Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 21, 2016

PAS Kedah gesa bubar DUN

Kenyataan Media PAS Kedah
BUBAR DUN KEDAH SEBAGAI FORMULA PENYELESAIAN

1. Kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mendakwa kononnya seluruh kepimpinan Umno Kedah telah hilang kepercayaan terhadap Dato’ Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Menteri Besar; adalah kemuncak dari perpecahan Umno negeri ini yang tidak berupaya lagi disembunyikan.

2. Dakwaan bahawa Dato’ Seri Mukhriz telah “gagal mengurustadbir negeri secara berkesan” sebagai antara sebab Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap beliau; membenarkan dakwaan PAS selama ini terhadap kerajaan negeri pimpinannya. Apapun kegagalan tersebut tidak harus dipertanggungkan ke atas beliau semata-mata, sebaliknya ia adalah kegagalan sepenuhnya kerajaan negeri pimpinan BN. Secara tidak langsung Umno Kedah sendiri mengakui bahawa kerajaan mereka gagal!

3. Senario yang berlaku, sekaligus memadamkan retorik politik yang dilaungkan selama ini iaitu “BN menang, Kedah senang”. Apa yang berlaku, rakyat tidaklah memperolehi banyak kesenangan ekoran kemenangan BN, manakala mereka yang telah diberi mandat oleh rakyat itu pula asyik bercakaran kerana merebut kuasa.

4. Berdasarkan pergolakan yang berlaku dalam parti peneraju kerajaan negeri serta kegagalan mereka dalam pentadbiran negeri, saya berpandangan bahawa sesiapa sahaja yang dilantik sebagai menteri besar tidak akan dapat memulihkan situasi yang meruncing tersebut. Bahkan pelantikan menteri besar baharu dari parti yang sama hanya akan menambahkan lagi masalah terhadap pentadbiran, sekaligus menyusahkan rakyat.

5. Oleh kerana mandat yang diberikan oleh rakyat terhadap BN dahulu adalah kerana penonjolan Dato’ Seri Mukhriz sebagai calon menteri besar, maka adalah lebih wajar mandat itu dipulangkan kembali kepada rakyat untuk membuat keputusan terbaharu. PAS Kedah menyarankan, Dato’ Seri Mukhriz selaku menteri besar yang sah supaya mengadap Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah untuk menasihatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri. Ia adalah formula terbaik untuk menghadapi kemelut yang berlaku.

6. PAS Kedah bersedia sepenuhnya untuk menjadi alternatif kepada sebuah kerajaan BN yang gagal, lemah dan berpecah itu. Saya percaya, kali ini rakyat Kedah lebih bijak dalam membuat keputusan setelah melihat kegagalan nyata BN; sekalipun hampir tiga tahun diberi peluang mentadbir.

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
20 Januari 2016.

12 comments:

  1. PAS Kedah cuba menangguk di air keruh, sedangkan partinya sendiri pun penuh berkelodak. Jika diibaratkan PAS itu adalah longkang berkelodak yang dimaksudkan, boleh perhatikan di dalamnya ikan keli (baca Wan Rosli) pun dah sesak nafas. Mana nak menempuh selut lumpur banjir, mana nak mengelak balak hanyut, lebih baik masuk kuali (baca PAN) habis cerita.

    ReplyDelete
  2. PAS Kedah sedang bercita2 nak dapat balik jawatan2 dalam Kerajaan Kedah. Dimanakah cakap2 yang mengatakan PAS tak gila jawatan dan tak nak kejar kuasa ni? Kena tak dinasihatkan Najib tu supaya jangan bertindak meresahkan perasaan rakyat? Ni, nasihat suruh dibubarkan DUN ni, PAS fikir mereka boleh menang ke? Nape lak PAS tak duduk berkecuali dalam hal ni? Masa belanjawan dulu boleh pulak duduk berkecuali ketika Najib membentangkan belanjawan yang menyeksa rakyat!

    Beringat2lah wahai PAS, nanti bila habis pilihanraya dan keputusan dah dapat, pastu PAS kalah gak, bukan ke tu satu penghinaan dan kemaluan yang besar buat PAS terutama keatas pimpinan PAS yang paling tinggi iaitu Hj Hadi. Silap2 macam kat Terengganu gak, dapat sepengal lepas tu langsung kena penggal dek pengundi2 sebab masa sepenggal diperintah dek Ustaz2 "cakap banyak kerja tak tau", rakyat jadi meluat! Rakyat nak pemimpin yang bijak, panjang dan jauh fikirannya bukan Ustaz2 yang sikit2 nak siku dan lutut orang je. Bila rakyat persoal dan kritik terus tuduh rakyat sebagai pengkhianat, tak walak lah ataupun munafik. Gebang je parti islam tapi akhlak dalam kategori tak senonoh! Telunjuk lurus kelingking berkait!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah apa yang PAS cakap tak serupa bikin. Kini.PAsS nak khianat rakan.barunya UMNO....alahaiii

      Delete
  3. Bagus juga kalau bubar dun.PAS takda harapan nak perintah Kedah. Saya orang Kedah akan pastikan PH@ Amanah untuk perintah Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan pastikan PAS tersungkur....

      Delete
  4. Hadi kata tak gila kuasa
    Mamat ni pulak nak ambik alih Kedah
    Semua penjilat hadi dan hadi sendiri swbenarnya gila kuasa, pangkat dan duit tapi pura2 baik tak nak kuasa
    Pirah!!
    Sapa tak kenal hadi awe
    Makan gaji buta...

    ReplyDelete
  5. Kalu bubar DUN Kedah beerti sudah masuk perangkap yg dipasang. Jgn lupa isu negara yg lebih besar. Hal Kedah nie semata2 nak mengalih perhatian saje. Tujuannya supaya isu Kedah jd lebih besar dari isu kertas siasatan SPRM yg dihantar kpd AG dan dipulangkan semula pada SPRM.

    ReplyDelete
  6. Dulu mati matian2 pertahan khalid..xde pun cadangan nak bubarkan DUN..PAS fikir utk jawatan MB walau presiden jadi penasihat PAS

    ReplyDelete
  7. Dulu mati matian2 pertahan khalid..xde pun cadangan nak bubarkan DUN..PAS fikir utk jawatan MB walau presiden jadi penasihat PAS

    ReplyDelete
  8. cantas je pale botak anak madey ni
    pas tak payah sibuk la
    dulu kini pas
    tetap barua
    taqbir!

    ReplyDelete
  9. Pelik betul geng PAN ni..dia yg buat telahan lepas tu balaci2 lain bersambung2 menukar telahan jd macam betul...

    Memang patut pun kena tendang masa muktamar..lagipun masa selain muktamar macammana kami tendang depa..

    ReplyDelete
  10. Hoi bila kelatan nk laksana hudud? Ashik tangguh jer. Tahun lepas masa bentang hudud, hadi lari pi jepun. Why tk suruh nik bedoh atau velfire temerloh bentang? Lo ni pas diam je pasal hudud. Pas ni mcm tipu rakyat. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa