Rasuah: Lagi ‘Datuk’ ditahan SPRM
WARTAWAN SINAR HARIAN - 19 JANUARI 2017
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan seorang suspek bergelar ‘Datuk’ atas dakwaan rasuah.
Suspek berusia 58 tahun yang juga Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu ditahan di bawah satu operasi Ops Guinea oleh sepasukan pegawai SPRM kira-kira tengah hari tadi.
Turut ditahan adalah pengurus jualan antarabangsa yang bekerja di bawah syarikat yang sama.
Memetik laporan The Star, ‘Datuk’ berkenaan ditahan di rumahnya di Tropicana Indah, Petaling Jaya.
Sementara suspek kedua yang berusia 36 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Desa, Jalan Klang Lama.
Mereka dikatakan terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan suatu projek e-pasport di rantau Afrika.
Sumber berkata, kedua-dua suspek meminta rasuah antara 2013 dan 2015.
Rasuah itu didakwa diperoleh daripada pemilik sebuah syarikat yang berpangkalan di luar negara swasta.
Difahamkan, syarikat itu menandatangani kontrak dengan negara itu bagi tempoh 15 tahun sebagai persediaan untuk pelaksanaan kemudahan e-pasport.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa