Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 25, 2017

Perkaumankah: Mahathir bantah China atau Cina?

'Hari ini beliau telah berubah...'
SH - 24 JANUARI 2017
'Hari ini beliau telah berubah...' Tiong Lai (dua, kiri) yang juga Anggota Parlimen Bentong menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina ketika melawat Pasar Bentong hari ini. - Foto Bernama

BENTONG - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini, menyelar tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memainkan sentimen perkauman dalam projek pembangunan oleh kerajaan.

Presiden MCA itu juga menyifatkan tindakan Dr Mahathir memperalatkan projek pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia, Johor dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bagi meraih sokongan sebagai 'situasi yang menyedihkan'.

"Saya kesal Tun M (Dr Mahathir) menjadikan isu ini menjadi isu perkauman terhadap China dan orang Cina. Kami hormat beliau sebagai seorang pemimpin namun hari ini dia telah berubah.

"Beliau tidak boleh menggunakan pendekatan perkauman dan ia menjadi lebih buruk kerana DAP turut memainkannya. Mereka cuba melabel MCA sebagai ejen China dan mewujudkan persepsi bahawa ini merupakan satu isu perkauman," katanya selepas menyampaikan sumbangan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Mun Pagi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Tiong Lai berharap rakyat Malaysia sebagai masyarakat yang bijak dan menerima keharmonian serta kepelbagaian kaum dan agama untuk menolak pemimpin yang menggunakan isu perkauman bagi meruntuhkan hubungan dua hala antara negara.

"Pelaburan dari China penting kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tahu mereka perlu mengikut undang-undang Malaysia jika mereka mahu membuat pelaburan di sini. Kami juga akan memastikan kepentingan rakyat Malaysia sentiasa dijaga dan dipelihara.

"Apabila Tun M menggunakan isu perkauman dan terlalu terikat dengan agenda politik dalam isu ini, saya merasakan beliau telah tersalah hala tuju kerana untuk menjadi sebuah negara yang maju, kita memerlukan pelaburan," kata Liow.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan 'menyerang' kerajaan menggunakan isu Forest City dan ECRL apabila menyifatkan pelaburan itu seperti menggadai kedaulatan negara kepada China untuk tempoh jangka panjang.

Sementara itu, mengulas perkembangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, Tiong Lai berkata sebuah pasukan bertindak akan diwujudkan bagi menguruskan hal ehwal berkaitan pesawat itu pada masa depan.

Katanya, pasukan itu yang diketuai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengendalikan maklumat dan serpihan serta analisis yang ditemui selepas operasi pencarian digantung pada 17 Januari lalu.

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Operasi pencarian yang melibatkan Malaysia, Australia dan China dihentikan selepas operasi pencarian terakhir di selatan Lautan Hindi seluas 120,000 kilometer persegi tidak menemui maklumat terbaru. - Bernama
Gambar ni saja aku letak supaya korang faham isu

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa