Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 27, 2017

"tunggulah": Harap ini bukan hanya sekadar 'acah'

SPRM akan bertindak terhadap ahli politik rasuah, tunggulah...
27 Januari 2017 | BERNAMA
Ahli politik tidak terlepas daripada 'radar' SPRM dalam usaha membanteras rasuah.

Dalam siri tindakannya bagi memerangi gejala rasuah di negara ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengetepikan perhatiannya terhadap ahli-ahli politik yang dipercayai melakukan perbuatan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik berkenaan.
"SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap ahli-ahli politik yang terlibat dengan rasuah...saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja - tunggulah," katanya ketika ditemu bual oleh saluran berita Astro Awani malam tadi.
Sambil berkata SPRM tidak boleh mendedahkan siapa yang akan ditangkap atau bila tangkapan dilakukan, beliau menegaskan pihaknya tidak akan melepaskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan perbuatan rasuah.
Beliau berkata SPRM bertindak terhadap pelaku tanpa mengira pangkat dan kedudukan - sama ada mereka ahli politik, ahli perniagaan atau pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahu pun penjawat awam.
Dzulkifli memberi jaminan bahawa SPRM akan mengambil tindakan lebih tegas dan drastik terhadap sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dalam usahanya memastikan negara tidak dibelenggui masalah itu.
Dengan menolak tanggapan kononnya ada pelaku rasuah termasuk 'jerung besar' yang dilindungi, beliau berkata SPRM akan memperluaskan lagi 'radarnya' tahun ini untuk membanteras perbuatan itu.
Dalam pada itu, beliau mengakui SPRM berdepan kekangan kewangan dalam melaksanakan tindakan itu tetapi menegaskan bahawa ia bukan alasan untuknya tidak berusaha menurunkan kadar rasuah di negara ini.
Baru-baru ini, SPRM menahan beberapa individu termasuk seorang ketua setiausaha kementerian untuk disiasat berhubung perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.
Badan antirasuah itu turut merampas aset seperti wang tunai, kereta mewah dan jongkong emas bernilai jutaan ringgit daripada mereka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa