OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 20 JAN 2016
Mohamad Sabu (kiri) bersama Khalid Samad..
Parti Amanah Negara (PAN) hanya akan melawan Barisan Nasional (BN) dan 'kuncu-kuncu' BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Ditanya sama ada 'kuncu-kuncu' BN itu ditujukan kepada Pas, Presiden PAN, Mohamad Sabu hanya tersenyum tetapi enggan memgulas lanjut.
"Kami dan Pakatan Harapan tidak bertanding sesama sendiri..kami akan lawan BN dan kuncu-kuncunya. Siapa hendak menjadi kuncu-kuncu BN silakan," ujarnya pada sidang media di sini petang tadi.
Turut hadir ialah Pengarah Komunikasi PAN, Ir. Khalid Samad.
Mengenai kerusi-kerusi pada PRU-14, Mat Sabu memberitahu, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Mengulas mengenai sindiran Pas keada PKR kerana menghantar Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berceramah atas pentas PAN di Kelantan, Mat Sabu mahu wakil media bertanya kepada Pas sendiri kenapa puncanya.
"Bagi kami Pakatan Harapan,ada kelonggaran," ujarnya.
Sementara itu, Khalid pula memberitahu, kelonggaran memenuhi undangan parti lain selain parti komponen Pakatan Harapan memang termaktub dalam perjanjian mereka baru-baru ini.
"Kita pun kalau ada PKR datang dijemput di pentas Pas, kita tidak bising-bising..sama juga kalau parti-parti lain kerana kita ada kelonggaran," ujarnya.--MalaysiaGazette
Sama jugalah dengan kebanyakan blogger, semua komen dari pelbagai pandangan biasanya disiarkan tanpa mengira skop komen diberikan, asalkan tidak melucah atau sewaktu dengannya. Buktinya komen macai setengin Wan Rosli pun ada disiarkan juga.
ReplyDeleteCakap berlapik,tapi pedas
ReplyDelete