RUU 355: Umno dalang BN berpecah
ONG BOON TECK - 25 JANUARI 2017
SEKIRANYA Umno bertegas membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen, BN kemungkinan menghadapi perpecahan.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu temu bual bersama Sin Chew Jit Poh berkata, pendirian MCA adalah jelas iaitu tetap membantah keputusan kerajaan mengambil alih pindaan RUU 355 atau yang sama dengan usul dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Jika Umno tidak pedulikan bantahan komponen BN dan tetap mahu bentangkan RUU 355 yang melanggar Perlembagaan Persekutuan, yang akan menjadi dalang merosakkan semangat BN adalah Umno.
"Sesiapa yang menggerakkan dan menyokong RUU 355, dialah yang menjadi dalang memecahbelahkan BN.
"Bila berlaku keadaan ini, yang merosakkan semangat BN bukanlah MCA, tetapi Umno," tegas beliau.
Menurutnya, walaupun MCA hanya ada tujuh ahli parlimen di Dewan Rakyat, partinya tetap akan undi menentang secara habis-habisan.
Beliau mempersoalkan apakah BN masih boleh wujud sekiranya semangat BN telah hilang dalam gabungan tersebut.
Kata Tiong Lai lagi, pindaan akta berkenaan yang membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman penjara lebih berat sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan adalah tidak berperlembagaan.
"Sekiranya akta ini diluluskan, ia menjadi ruang kepada semua negeri untuk melaksanakan hukuman hudud," katanya.
Menurutnya, MCA rasa bimbang dan membantah disebabkan ketika ini kuasa mahkamah syariah adalah di bawah mahkamah sivil, oleh itu biarpun kerajaan negeri (Kelantan) bersetuju meluluskan hukuman hudud, ia tetap tidak boleh dilaksanakan.
"Sekiranya RUU 355 yang dibawa Abdul Hadi diluluskan, kuasa mahkamah syariah akan diperluaskan sehingga setaraf ataupun mengatasi kuasa mahkamah sivil, maka pada masa itu semua negeri akan dibolehkan melaksanakan hukuman hudud," katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa