Kerjasama Umno-Pas libatkan ummah dan Islam, kata Najib
27 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
(dari kiri) Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengadakan perhimpunan selamatkan Rohingya di Stadium Titiwangsa pada tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan soal kerjasama Umno dengan Pas adalah melibatkan kepentingan ummah dan juga perkara-perkara yang membabitkan soal Islam.
Beliau mengambil contoh isu Rohingya, Najib yang juga Presiden UMNO menambah kedua-dua parti berkenaan dapat duduk bersama di atas satu pentas berhubung perkara terbabit.
“Dalam soal ini, atas isu kepentingan ummah seperti isu Rohingya kita dapat berada di atas pentas yang sama dan saya diberitahu pelancaran pelayaran kapal Food Flotilla For Myanmar pada 3 Febuari ini insya Allah Pas juga akan hadir bersama.
“Jadi maknanya kita boleh bekerjasama atas isu-isu yang menyentuh soal ummah, soal Islam,” katanya menjawab pertanyaan wartawan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis tertinggi Umno, hari ini.
Sebelum itu beliau hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi.
Beliau mengumumkan tarikh persidangan peringkat Cawangan Umno akan bermula pada 17 Mac hingga April depan sementara mesyuarat Bahagian pula pada 7 Julai hingga 26 Ogos 2017.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa