Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 20, 2016

Berbangga dengan kebodohan?

'Nasrudin hampir langgar syarat penyelesaian saman'
Koh Jun Lin - Hari ini, 11:41 pagi
Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan hampir melanggar syarat-syarat penyelesaian luar mahkamah dalam saman fitnah yang difailkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,, Lim Guan Eng ke atasnya, kata peguam Syahredzan Johan.
Berikutan penyelesaian di luar mahkamah mereka, Syahredzan berkata, satu-satunya maklumat yang boleh didedahkan adalah hanya syarat-syarat penyelesaian dan tidak apa-apa lagi, melainkan jika pihak-pihak berkenaan juga bersetuju supaya syarat-syarat penyelesaian juga tidak didedahkan.
Perbincangan berhubung syarat penyelesaian itu hanya khusus kepada pihak-pihak yang terbabit dalam pertikaian itu, iaitu peguam mereka dan hakim perbicaraan tersebut.
"Tiada apa yang lain patut diperkatakan; tidak perlu ada penjelasan lain, kenyataan media dan sebagainya dan sebagainya berkaitan kes itu.
"(Ini) kerana pihak-pihak bertelagah telah membuat keputusan bahawa tidak ada lagi pertikaian antara mereka mengenai isu berkenaan. Oleh itu, mereka akan menamatkan perbalahan,” kata Syahredzan kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Nasrudin Isnin lalu, menarik balik sebahagian daripada kenyataannya pada 6 Ogos 2014 yang menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tersinggung.
Beliau dilaporkan berkata dirinya kesal kerana artikel berhubung pembinaan terowong dasar laut itu telah menyebabkan salah faham dengan Lim.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang juga memerintahkan Nasrudin membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.
Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwanya menggunakan rundingan terus untuk penganugerahan projek RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd.
Nasrudin mendakwa Lim memberikan projek secara rundingan terus walaupun Pakatan Rakyat menentang cara berkenaan.
Selepas penarikan balik itu, Nasrudin membuat dua posting di laman web PAS mengenai penyelesaian itu, atas sifatnya sebagai Ketua Penerangan PAS.
Beliau mendakwa, antara lain, beliau bersedia untuk membela diri terhadap saman fitnah di mahkamah tetapi peguam Lim mencadangkan penyelesaian.
Kenyataan itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati pegawai khas undang-undang ketua menteri Raja Syarafina Raja Shuib.
Dalam kenyataannya, Raja Syarafina berkata sama ada rencana itu ditulis dalam kealpaan atau kecuaian disengajakan, Nasrudin tidak harus memutar-belit fakta atau “memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah”.
“Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM?
“Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta,” tulisnya.

11 comments:

  1. Nasrudin Hassan sepatutnya buat muka toya saja tidak lebih dari itu dan janganlah jadi poyo macam Wan Rosli!

    ReplyDelete
  2. Tuang Mountwellang,

    Dalang pelbagai spesis lebai mercung, dia ni dianggap paling hebat kerana dia ketua penerangang parti islang, malah dia ning dengang segala syok sendirinya mewawarkang ke empat penjuru alang dan ke tujuh petala langit tujuh petala bumi bahawa dialah kkatok paling besar, paling kuat, paling hebat dan geru-geriknya boleh mennggegarkang dunia politik malaysia.
    Kerana syok sendiri dengan keistimewaang diri yang sebenornya tidok ada apa-apa keistimewaang pung kecuali di kalangang 'kawang kkatok', dia sering tunjuk lagok, tunjuk besor, kuat dan hebat, malah paling kerap menukarkang lebongnya, untok melayokkang dirinye menjadi lebai mercung, lebai pisau raut, lebai empat ganjel lime genap. make digunakangnya segala kekuatangnya yang berat nnanang dari serbang juboh yang besor sehingga kekuatang siku dang kepale lutot.

    Kalu doh tarekbalek doh bayor pitih RM10,000, tolong senyapp lah weh, bakpe yang mung gi pot pet pot pet konar leper macang orang mabok nasidagang kuoh lebeh?

    Puok2 kelaut/nelayang seberang takir dok jenoh tanye aku, guane pulok tok lebai ni sorang? susoh weh aku nok jawab. Doh nok wat guane base jenis geng altakiiri, alabduhi,khalil alhadi; bahaye sunggoh puok2 mulot beruhh ni, musoh makin ramai kawang making kurang & dok tunjok perangai hudoh ke kaper.

    Yaa baiah, ya takliq, ya tontowi, ya takiiri, ya abduhi, ya khalil, ya zuhdi, ya ha na naa

    Pok Mang Seberang Takir, Teganu.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Yang cerdik ialah Guan Eng. Guan Eng tidak mencari pampasan tetapi kemenangan politik untuk mengukuhkan kedudukan DAP dalam PRU 14 di Penang khasnya dan Malaysia amnya. Target political victory ini khusus untuk pengundi-p3ngundi di Penang dan secara amnya supaya pengundi-pengundi DAP di negeri-negeri lain menolak calon PAS dalam PRU 14.

    Yang m3ngelikan hati kita, Tontowi terlalu dangkal kerana tidak nampak tujuan Guan 3ng ini, malah telah masuk perangkap DAP dengan bertindak dengan bodo cuba m3negak benang basah. Sekarang imej PAS semakin tercalar di pantai barat, dari perlis sampai ke johor.

    Guan 3ng juga berjaya membuka top3ng tontowi dan lebai PAS yang sefikrah dengannya yang mer3ka ini kaki fitnah dan p3nipu. Mereka sanggup mempergunakan ugama bila tersepit....macam2lah persepsi buruk boleh dicipta untuk memburukkan lebai PAS ini.

    Kita berterima kasih kpd tontowi kerana sikapnya telah berjaya memburukkan imej Islam dan institusi ulamak dalam Islam. Tontowi ni ingat Islam tu harta peribadi dia kot, dia boleh buat apa dia suka.

    ReplyDelete
  4. ramai yg pikir.bila jd ahli parlimen..otomatik jd bijak..sedar la sikit..yg jd ahli parlimen bukan sekadar ada diploma ijazah malah ada yg setakat sijil spm.stp je.
    jd ahli parlimen bukan kerana pandai.tetapi kerana dipilih.jd tak perlu la berasa pandai..mungkin pandai agama.tp tak pandai ekonomi..jadi biar pandai dan elak kan memandai mandai

    ReplyDelete
  5. Apa pula salahnya jika seseorang itu hendak berbangga dengan kebodohannya. Lihat saja Wan Rosli tu, sejak dua menjak ni dia amat berbangga menunjukkan kebodohannya dalam blog Sisi Bukit, Rakyat Marhaen dan beberapa blog lain lagi. Mujur juga ada orang yang bodoh ni, boleh juga dijadikan pecacai.....ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Saman jer lah LGE...tahu menyalak jer...

    ReplyDelete
  7. mungkin dlm ajaran pas skrg ini dihalalkan menfitnah org kapir. sbb tu dia tak minta maaf.

    tak kan dia lupa bhw Allah swt tak akan ampun dosa yg dilakukan keatas insan melainkan insan tu sendiri yg memberi maaf.

    perkara spt ini pun dia nak buat main2. tak ingat ajal ke?

    lihat sj perangai tuang presideng. dah dua kali masuk hospital.

    lebih baik dia minta ampun dr sdr anwar yg dia biadap dan khianat. minta ampun pd rakyat sbb selalu ponteng dan menipu bab hudud, minta ampun pd calon yg dia tuduh jual pil kuda dan juga pada ahli psm yg dia kata kominis tu. minta ampun dr kak wah krn fitnah kata kak wan tak layak jadi mb padahal kak wan tu pemenang anugerah emas university tempat dia belajar perubatan.

    ReplyDelete
  8. habis kacau bilau jadinya..buat ape pun tak kena.
    masa ada yg bijak pandai.di halau keluar.konon pas hanya untuk golongan lebai.golongan ostad.golongan ulamak..ape dah jadi sekarang?
    jadi haru biru..

    ReplyDelete
  9. Berbeza orang Cina dengan Melayu dalam berpolitik sebagai wakil rakyat.Orang Cina yang menjadi wakil
    mereka sudah established, ada yang peguam, ahli perniagaan, doktor dan sebagainya.Sedangkan wakil rakyat Melayu, majoritinya kadangkala tak ada pekerjaan tetap atau pendapatan tak mantap, hanya ada beberapa orang yang boleh dikira.Mereka kaya setelah jadi wakil rakyat.Orang Cina kaya sebelum jadi wakil rakyat.Dari persepsi dan analisa ini, dah boleh buat andaian dan kesimpulan sepak terajang dan pencak silat wakil rakyat wakil rakyat ini.Tanpa rasa malu.... padahal rakyat dah ramai yang cerdik tak boleh nak tipu.Cumanya orsng Melayu masih belum mahu berubah walaupun dah cerdik.Ramai lagi masih bersikap dan bersifat;"too polite to tell the truth".Walaupun mereka dah tahu sebenarnya.

    ReplyDelete
  10. Pas dah memasuki zaman kegelapang dibawah pimpinang mr presideng hadi!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa