Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 21, 2016

Kenyataan Akhbar Mukhriz

KENYATAAN AKHBAR

 Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.

Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.

Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Alor Setar
20 Januari 2016

1 comment:

  1. Undi tak percaya disegi undang2 tubuh negeri hendaklah dari kalangan majoriti ahli DUN. Perlantikan MBpun dari Sultan atas dasar kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN. Hilang kepercayaan dikalangan ahli UMNO tidak boleh di takrifkan sebagai hilangnya kepercayaan majoriti dikalangan ahli DUN yang mana Sultan terdorong utk melantik MB yang baru kerana kehilangan kepercayaan dikalangan ahli parti adalah urusan parti semata-mata bukanpun urusan Sultan dan perlu diselesai dikalangan ahli UMNO dalam AGM partinya tanpa membabitkan pentadbiran negeri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa