Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 23, 2017

Aku rasa isu ni tak perlu diulas, semua orang dah tahu betapa cerdiknya mereka

Strategi 'king maker' hanya pentingkan diri sendiri
 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Sany HamzanMohd Sany Hamzan
Strategi "king maker" yang diakui oleh Pas dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan kepentingan secara kolektif dalam mencapai hasrat rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan baharu.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, Pas terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian.
"Pemimpin Pas ketika ini menolak secara total Amanah dan DAP, sementara pengikut parti itu di peringkat bawahan menolak Umno sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap Umno.
"Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut Pas ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau merujuk kepada kajian terbaru oleh Invoke Malaysia (INVOKE) yang mendapati Pas berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang disandang dan dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Gambaran ini disebabkan pendekatan Pas yang dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.
Sany menegaskan, mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah kerana ia tidak mampu memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa.
"Rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa," katanya.
Menurut Sany, Pas terpaksa bergantung kepada 'pengundi keliru' iaitu pengundi yang kurang terdedah dengan perkembangan politik dan menganggap bahawa Pas masih lagi pembangkang yang bernaluri pembangkang, sedangkan parti itu sudah berubah 180 darjah.
Bagaimanapun katanya, pengundi keliru ini dijangka akan berkurangan menjelang PRU14 apabila Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat penerangan ke seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan pembangkang demi menyelamatkan negara.
"Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak Pas setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar," katanya.

2 comments:

  1. Kah Kah Kah......... Dah kena checkmate...... Tu yg LKS u-turn dok pujuk PAS semula..... Kah Kah Kah ..... Admin Kesipuan terkeliru!

    ReplyDelete
  2. Pakatan Haprak tiada self-confident nak tawan Putrajaya sebab itu beria bebenor cuba nak main perang saraf dengan PAS...takpayahlah hidung mancung, pipi tersorong-sorong...buek malu joo!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa