Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 31, 2017

Kenyataan media Mahfuz: Kerjasama PAS-PPBM

Kenyataan media

KERJASAMA PAS-PPBM: APAKAH UMNO AKAN  MEMBENARKAN MUSUH SENDIRI (PPBM) MENJALINKAN KERJASAMA DENGAN RAKAN TA'AWUN UMNO?

1. Perjumpaan antara PAS dan parti PPBM pada 2 Feb 2017 nanti  sudah tentu menarik parhatian semua pihak khususnya pemerhati dan penggerak politik tanahair terutamanya pimpinan Umno.

Ini disebabkan tujuan pertemuan itu tidak lain daripada untuk membincang dan *mencari ruang kerjasama antara dua pihak bagi menghadapi PRU14 nanti*.

"Menariknya apabila PAS dan PPBM sedang merangka untuk mengorak langkah mencari ruang membentuk kerjasama tetapi dalam masa yang sama  *PAS dan Umno sudah pun mesra menjalin hubungan 'kerjasama' dalam istilah ta'awun*.

2. Walaupun hubungan kerjasama PAS dan Umno tidak dinamakan 'kerjasama politik' secara terang-terangan tetapi *Umno dan PAS begitu selesa dengan pendekatan ta'awun yang sudah tentu kedua-dua parti mahukan pulangan keuntungan politik (political mileage) dari pendekatan ta'awun tersebut*.

3. Umno sudah pasti berpuas hati apabila PAS bertegas dan *Istiqamah untuk tidak menerima DAP dan AMANAH serta tidak menyertai Pakatan Harapan*, persoalannya *adakah Umno akan membiarkan rakan ta'awunnya iaitu PAS menjalinkan kerjasama politik dengan PPBM yang menjadi amcaman pada Umno* untuk menghadapi PRU 14 bagi tujuan mengalahkan UmnoBn.

4. Rakyat sedang memerhati,adakah Umno akan *menghalang kerjasama rakan ta'awunnya  *ataupun Umno akan menjadikan *Tun Dr Mahathir sebagai beban yang bakal dipikul rakan ta'wunnya iaitu PAS dari kerjasama ini untuk memaksa PAS menolak kerjasama ini*.

Apakah 2 Feb 2017 nanti akan menyaksikan tandatangan persefahaman *dokumen kerjasama PAS dan PPBM berserta dengan persetujuan pengagihan kerusi yang bakal ditandingi pada PRU 14 nanti?*

Secara peribadi adalah diharapkan jalinan kerjasama PAS dan PPBM dimeterai untuk *membolehkan PAS kembali berada dalam arus perdana politik Malaysia bersama rakyat dalam 'pakatan besar pembangkang' (Grand Coalition) iaitu Pakatan Harapan untuk meranapkan UmnoBn dalam PRU 14 nanti*.Tiada maknanya kerjasama PPBM dan PAS ini kepada rakyat Malaysia jika sekadar berada dalam blok ketiga dan 'mengasingkan diri' dari rakan parti pembangkang yang lain.

Penantian yang mendebarkan untuk kepentingan rakyat dan negara tercinta.

#TakNakUmnoBn
#Pru14RanapkanUmnoBn
#TegakkanKuasaRakyat
#BinaMalaysiaBaru
#MalaysiaTanpaUmnoBn
#MalaysiaTanpaRasuah
#UmnoBnTumbangRakyatSenang

*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
9.30am Taman AlWalid Alor Setar
31Jan 2017/3Jamadilawal 1438H.

1 comment:

  1. PPBM hanya akan menaikkan lagi tocang Hj Hadi...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa