Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 21, 2017

Ish Mamat ni: Berak sendiri pun tak terbasuh, ada hati nak komen punggung orang lain pulak!

Perjanjian PPBM, DAP sukar dilaksana, kata Pas
21 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Iskandar Abdul Samad

Perjanjian antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP berhubung pembentukan kerajaan pasca pilihan raya umum ke-14 sukar dilaksanakan tanpa sokongan parti lain, kata Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata, jika benar wujud perjanjian itu, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan kerana pembentukan kerajaan memerlukan pembabitan dan persetujuan banyak pihak.

"Dalam suasana politik hari ini, tidak ada parti atau gagasan parti-parti yang dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Perlu ada kerjasama yang lebih luas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.

Mahathir bagaimanapun semalam menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai DAP kononnya meminta jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan perkara itu dalam pertemuan bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pagi semalam.

Sementara itu, Iskandar berkata Pas belum lagi membuat keputusan tentang bentuk kerjasama dengan PPBM.

"Pas hanya akan bekerjasama dengan pihak yang menghormati prinsip dan dasar Pas, juga pihak yang tidak mencampuri urusan dalaman Pas," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini Pas masih menjemput pimpinan PPBM, termasuk Presidennya,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke program mereka.

* Dah perjanjian antara PPBM dan PH, peduli apa dengan parti lain sekiranya tanak kerjasama!

Yang aku nampak di PRU14 PAS Selangor akan lingkup

2 comments:

  1. Pas Selangor cuma boleh menang di kerusi yg besar majoriti melayu, itu pun jika umno tak bertanding. Jk 3 penjuru, jd mcm sg besar. Di kawasan bukan majoriti melayu jgn harap pas Selangor nak menang kecuali jk pas bertanding atas tiket BN. So berapa kerusi pas selangor boleh menang? Teruskan berangan2

    ReplyDelete
  2. Semenjak tuang presideng menyabdakan perkataan tolol dan otak siku lutut, semakin menjadi jadi dan terselah ketololan san kekecilan otak siku lutut pemimpin pemimpin parti pungguna nama islam ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa