Buat apa tunggu Pas, soal ahli akademik
27 Januari 2017 | ARIF ATAN
Pakatan Harapan dan PPBM tidak perlu membuang masa mengajak Pas menyertai pakatan pembangkang.
Ahli akademik mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat masih menanti Pas untuk bekerjasama dengan mereka.
27 Januari 2017 | ARIF ATAN
Pakatan Harapan dan PPBM tidak perlu membuang masa mengajak Pas menyertai pakatan pembangkang.
Ahli akademik mempersoalkan kewajaran Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dilihat masih menanti Pas untuk bekerjasama dengan mereka.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Aizuddin Mohd Sani dilapor berkata, tiada guna Pakatan Harapan dan PPBM menunggu Pas jika parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak sudi bekerjasama.
“Buat apa tunggu lagi? Setiap parti mempunyai matlamat perjuangan masing-masing. Pembangkang (Pakatan Harapan-PPBM) boleh 'move on',” ujarnya dipetik dari Sinar Harian semalam.
Menurut penganalisis politik itu, gabungan Pakatan Harapan dan PPBM harus meneruskan perjuangan mereka tanpa penglibatan Pas walaupun kesepakatan semua parti pembangkang dianggap lebih baik.
“Bagaimanapun ia bergantung kepada Bersatu dan Pakatan Harapan untuk membentuk serta menentukan gabungan tersebut,” ujarnya sambil menegaskan tidak perlu bergantung kepada Pas.
Walau bagaimanapun, Aizuddin mengakui masalah pecahan undi akan berlaku jika wujud pertembungan kerusi tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
“Ini terbukti pada PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Besar yang lalu. Pas telah memecahkan undi pembangkang,” tambahnya lagi.
Dalam hal berkaitan, akhbar rasmi Pas, Harakah Edisi Jumaat Bil 2218 (27-29 Januari 2016) dilihat sarat menempelak DAP ekoran penasihat parti itu, Lim Kit Siang baru-baru ini mengajak Pas berdamai dalam usaha menjatuhkan Umno-BN.
Semakan Malaysia Dateline hari ini mendapati sekurang-kurangnya enam halaman penuh laporan berupa reaksi pemimpin Pas Pusat dan analisis menyerang DAP juga pada masa sama memperlekeh Amanah yang digelar sebagai 'Pan'.
Siapa menentang penyamun adalah musuh Pussy aka party agama melayu.....seluruh angkatan ostatw nya menyerang walaupun amanah hanya parti serpihan......ostat2 tolol!
ReplyDelete