'Sabah kia' (budak Sabah) walaupun dia sebenarnya berasal daripada Miri, seperti maklumat dalam kad pengenalannya.

Pua menjadi tumpuan berita selepas ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat atas tuduhan terlibat dengan operasi judi haram besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Last Vegas pada Julai lepas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi kemudian mengeluarkan yang berkata tidak mempunyai hubungan dengan kongsi gelap 14K dan membantu Malaysia dalam urusan keselamatan negara.

Kumpulan yang berpangkalan di Hong Kong itu terlibat dengan jaringan jenayah antarabangsa dan dikatakan samseng kedua terbesar di dunia dengan keanggotaan lebih 25,000 orang.

Menurut laporan polis pada 2004 yang dilihat Malaysiakini, serbuan dilakukan pada serang bookie bola sepak di Jalan Kelab Golf, Miri oleh pasukan polis pada  3.15 pagi, pada 4 Julai tahun sama.

Dalam serbuan itu seramai 22 lelaki ditahan ketika menjalankan perjudian haram untuk pertandingan akhir Euro 2004 yang disiarkan langsung antara Portugal dan Greece, menurut laporan itu lagi.

Phua sekarang dibebaskan dengan jaminan di Nevada, AS bersama anaknya Darren.

Dilaporkan bahawa mereka berdua dibebaskan dengan syarat memakai gelang tangan GPS, yang membolehkan kedudukannya dikesan.

3 comments:

  1. Ada bebudak bahalol sudah kenyang makan angpow free sepanjang tahun.

    Nak muntah tak boleh dah , sebab kaya ber gaya sudah jadi taik.... tinggal baja saja.

    Lahanat originsl pun boleh jadi malaikat kalau dah ber budi sampai kiok dah.

    Benudak bahalol saja.

    ReplyDelete
  2. Dikaulah mustika hatiku...
    Yg selalu mengisi kantungku...
    Janganlah ditangkap duhai kekasih...
    Tak sanggup merana daku seorang.

    ReplyDelete
  3. Zahid patut bela phua nie takut nanti eset-eset mewah keluarga dan anak pinak terbonjol keluar mana tau mulut phua gatal nanti bila hendak melepaskan diri dari pelbagai tuduhan dia libatkan zahid pula sebab dia pun ketahui yang zahid ada tulis surat minta dilepaskan dari pertuduhan itu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa