Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 23, 2017

Rakyat tak tontonkah drama menarik ini?

Takutkan Melayu dengan Cina tapi gadai negara kepada China
22 Januari 2017 | ARIF ATAN
Presiden Amanah Mohamad Sabu berucap di majlis makan malam anjuran Amanah Titiwangsa dan Seputeh malam tadi

Isu perkauman digunakan untuk mempertahankan kuasa pemerintah dengan menakut-nakutkankan Melayu kononnya Cina akan menguasai negara ini tetapi pada masa sama kedaulatan tanah air digadai kepada Republik China, tegas Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Menurutnya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam di Ampang malam tadi, sentimen rasisme diguna sehabis-habisnya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan paling ketara PRU13 juga dijangka berterusan pada pilihan raya akan datang.

"Kita lihat di media sosial dilancarkan bertubi-tubi jangan diizinkan DAP perintah Malaysia. Nanti Cina akan kuasai kita. Di kuliah-kuliah masjid seluruh negara seolah-olah tanpa sekatan dimainkan isu perkauman ini.

"Jangan jadi macam Singapura. Lihat Cina memerintah, masjid pun ditutup. Propaganda seperti ini sengaja dibiar untuk melahirkan ketakutan di kalangan Melayu untuk tidak mengubah undi pada PRU akan datang.

"Pada masa sama, merekalah yang sekarang ini menggadaikan negara ini kepada China sehingga menjadi kegelisahan sebahagian besar rakyat. Dimainkan jaga negara, kalau jatuh Malaysia, DAP perintah Malaysia tetapi tempat-tempat strategik negara dianugerahkan kepada syarikat-syarikat negara tersebut," ujarnya.

Beliau berkata, Pakatan Harapan tidak menolak kepentingan pelaburan asing tetapi hal berkenaan harus terkawal dan tidak mengancam kedaulatan tanah air.  

"Kita mahu pelabur asing tetapi biar mereka datang dengan terma syarat ditentukan oleh negara yang memberi manfaat kepada rakyat bukannya mereka datang sehingga boleh menguasai sesuatu tempat," tegasnya dalam program anjuran Amanah Titiwangsa dan Seputeh itu.
Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Ali

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, menganggap Najib seorang Perdana Menteri yang 'hebat' jika dibandingkan dengan peristiwa bersejarah serangan udara tentera Jepun ke atas pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik, Pearl Harbor pada 7 Disember 1941.

"Jepun menyerang Pearl Harbour bertubi-tubi. Hancur Pearl Harbour tapi Jepun tak boleh tawan. Kita di sini, Republic China tidak gugurkan satu bom pun tapi mereka boleh menguasai lapangan terbang di Sungai besi. Hebatnya Perdana Menteri Malaysia  Najib Tun Razak dalam mengendalikan negara," katanya dalam nada sinis.

Pada masa sama, beliau mengingatkan tentang wujudnya gejala fanatik atau 'assabiyah agama' dan akibat buruk jenayah rasuah.

"Assabiyah agama timbul bukannya berlumba-lumba untuk kebaikan tetapi antaranya menganggap orang Islam walaupun buat jahat akhirnya masuk syurga. Kenapa orang Islam tidak rasa malu melakukan rasuah? Kita kehilangan peradaban dan tamadun. Kita fanatik agama bukan fanatik mengamalkan ajaran agama," tambahnya lagi.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

1 comment:

  1. Sunat infaq tanah kepada yg memerlukan....terutama kpd gulongan yg ditindas komunis seperti rakyat PROC. Olamak dunia merestui semua ini dan jangan lah pulak menolak ruu355 kerana ia memertabat kan hukum syariah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa