Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 20, 2016

Menarik: Kerana ‘harta sepencarian’ PAS dan PKR tidak akan berpisah?

PAS-PKR tidak mungkin berpisah, kata penganalisis
 | January 20, 2016
DAP juga faham hakikat itu, tambah dua profesor yang dihubungi FMT
Ahmad-Atory-Hussain_Pas_pkr_600
PETALING JAYA: Kepentingan dan kuasa menjadi pengikat yang menghubungkan PAS dan PKR, dan semua parti pembangkang terima hakikat mereka saling memerlukan.
Prof Dr Mohd Atory Hussain berpandangan sebarang pergeseran antara PAS dan PKR berhubung isu AMANAH tidak akan membawa kepada perpisahan.
“Walaupun tidak sertai Pakatan Harapan, hubungan PAS dan PKR tak terputus sepenuhnya. Saya fikir tidak akan timbul masalah, dan mereka (DAP dan PKR) memahaminya,” katanya, merujuk hubungan antara kedua-dua parti itu dalam kerajaan Selangor dan Kelantan.
Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu mengambil analogi pasangan yang sudah berpisah, yang masih terikat dalam beberapa perkara seperti ‘harta sepencarian’.
“Dalam setiap kerjasama politik, setiap parti tetap perlu menjaga kepentingan masing-masing walaupun terikat dengan persetujuan bersama,” katanya lagi.
Sementara itu, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee berkata kerjasama antara semua parti pembangkang di Malaysia faham mereka saling memerlukan dalam matlamat menewaskan BN.
“Hubungan PAS dengan PKR tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan. Ini kerana matlamat Pakatan Harapan adalah kuasa, maka mereka tiada pilihan lain selain bekerjasama,” kata pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa