Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 23, 2017

Tertanggalkah hijab minda Melayu?

[1/22, 11:33] ‪‬: Acara lepak santai sambil minum teh tarik di Gombak lewat malam Isnin lepas menyaksikan segerombolan lelaki Melayu pertengahan usia, bersongkok, gendut dan garang misainya tiba-tiba kelihatan manja dan tersipu-sipu, menyambut kedatangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang dijadual beraksi malam itu bersama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Rashid Asari, serta pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Dr Hatta Ramli.

Gerombolan lelaki Melayu pertengahan usia ini semua memakai pakaian merah, sisa-sisa kenangan daripada parti keramat yang telah ditinggalkan namun masih melekat sebagai identiti parti cap bunga raya pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Meski dengan baju merah, songkok tinggi, misai tebal dan berperwatakan panglima Melayu pantang dijentik itu; semua kelihatan sejuk hati berhadapan Kit Siang yang pernah dianggap musuh tradisi. Segala kanta perkauman penuh kebencian yang digunakan untuk memandang Kit Siang sebagai komunis, anti-Melayu, anti-Islam, cauvinis Cina, dan segala yang buruk-buruk selama ini habis tertanggal semua.

Pada saya ini lambang Kit Siang sebagai seorang pemberani, yang sanggup membuka jalan perpaduan dan meleburkan pagar-pagar besi perkauman, berbanding mereka yang sedikit penyegan dan malu-malu mahu berinteraksi kerana kekangan-kekangan komunikasi, budaya dan sebagainya.

Acara anjuran DAP malam itu seakan diambil alih seluruhnya oleh gerombolan parti baru Mahathir. Penuh muka-muka totok UMNO yang sedang perlahan-lahan bertatih menuruti langkah yang telah dirintis Kit Siang sejak 51 tahun lalu.

Bagi saya ini sangat comel. Seperti melihat anak-anak kecil yang baru belajar berjalan, setelah lelah dipimpin tangannya sejak Reformasi 1998.

Tertanggalkah hijab minda Melayu?

Rata-rata mereka yang hadir malam itu punya banyak persoalan yang sudah lama menanti untuk dileraikan. Ya lah, selama dalam UMNO, propaganda yang disaji habis ditelan mentah-mentah tanpa usul periksa. Apabila UMNO telah dibuang jauh ke belakang, dan hijab-hijab yang mengaburi pandangan habis terlerai, maka mulalah bertanya untuk menjernihkan segala yang keruh.

Melihat sendiri bagaimana lapis demi lapis fitnah dan tuduhan yang selama ini dilemparkan kepada Kit Siang akhirnya dibersihkan sendiri oleh tangan-tangan bekas UMNO ini agak menggelikan hati. Pun begitu saya merasa lega. Akhirnya mereka mengaku juga bahawa segala tuduhan yang dilempar kepada Kit Siang dan DAP itu semuanya tidak benar belaka.

Malah ada yang bertanya, *“Apa yang DAP telah ambil daripada orang Melayu selama ini? Dan apa pula yang UMNO telah ambil daripada orang Melayu?”*

Apa yang aneh bagi saya ialah bagaimana mereka ini memerlukan masa yang begitu lama untuk menyedari kejahatan UMNO selama ini? Adakah tidak cukup maklumat dan ceramah untuk meyakinkan bahawa UMNO itu bobrok dan korup membusuk hingga ke dasar? - Reformis CML

[1/22, 11:34] ‬: Aku berada dlm PAS sejak zmn Dto Asri lagi iaitu th 1979. Dizmn Dto Asri pun,  ramai kpimpinan PAS masih takut dgn bayang2 DAP,  apatah lagi dikaitkan dgn DAP sb takut dgn kehilangan sokongn Mlayu.  Aku masa tu sudah pun bfikiran terbuka iaitu x pandang DAP sbgai ancaman kpd Melayu.

Alhmdulillah, DAP bsama PH & PPBM sudah mula masuk d perkampungn Mlayu khususnya d FELDA yg mrupakan dposit tetap kpd kmnangan UMNO/BN sejak merdeka. Ini suatu pgorbanan bsr DAP utk mnangkn calon2 melayu drp PH n PPBM d kwsn luar bandar. Hanya sdikit shj keuntungan plitik kpd DAP dlm hal ini bdasarkan PRU 13, DAP hanya btanding 1 krusi shj d kwsn mjriti Mlayu iaitu d Gelang Patah dgn Melayu bjumlah kira2 55%

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa