Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 24, 2017

Laa.....rupanya MCA sokong Akta 355, tu sebabnya PAS hanya marahkan DAP berapi!

BN akan berpecah jika Akta 355 dibentang - MCA
mk  -   Hari ini, 10:27 malam
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran Umno berisiko memecahkan BN jika parti dominan gabungan pemerintah itu dengan sengaja membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Ini bakal terjadi jika kerajaan membentangkan rang undang-undang seumpama itu atau sama dengan usul Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya.

"Walaupun (kita) hanya ada tujuh ahli parlimen di Dewan Rakyat, kita akan mengundi menentangnya," katanya dalam satu temu bual dengan akhbar Sin Chew.

Jika Umno tidak mempedulikan suara yang tidak sehaluan daripada parti komponen BN, Liow berkata, maka ia akan menjadi dalang yang memecahkan BN.

"Parti yang mendukung rang undang-undang yang tidak berperlembagaan ini serta mereka yang mengundi untuk menyokongnya adalah dalangnya.

“Umno yang mengkhianati semangat BN, bukan MCA," katanya.

Liow turut mempersoalkan adakah BN mampu terus wujud tanpa imejnya terjejas.

Perhimpunan Akta 355 PAS bertujuan mendapatkan sokongan rakyat terhadap pindaan itu yang akan membolehkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang lebih berat dengan meningkatkan had hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan kepada penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 kali sebatan.


Mengulas lanjut, Liow berkata dua sistem undang-undang akan hanya memecah-belahkan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat, terutamanya masyarakat Cina, supaya tampil bagi menghalang pindaan itu daripada diluluskan di Parlimen.

*Dah tu cer baca kat link ni pula: 'Kit Siang tak perlu bermadah mahu selamatkan Malaysia'
MCA siap ungut UMNO lagi.......PAS tak faham-faham atau buat-buat buta mata dan telinga tuli
Memang jenis putar alam
Nilailah cerdik atau bangangnya mereka!
Tulang belakang sendiri masih tak betul, ada hati nak selamatkan Malaysia mengikut acuan mereka. Bersendirian pulak tu........haa tentunya nak berkuasa dengan dampingi UMNO

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa