China lebih perlukan Malaysia dari Malaysia perlukan China, tapi…
Pada 24 Januari 2017
oleh RoketKini
KLUANG, 24 JAN: China sebenarnya memerlukan Malaysia dari sudut ekonomi lebih daripada Malaysia memerlukan China.
Namun, satu-satunya masalah adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memerlukan China bagi ‘menyelamatkan dirinya dari kegagalan’, terutama dalam isu 1MDB, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
“Beijing memerlukan penyertaan negara kita dalam rangka mewujudkan Inisiatif Lingkaran dan Laluan yang akan dapat membantunya dalam pembinaan infrastruktur dan melupuskan kapasiti berlebihan.
“Tapi disebabkan kelemahan politik Najib, Malaysia seolah-olah ‘melelong’ aset strategik negara kepada China dan bersetuju dengan projek-projek yang tidak ada faedah jelas,” katanya.
Pengerusi DAP Johor itu berkata, langkah kerajaan menjual loji penjanaan kuasa dan pelabuhan kepada China kini dalam keadaan amat membimbangkan.
“Malaysia merupakan negara maritim yang terletak di salah satu kawasan paling kontroversi, Laut China Selatan.
“Kini, seolah-olah hampir semua pelabuhan Semenanjung dari Kuantan ke Melaka ke Klang akan melibatkan beberapa bentuk pelaburan China.
“Mana-mana pemilikan asing terhadap pelabuhan negara adalah bermasalah, sama ada dari China atau pihak lain,” tegasnya.
Chin Tong menambah, pelaburan asing juga bertanggungjawab untuk merangsang pekerjaan tempatan tetapi hal ini kurang didapati dari pelaburan China.
“Dikhuatiri bahawa beberapa projek yang melibatkan pelaburan China menjana hampir sifar pekerjaan domestik, dan ini tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Sangkutan:
'Hari ini beliau telah berubah...
' SH - 24 JANUARI 2017

BENTONG - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini, menyelar tindakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memainkan sentimen perkauman dalam projek pembangunan oleh kerajaan.
Presiden MCA itu juga menyifatkan tindakan Dr Mahathir memperalatkan projek pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia, Johor dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bagi meraih sokongan sebagai 'situasi yang menyedihkan'.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa