Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 27, 2017

'Mereka hanya memetik angka dari langit tanpa asas'

Jabatan Perhutanan Kelantan petik angka dari langit, kata pusat Orang Asli

  | January 27, 2017
Penyelaras COAC, Colin Nicholas berkata kumpulan kecil yang menyokong pembalakan itu kroni kerajaan negeri
PETALING JAYA: Dakwaan Jabatan Perhutanan Kelantan (JPNK) mengatakan hanya 20% Orang Asli Temiar membantah aktiviti pembalakan tidak betul sama sekali, kata Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC).
“Jabatan memberikan maklumat yang salah dan cuba melakukan perdayaan melalui kenyataan itu,” kata penyelaras COAC, Colin Nicholas kepada FMT.
“Walaupun satu orang menentang pembalakan, orang itu mempunyai asas dan justifikasi untuk berbuat demikian. Anda tidak perlu majoriti.”
Colin menjawab kenyataan Pengarah JPNK Zahari Ibrahim yang mengatakan majoriti masyarakat Orang Asli menyokong pendirian jabatan dan kerajaan negeri berkenaan pembalakan. Zahari berkata demikian berdasarkan maklum balas dari ketua kampung suku Temiar.
Colin menyamakan kenyataan Zahari kepada dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengatakan 1.5 juta rakyat AS menghadiri upacara pertabalan presiden walaupun laporan media menganggarkan sekitar 250,000 orang sahaja.
“Saya rasa dia mengambil petunjuk daripada isu sekitar pertabalan Trump. Mereka hanya memetik angka dari langit tanpa asas.”
Pada Isnin lepas, 16 Orang Asli ditahan JPNK berhubung sekatan yang didirikan bagi menghalang pembalak memasuki kawasan hutan simpan di Gua Musang.
Penahanan itu mencetuskan kemarahan Orang Asal di seluruh negara, yang mendakwa kerajaan negeri gagal menjaga kebajikan mereka.
Colin akui ada kumpulan minoriti Orang Asli Temiar menyokong aktiviti pembalakan. Menurut beliau, kumpulan itu kroni kerajaan negeri.
“Hakikatnya terdapat beberapa orang Temiar di Kelantan yang bersetuju dengan pembalakan.
“Mereka itu orang yang terbabit dengan eksploitasi Orang Asli dan hutan sejak 30 tahun lalu. Mereka kini memihak kepada PAS.”
Colin menyoal sama ada dakwaan JPNK berdasarkan tinjauan yang dibuat dalam kalangan Orang Asli.
“Saya sangat yakin JPNK tidak melakukan tinjauan pandangan dan perasaan Orang Asli di Gua Musang.
“Hanya kerana beberapa orang tidak turun membantah di sekatan tempoh hari, tidak bermakna mereka menyokong kerajaan negeri dan JPNK,” katanya.
Kaitan: 

Hanya 20% Orang Asli bantah pembalakan, dakwa Kelantan

  | January 26, 2017
Pihak berkuasa perhutanan Kelantan mendakwa kumpulan Orang Asli yang menentang pembalakan tidak faham undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa