Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 18, 2017

Mana dia idea segar Salleh?

Wednesday, 18 January 2017

KALAU IDEA TUN MAHATHIR SUDAH LAPUK, APA PULA IDEA SEGAR SALLEH?

Banyak idea Tun Mahathir Mohamad mengenai bagaimana sesuatu perkara itu perlu dilakukan dikatakan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan.

Dalam lain perkataan, banyak idea beliau dianggap sudah lapuk sebenarnya.

Selain itu, Tun Mahathir juga dinasihatkan agar meningkatkan pengetahuan bagaimana sesuatu perkara itu dilakukan serta memahami maksud globalisasi.

Wowww...mesti yang berkata demikian jauh lebih hebat berbanding Tun Mahathir.

Siapakah orangnya? Tidak lain yang berkata sebegitu ialah Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Sebagaimana yang kita semua tidak mampu nafikan, idea-idea Tun Mahathir bukan saja cemerlang ketika beliau berkuasa selama 22 tahun dahulu, bahkan wibawanya masih kekal disanjung dunia sehingga sekarang.

Tidak perlu disebutkan apa idea-idea tersebut dan bagaimana ia akhirnya mampu dilaksanakan, baik mengenai pembangunan, mengangkat imej negara, pelaburan asing, membina jatidiri bangsa, berlawan dengan kuasa-kuasa besar, globalisasi dan macam-macam lagi.

Semuanya ada terbentang di depan mata kita serta boleh disemak di mana-mana arkib untuk dijadikan rujukan.

Tetapi, bagi Salleh yang mengatakan idea Tun Mahathir sudah lapuk, ketinggalan zaman dan tidak lagi berkesan itu, apa pula idea segar yang pernah dimilikinya?

Ketika menjadi Ketua Menteri Sabah sebelum ini dan sekarang, hasil pengampuan terhadap Najib Razak, dapat pula menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia, ada sesiapa yang masih ingat apa ideanya yang boleh kita banggakan serta boleh dikenang untuk generasi akan datang?

Ada sesiapa boleh memberitahu sekurang-kurangnya satu idea hebat lagi segar yang pernah dicetuskan oleh Salleh selama ini?

Atau berlapuk dengan mengampu juga merupakan suatu kebanggaan? (SH 18/01/2017)

Kaitan: SALLEH, MENTERI YANG TERTINGGAL BAS

Menjadi seorang menteri seharusnya membuatkan seseorang itu lebih ke depan dan banyak tahu berbanding orang lain, lebih-lebih lagi jika peranan dan tanggungjawabnya berkaitan soal komunikasi dan multimedia serta agensi berita seperti Bernama dan RTM berada dalam genggamannya.

Tetapi nampaknya semua kelebihan itu tidak dimiliki oleh Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang semua orang tahu  sebab apa dia dilantik menjadi anggota kabinet - bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan mengampu dan membodek di sebalik serangan terbuka Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak.

Posted by Shahbudin Husin at 17:16

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa