Friday, 20 January 2017
"KING MAKER" PULAK DAH!!
Mula-mula tak ingin berebut kuasa, kemudian mahu jadi penasihat saja, terbaru ini mahu jadi "king maker" pula.
Lepas ini tak entah apa-apa lagi agaknya.
Hakikatnya berubah-ubahnya bukanlah luar biasa bagi Pas. Dari hudud bertukar menjadi negara kebajikan, akhirnya seperti cukup dengan Akta 355 saja.
Dari usul Parlimen yang sering ditunda dan belum tahu tarikh pembentangannya, Akta 355 mahu dibentangkan pula ke Dataran Merdeka.
"King maker" atau penentu untuk siapa sebenarnya?
Jika ditakdirkan Pakatan Harapan dengan BN sama-sama tak cukup kerusi, siapa agak-agaknya yang jadi pilihan Pas?
Rasanya tak sukar untuk diteka, bak kata pepatah - sekilas ikan di air, dah tahu nak dimasak apa.
Namun jangan lupa, menjadi "king maker" hanyalah rancangan Pas, apa yang dirancang Tuhan boleh jadi berbeza dan tidak mustahil, bersama arus perubahan yang kian ketara, Pas akhirnya hanya melopong saja.
Apakah ketika itu Pas akan berkata, yang kami cari adalah keredaanNya, bukan semata-mata kuasa! (SH 20/01/2017).
Pautan:
KALAU DAH ENGGAN JATUHKAN NAJIB, LEBIH BAIK ISYTIHAR SAJA PAS MASUK BN?
PAS DAH MACAM UMNO...
Posted by Shahbudin Husin at 09:27

Apasal ph risau sngt kalau Pas jd king maker. Kan ph kuat dan akan singkirkan Pas dlm pru 14. Kata jangan pedulikan Pas, tapi apa saja statement Pas buat kau org dr ph tak senang tidor. Heboh Pas nak buat macam dan macam ni. Sebenarnya bersatu pun x yakin gak dengan ph. Itu hakikat yang ph kena terima.
ReplyDeletemacam bewak sesumpah.kekadang hijau.tetiba jd biru...la dah jadi purple..
ReplyDeleteyg sebenarnya pemimpin yg dah jd yb.jd mp yg beria ria sangat...takut hilang title..takut tak dapat duit...
buat masa sekarang jadi warba ape pun tak pe..
org bawah dok tengok je luncai buat kerja pak pandir...nanti jd lebai malang.yg di kejar tak dapat yg di kendung...berterabur
the mediocratic mind..
ReplyDelete