Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 23, 2009

Ditabur Pasir Di Kubur Cik Siti

Semasa saya dalam darjah 4 saya ada seekor kambing jantan yang dibelikan oleh abang sulung saya sebagai pet. Kambing ini cukup besar dan dialah teman saya pada setiap petang. Setiap petang saya akan bawanya ke tempat ragut dan saya akan tunggu dia makan atau saya sendiri kaitkan daun derdap kegemarannya dan saya suapkan. Boleh dikatakan setiap tengahari bila balik dari sekolah saya mandikan, kononnya untuk hilangkan baunya yang harum itu!. Entah berapa banyak mandi pun haruman dia tetap tidak hilang.

Pada suatu petang selepas balik dari mengaji qur'an saya dapati kambing saya tidak ada di tempat biasa dia di ikat. Tali ikatan terlerai. Kambing sudah hilang. Saya mencari ke sekeliling kampung pada petang itu namun tak jumpa. Tanya punya tanya orang kampung, saya dinasihat supaya mencari di Tanah Perkuburan Cik Siti. Di situ banyak kawanan kambing dan mungkin kambing saya mengikut kambing betina ke situ. Kerana hari sudah gelap, saya bercadang nak cari selepas solat isyak nanti. Saya diwajibkan oleh guru berjemaah maghrib dan isyak di madrasah bersamanya setiap hari.

Selepas sembahyang isyak dan ikut wirid bersama guru, saya terus ke Perkuburan. Puas saya melilau dan menjengok di setiap kawanan kambing yang berceratuk di bawah wakaf-wakaf yang banyak di atas perkuburan itu, tidak juga saya jumpa sikambing saya itu. Saya berjalan masuk lebih ke dalam lagi. Kubur Cik Siti ini memang luas dan banyak semak.

Tiba di bawah satu pokok ketapang yang besar dan rendang berhampiran dengan sebuah perigi tinggal, saya terasa saya di baling dengan pasir dari atas pokok. Saya tongak dan cuba perhatikan kalau-kalau ada orang atau binatang. Saya tidak nampak kelibat satu apa pun. Bila saya melangkah untuk tinggalkan tempat itu saya dibaling lagi. Saya mengagak ini mesti kerja hantu kubur. Saya teringat kata-kata orang tua, kalau dibaling pasir, tadah pasir itu dengan kain dan pulaskan pasir yang dapat di dalam kain itu kuat-kuat. Bila dipulas hantu itu akan sakit dan akan bertempik serta berteriak mengaduh dan hantu akan serender.

Saya pun pegang bahagian bawah kain pelikat saya dengan dua tangan. Tangan kiri pegang bawah sebelah kiri dan tangan kanan pegang di bahagian bawah kanan. Bila diangkat jadilah kain itu macam penangguk dan sekiranya dibaling lagi, saya akan dapat tadah pasir itu. Saya berjalan dengan keadaan begitu. Bila saya melangkah, saya ditabur lagi dengan pasir. Jadi dapatlah saya tadah pasir yang dibaling itu sikit. Agak sepuluh biji lebih aja.

Saya pun pulaslah kain yang mengandungi pasir tadi. Pulas, dengar.... Pulas lagi, dengar.... tak ada pun suara hantu menjerit? Akhirnya saya pulas kain saya tadi agak-agak hampir koyak. Hantu tidak juga menjerit. Bila tidak ada apa-apa hasil, saya pun buang pasir itu dan berjalan pulang. Kambing tidak jumpa, kena baling dengan pasir pula. Kecewa!

Saya balik terus ke madrasah. Tok Bilal masih ada sedang mengaji. Bila saya naik ke madrasah dengan badan berpeluh, Tok Bilal berhenti mengaji dan tegur saya "Dari mana sehingga berpeluh?" Saya ceritakan apa yang berlaku tadi. Dia ketawa. Saya heran kenapa dia ketawa. Bila dia tengok saya pandang dia semacam bodoh jer, dia berkata "Masa kau pulas kain tadi kau baca apa?" Saya tanya dia balik "Kena baca ayat qur'an ke?". Dia jawab dengan tersengih separuh ketawa "Isy budak nih!, orang pulas dengan baca sesuatu. Mari aku ajarkan. Kalau kau pulas sampai koyak kain pun, kain kamu yang koyak, setan tu tak akan apa-apa"

Kah... kah... bodoh betul saya, berlagak pandai!

32 comments:

  1. he.he...moral of da story,nak beramal,kena berilmu..nak lakukan sesuatu kena ada pengetahuan dan cara2nya...he..he..yang baik jadikan tauladan...

    ReplyDelete
  2. Betul tu Jue.

    Janganlah buat sesuatu pakai redah ajer!

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Masa saya kecik pun, ada kambing. Kambing abang saya semuanya beranak pinak...tapi kambing saya sampai ke sudah sekor tu la...apa idaknya, kambing jantan.

    Moral cerita ni...nak amal ilmu kena belajar sampai habis....

    ReplyDelete
  4. Salam Ayahanda,

    Ini namanya lawak kecewa, belum khatam lagi rupanya pada masa tu...

    Tapi saya salute pada ayahanda, umur 10 tahun, boleh jalan-jalan ditanah perkuburan kira dah cukup berani tu...

    Saya pula peringkat umur macam tu dengan kawan2 lintas je kawasan perkuburan, semuanya boleh jadi atlet olahraga dalam acara pecut... ha..ha..ha.. tambahan pula kalau ada yang mulut celupar..

    ReplyDelete
  5. mmiahahhaa..uncle buat sayer gelak berdekah-dekah! sayer pun baru terfikir nak buat perkara yg sama mcm uncle. tapi memang xterlintas pun nak baca apa2..hehehe!

    ReplyDelete
  6. W'salam ASYIQ.

    Betul tu. Jangan tahu buat cara sembrono. Belajar atau bertanya dulu. Ini dengar cakap orang terus nak buat.

    Kambing saya sampai akhirnya tidak jumpa. Kambing ASYIQ tu kenalah berikan pasangan, kalau tidak sampai dia mati pun tidak akan beranak.

    ReplyDelete
  7. W'salam Isa.

    Kecewa tu tidaklah tapi pelik. Dengar cerita kalau buat macam tu, hantu akan terpekik terlolong tapi mungkin hantu tu ketawa sampai pecah perut kot tengokkan gelagat uncle masa tu.

    ReplyDelete
  8. Galuh Cendra Kirana.

    Uncle sendiri pun tergelak bila kenangkan peristiwa tu. Lucu dan bodoh rasanya.

    ReplyDelete
  9. tuan mount

    N3 yang semakin menarik.
    semuga ruang dan media ini mampu kita manafaatkan....
    tahniah
    banyak cerita yg saya kongsikan dengan pelatih2 saya datang dari blog ini...

    ReplyDelete
  10. Sdr. jinggo.

    Terima kasih. Sebenarnya apa yang terisi di blog ini adalah perkara-perkara yang saya alami sendiri sama ada yang telah lama berlalu atau pun masih baru.

    Kan biasanya kita akan senang ingat kejadian-kejadian pelik dan lucu serta peristiwa yang menggerunkan. samalah juga saat-saat cemas yang kita alami.

    ReplyDelete
  11. salam ayahanda, memang ayahanda ni berjiwa berani la.. sanggup pergi cari kambing kat kubur tu malam2 buta.. nasib baik la masa ayahanda pandang kat pokok tu, tak nampak apa2..

    ReplyDelete
  12. W'ssalam anakanda nurdaniella.

    Sebenarnya pada masa tu uncle tidak rasa takut pun. Yang penting nak cari kambing. Itulah sebabnya bila kena tabur pasir tu uncle boleh releks dan fikir nak tadah dengan apa untuk perangkap pasir tu.

    Tapi bila dah buat apa yang uncle dengar dari orang tua-tua, tidak ada apa-apa kesan pun. Uncle keliru. Jadi uncle pulang ke madrasah bertujuan nak tanya sesiapa yang masih ada di situ.

    ReplyDelete
  13. Pak Din
    Teringat saya cerita 4 ekor lembu pawah ayah saya hilang 20 tahun yang lalu. rancangan ayah nak sembelih 2 ekor untuk kenduri kahwin abang sulung dan jual seekor. Sebulan sebelum rancangan tu terlaksana, kesemuanya lesap.
    Tok Bomoh memberi petua minta abang saya menggoreng pasir yang telah dijampinya setiap pagi. Pencuri akan panas badan dan hantor balik lembu itu.
    Selepas seminggu menggoreng, seorang sahabat abang sulung menyindir, "ko goreng pasir...pencuri tu sedap jer goreng daging lembu ko!"
    Apalagi, terus dihumban pasir tu ke belakang dapor!

    ReplyDelete
  14. tapi tetap menarik sebab mountdweller tidak takut langsung.

    ReplyDelete
  15. salam uncle, nak tanya tok imam tu ajar ayat apa..kongsi2 le.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Saudara,

    Bukan semua orang berani ke kubur malam malam. Berani mengumpat dan fitnah ramailah.

    Bagaimana akhirnya? Jumpa tak dengan kambing tU?

    ReplyDelete
  17. salam uncle..

    gelihati saya membaca en3 uncle ni.. dpt juga legakan stress di kepala.. hihi
    wah uncle memang berani.. kami dulu masa dok di trg (seb takir), rumah betul2 sebelah kubur. bila mlm jer, bila nak tidur jer mulalah berhimpit2 dgn mak... huhu, takut la konon.. tp bila siang tak takut pulak..

    ReplyDelete
  18. W'salam GPS CarFinder.

    Terima kasih di atas kunjungan. Apa yang Tok Bilal ajarkan, sila ke archive link di bawah.


    http://mountdweller.blogspot.com/2008/11/bismillah-67.html

    ReplyDelete
  19. rajasedaka.

    Cerita abang rajasedaka lagilah lucu dan menyusahkan pula. Seminggu goreng pasir.... lawak betul. Itulah tidak payahlah berdukun, berbomoh. Kalau betul hendakkan balik buat jer sembahyang hajat. Uncle rasa kalau seminggu bangun 2/3 malam dan buat sembahyang hajat, lembu pun dah pun dapat balik.

    ReplyDelete
  20. Mak Su.

    Tidak takut mungkin sebab otak saya terarah fikirkan kambing kot sebab kambing tu saya sayang sangat.

    ReplyDelete
  21. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Saya pun lupa bagaimana saya boleh tidak terfikirkan takut. Mungkin saya pegang kata-kata arwah ayah (masa tu ayah ada lagi) "Hantu tidak boleh buat apa-apa kepada kamu. Yang dia mampu hanya usik dan sakat. Kalau kau takut, dia berjaya. Tapi kalau kau berani dan tak heran dia akan mengalah"

    Berani mengata, berani mengumpat itu kerja menempah neraka.

    Yang menyedihkan kambing tak jumpa sehingga akhirnya. Dengar cerita kena curi dan dijual.

    ReplyDelete
  22. W'salam kakyong.

    Uncle pun dah lupa perasaan uncle pada masa itu. Tapi kalau uncle boleh berfikir dan berikhtiar macam mana nak tadah dan dapatkan pasir tu bermakna uncle tidak takut dan tidak panik.

    Sekarang pun kalau uncle kenangkan peristiwa tu, uncle akan senyum sorang-sorang!

    ReplyDelete
  23. salam,
    tks atas ziarah sdr ke tbs.

    semoga kita saling membantu di atas kebenaran. amin!!!

    ReplyDelete
  24. W'salam Tok Batin.

    Insya Allah. Kita sebagai insan yang dijadikan tiada satu sempurna. Maka saling membantulah kita.

    ReplyDelete
  25. Salam Pakcik,
    Tu memang biasa Pakcik di alam budak2 dulu.bila org tua cerita atau bgtau sesuatu rahsia,kita rasa dh cukup tau nak buat padahal baru dengar ja..pngalaman sy ms menyuluh udang kt tepi sungai berdekatan tanah perkuburan Tok Sadang,tiba2 pelita karbaid padam ms nk tangkap udang,walhal angin xda..bila nyalakan balik tiba2 rasa cam ada benda tiup padamkan balik pelita tu..

    ReplyDelete
  26. Salam uncle,

    ketawa saya bila uncle kata.. antu mungkin duk ketawa tgk uncle buat cam tu.. hehe

    Apapun saya salute kat uncle. Ada keberanian.

    TEringat juga masa kecik-kecik dulu selalu juga pergi ambik buah kat kubur. Budak-budak.. hehe.

    ReplyDelete
  27. W'salam UXOP.

    Sifat budak-budak. Bila tahu sesuatu sudah jadi ilmulah kononnya dan terus nak praktik.

    Setahu Pak Cik, kawasan kubur tok sadang tu memang keras. Pak Cik pun dapat tahu dari kawan-kawan kaki pancing dan jala.

    ReplyDelete
  28. W'salam Rashid.

    Itulah sekarang pun bila ingatkan cerita masih ketawa. Bijak budak-budak!

    Uncle pun dulu durian wakaf atas kubur jadi habuan. Sebab orang lain tak berani nak cari durian atas kubur malam buta. Jadi uncle and the genglah yang sapu.

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum Uncle..
    kalau t lahkan.. x denya nak tadah pasir tu.. dok lama2 situ.. lari langkah seribu terus laaa... hehe..
    uncle.. aduh! bertuahnya t rasa.. siap dpt bunga lagi masuk blog uncle kali ini.. terima kasih banyak2 ye!!
    oo.. ada sedara di bukit abal tu ye?? kalau ada org tua mesti tau sedara mara tu yg mana satukan?? nama ayah mertua t, hj ismail.. dok kat area masjid bukit abal.. area situ semuanya sedara mara ayah mertua.. kalau berjalan raya paling senang.. g je rombongan sekeluarga rumah ke rumah.. dalam kampung kat area kubur tu, ada kebunkan.. kebun tu ayah mertua t yg punya.. tp entahlah.. kot2 dia dh jual. sebab ari tu dia kata ada org nak beli.. kat area situ pun ramai sedara jugak..
    t pun asal org kelantan.. tp lahir di mana.. cam mana tu? ma, abah org pasir mas.. kg salor.. 3 org kakak lahir kat sana.. abang, t dan 3 org adik lahir di pahang.. tp bahasa pertuturan tu tetap maintain speaking kelate.. uncle org kelate jugok ko??

    ReplyDelete
  30. W'salam T.

    Lama bercuti dan makan angin? Jangan kembung dah lah!

    Tentang tadah pasir tu, rasanya tidak ada apa yang istimewa. Cuma yang lucunya tang pulas kain tu. Hantu pun terguling-guling ketawa agaknya.

    Setahu uncle memang ramai saudara mara sebelah mak di Bkt. Abal tu. Tapi khabar jer. Tak pernah kenal pun. Uncle membesar di tempat lain dan mak meninggal uncle belum pun lagi berusia 2 tahun. Jadi hubungan dengan saudara mara sebelah mak terputus begitu aje.

    Ooo.. rupanya T juga orang Kelantan tetapi menetap lama di Pahang. Uncle juga lahir di Kelantan. Membesar dan menetap di Kelantan cuma orang rumah adalah orang Perak, Manjoi, Ipoh.

    Apa pun uncle ucapkan terima kasih kerana menerima hadiah dari uncle

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Mountdweller,
    Tumpang seronok baca kisah silam Mountdweller tu. Rasanya, budak-budak zaman dulu tak ler sepenakut macam budak-budak sekarang. Tambah pula nak lalu di kawasan kubur waktu senja.

    ReplyDelete
  32. Wa alaikumussalam ZARA.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini.

    Budak-budak zaman sekarang jadi penakut mungkin disebabkan persekitaran. Mereka lahir di zaman terang dan penuh dengan teknologi.

    Semasa saya dulu tidak apa yang ada selain lampu elektrik di rumah tempat lain semuanya gelap. Pergi mengaji pun di dalam gelap. Budak sekarang mengaji di rumah penuh dengan keselesaan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa