Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 20, 2016

Drama Zionis: Israel takut diserang Yahudi?

Cer baca ini: Pimpinan ISIS Yang Ditangkap di Irak Ternyata Seorang Kolonel Israel

20 Januari 2016
Israel bimbang diserang IS
REUTERS - Eizenkot berucap pada persidangan anjuran Institut Kajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Tel Aviv di Tel Aviv kelmarin 

TEL AVIV – Kekalahan kumpulan Islamic State (IS) di Syria menyebabkan militan itu atau sekutunya beralih arah dengan menyerang Israel dan Jordan, kata ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Gadi Eizenkot kelmarin.

IS sebelum ini meningkatkan serangan di luar Syria dan mengeluarkan amaran bahawa Israel adalah antara negara yang menjadi sasarannya.

Eizenkot berkata, campur tangan Rusia bagi membantu rejim Presiden Bashar Al-Assad pada tahun lalu berjaya mengekang kemaraan IS kecuali di kawasan selatan Syria yang bersempadan dengan Israel dan Jordan.

“Kejayaan operasi memerangi IS akan meningkatkan kemungkinan kumpulan itu menyerang kami dan Jordan,” katanya dalam satu persidangan anjuran Institut Kajian Keselamatan Antarabangsa Universiti Tel Aviv.

IS sendiri tidak memiliki kekuatan di kawasan sempadan itu tetapi kumpulan pejuang Islam di rantau tersebut, Briged Syahid Yarmouk merupakan sekutu IS

Kebimbangan Israel berasas selepas rakaman suara dipercayai ketua IS, Abu Bakar Al-Baghdadi yang disiarkan di media sosial tiga minggu lalu memberi amaran, Israel akan menjadi sasaran serangannya.

Jordan yang menandatangani perjanjian damai dengan rejim Zionis tidak banyak terjejas akibat konflik di Asia Barat yang berlanjutan sejak lima tahun lalu. – Kosmo

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa