Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 20, 2016

Najib belum tersungkur, Mukhriz dah nak tersembam!

Umno Kedah dalam krisis, Mukhriz hilang sokongan
20 Januari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Kedudukan Mukhriz umpama telur di hujung tanduk

Krisis kepimpinan Umno yang disemarakkan dengan pengguguran Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal daripada kabinet kembali membara dengan tindakan 14 ketua bahagian Umno seluruh Kedah mengadakan sidang media mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno negeri.

Keputusan yang dicapai oleh 15 wakil bahagian Umno negeri itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup yang berlangsung di Grand Alora Hotel, Alor Setar, pagi tadi.

Sehubungan itu, ujar beliau, seluruh kepimpinan Umno Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 14 ketua bahagian hadir dalam perjumpaan tersebut manakala bahagian Jerlun yang diketuai Mukhriz diwakili Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Othman Aziz.

Hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

7 comments:

  1. Sandiwara Najib pada ahli-ahli UMNO kedah ,Najib telah gunakan penjilat tegar dia untuk menjatuhkan Mukhriz sekarang penyokong Mukhriz telah tunjuk kekuatan mereka nanti najib akan buat kenyataan yang itu bukan aranhan dari dia tapi kehendak pemimpin dan ketua bahagian UMNO negeri yang merasa Mukhriz sudah tidak releven sekarang yang sebenarnya Najib hendak tunjuk pada bapa Mukhriz siapa yang berkuasa sekarang yang bertambah pelik dan janggalnya tu menjilat dari MP Jerai tu nampak sangat megampu hingga berebut nak duduk sebelah timbalan mentri penguna untuk nak tunjuk muka yang dia juga tak setuju dengan Mukriz agaknya dia bukan lah lagi menteri yang jaga hal agama tapi menteri yang nak jaga najib supaya jangan tergolek bila rakyat dah meluat nanti.Kalau benar semua ketua bahagian hendak membantah kenapa menunggu Mukhriz keluar negara kenapa tidak tunggu Mukriz berada dalam negara agar Muhkriz dapat pertahan diri dari serangan yang tidak memberi peluang untuk membalas temuhan yang dilemparkan,inilah tektik kotor najib lempar batu sembunyi tangan mara kan pijat tilam dibakar ,kita lihatlah nanti UMNO Kedah hendak kemana hala tujunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada Ki Witjaksono atas bantuan dana ghaibnya kini kehidupan ku lebih jauh dari sebelumnya dan itu semua berkat Ki Witjaksono bagi saudara-saudara yang mau di bantu sama Ki Witjaksono silahkan hubung +62852_2223_1459.
      selengkapnya KLIK-> PESUGIHAN TOTO TANPA TUMBAL

      Delete
  2. hehe elok la sibotak tu resign
    jaga bapak dia yg dah sewel tu

    ReplyDelete
  3. Sedikit pembelajaran matematik ...
    14 ketua bahagian x RM1 juta = RM14 juta.

    Alahai UMNO, rakyat boleh jangka semuanya. Tak Ada pasal kepimpinan. Bukan pasal parti atau lain2. Cuma pasal RM. Semuanya Dah kena beli..

    ReplyDelete
  4. Ini peluang keemasan teramat baik PAS akan dapat menawan semula teraju pemerintahan di Kedah selepas PRU14 nanti. Jika PAS lambat bertindak, kut nanti kempunan kalau dapat pada PH yang ada cina DAP di dalamnya. Untuk tujuan PAS dapat mencapai kejayaan cemerlang di Kedah, PAS perlu bertanding di semua kerusi DUN. Tetapi...ada tetapinya, PAS hendaklah menghantar Wan Rosli untuk mengemudi bahtera senget di sana.

    ReplyDelete
  5. pas dulu kini mmg bodoh senantiasa menjadi barua
    dulu barua anwar lepas tu barua dap laa ni bakal jadi
    barua umno hehe barua barua barua taqbir!

    ReplyDelete
  6. Mudah cari buku lama di ..-... http://www.gerobokbuku.com/

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa